Warganet kritik bila DSV tampil gunakan marketing macam ni untuk produknya.

Usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida sememangnya menjadikan media sosial sebagai salah satu platform untuk menjalankan perniagaannya.

Sejadah Doa Makbul?

Kali ini, beliau telah mempromosikan sejadah keluaran sendiri dengan menamakan sejadah itu sebagai ‘Sejadah Makbul Doa’ yang diinspirasikan daripada kerinduannya terhadap Kaabah, Hajarul Aswad serta Tanah Suci Mekah. Walau bagaimanapun, nama sejadah keluaran Dato Vida telah mendapat kritikan daripada warganet susulan memberi persepsi yang dianggap kurang baik kerana merasakan tindakan tersebut sebagai salah satu ‘marketing’ menggunakan agama.

“Ini semua khur4f4t…”

Pengguna Twitter dikenali sebagai @H_Bakkaniy memuat naik persoalan di media sosialnya dengan mempertanyakan nama sejadah tersebut kerana tiada jaminan atau dkwaan sejadah ‘khas’ untuk memakbulkan sesuatu doa. Jika ada yang mempercayai perkara berkenaan, tindakan tersebut boleh dianggap khurafat.

Saja tarik perhatian warganet

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet mengandaikan bahawa pihak beliau sengaja memberi nama ‘Sejadah Doa Makbul’ bagi menarik perhatian warganet dan sekaligus menjadi ‘marketing’ percuma untuknya. Namun begitu, ramai juga yang menuduh usahawan tersebut sebagai ‘penunggang agama’ kerana mengelirukan pembeli susulan penggunaan nama yang dianggap tidak bersesuaian disebabkan boleh mengundang salah faham.

Kelirukan orang ramai

Jangan mainkan agama untuk perniagaan

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang maklum balas daripada Dato’ Seri Vida susulan dakwaan tersebut dan beliau masih lagi seperti biasa mempromosikan jualan sejadah yang baru diperkenalkan.

Sumber : Oh My Media

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.