Ketua Polis Johor Memberi Respon Tentang “Bocor Identiti Pengadu” Untuk Semua Pegawai Dan Anggotanya

Beberapa hari lepas kami ada menulis berkaitan dengan maklumat pengadu dibocorkan oleh PDRM seperti mana dakwaan yang dibuat oleh pemilik Hot Burger Malaysia Asri Janggut menerusi siaran langsung di facebook livenya sebelum ini.

Kecoh perkara ini apabila orang awam berasa seperti tidak selamat membuat laporan polis selepas dakwaan tersebut dibuat oleh pemilik HBM tersebut.

Berikut adalah repons daripada Ketua Polis Johor buat seluruh pegawai dan anggotanya mengenai perkara ini. Semua anggota dan pegawai polis Kontinjen Johor diingatkan supaya tidak sesekali membocorkan maklumat yang disalurkan orang awam.

Sebaliknya anggota dan pegawai perlu melindungi orang awam yang menyalurkan maklumat itu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anggota atau pegawai yang cuba mendedahkan identiti maklumat peribadi orang awam boleh berdepan dengan tindakan tatatertib.

“Kalaulah ada kebocoran di pihak saya, yang pasti saya akan ambil tindakan dan saya telahpun mengambil tindakan kepada anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam membocorkan rahsia.

“Kalau tengok dalam konteks Op Benteng, 14 pegawai dan anggota polis saya tangkaap dan ada anggota polis Muar kita tangkap kerana bersekongkol dalam (sindiket) penyeeluudupan syaabu… jadi tindakan saya dah ambil.

“Saya nak bagi amaaran pada semua pegawai dan anggota polis Kontinjen Johor, kalau ada bukti mereka sekongkol bocorkan maklumat salurkan orang awam, tindakan tegas akan diambil,” ujar beliau.

Tambahnya, PDRM Johor tidak akan bertolak ansur pada mana-mana anggota mahupun pegawainya yang melanggar integriti kepolisian.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi pemantauan pusat hiburan sekitar Johor Bahru dan Seri Alam awal pagi tadi, bagi memastikan pusat hiburan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Seramai 68 individu telah diperiksa di tiga premis pusat hiburan di sekitar Johor Jaya dan pusat bandar raya.

Daripada jumlah itu, seorang individu yang juga merupakan pemilik premis dikenakan tindakan di bawah seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengajikan warga asing tanpa permit dan Seksyen 6 (2) Enakmen Negeri Johor – medianusantara

Sehari Selepas Dia Bongkar, Ini Jawapan Asri Bila Ditanya Adakah Dia Terima Ancaman Dari Sesiapa

Heboh di media sosial berhubung pendedahan individu yang dipanggil Asri Janggut tentang kewujudan premis juudi dan penjualan rkok selvdup di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Perkongsian yang dibuat menerusi tiga siaran langsung di Facebook (FB) Hot Burger Malaysia telah tular sejak kelmarin.

Mohd Asri berkata, dia sendiri tidak menyangka pendedahannya itu akan menarik perhatian ramai kerana hanya berkongsi masalah sebenar berlaku di kawasan berkenaan.

” Kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan peniaga lain, saya minta maaf.

” Demi Allah, saya tiada masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak marah sedikitpun.

” Cuma, ada rasa cemburu apabila MBSA kacau kedai saya tetapi tidak ambil tindakan terhadap kedai rkok selvdup dan juudi hingga mereka dapat beroperasi sehingga jam 3 pagi ketika premis lain sudah ditutup,” katanya menerusi siaran langsung (Live) yang disiarkan di FB Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.

Siaran langsung itu diadakan selama hampir sejam bermula jam 12.30 tengah hari dan turut dihadiri ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Mohd Asri berkata, lebih membuatkannya terkilan apabila premis juudi masih terus beroperasi walaupun selepas aduan dibuat kepada poIis.

” Saya terkilan kerana sudah membuat aduan di Bahagian Perjvdian Ibu Pejabat PoIis Bukit Aman menerusi panggilan telefon meminta poIis datang dan periksa pusat juudi bebas dibuka.

” Apabila buat aduan, tutup dua hari kemudian ‘on’ balik. Saya pergi pula hantar aduan kepada jabatan integriti tetapi tidak jalan sebaliknya ada sindiket pula yang berjumpa budak saya (kakitangan) dan bertanya kenapa saya mengganggu perniagaan mereka.

” Kiranya, aduan itu sudah dibuat sejak tiga bulan lalu tetapi keadaan masih sama tetapi tidak sangka pula jadi begini (selepas membuat pendedahan di FB),” katanya.

Ditanya adakah dia terima anc4man ..

Sementara itu Asri ditanya sama ada dia menerima anc4man daripada pihak tertentu selepas mendedahkan tersebut.

Ia susulan kata-kata beliau tempoh hari yang mahu sembunyikan diri kerana mungkin akan dicari individu tidak berpuas hati terhadapnya.

” Tiada yang ganggu. Saya serah 100 peratus kepada Allah,” kata pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid.

Selain itu, Asri meminta orang untuk berhenti mengecam poIis sebaliknya mengajak semua bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan perjvdian atau lain-lain aktiviti tidak bermoral.

” Tolong henti kecam poIis. Mereka ini permata harapan.

” Mari sama-sama bantu pIis dan saya minta persatuan penduduk serta qariah masjid untuk turut sama memainkan peranan,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berharap orang ramai tidak menuding jari terhadap mana-mana pihak.

” Sebaiknya kita bersama mengambil tindakan, tidak mahu salahkan pihak berkuasa, tak mahu menuding jari.

” Selain itu, kita minta kepada pegawai kerajaan sama-sama membantu memudahkan urusan mereka yang mempunyai masalah perniagaan. Kalau boleh, kita nak wujudkan keharmonian,” katanya.

Sumber : asiakini