Al-Fatihah, Perginya Seorang pelawak dan penyanyi..Kumin KU2 Meningg4l Dvnia

Penyanyi dan pelawak Kumin KU2 telah disahkan meninggal dunia hari ini dan berita tersebut telah disahkan oleh beberapa orang rakan arwah dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Sebelum ini, Kumin atau nama sebenarnya Khuzami Ismail pernah mendapat rawatan di Hospital Ampang awal bulan Ogos lalu setelah menghidap penyakit angin ahmar.

Kenyataan dari seniman

“KUMIN KU2 pergi selamanya. Berita baru terima.. AL-FATIHAH nantikan berita terkini dari kami. Baru Seniman Malaysia ziarah,” jelas kenyataan dari Seniman.

Sebelum ini, Kumin mula aktif dalam industri hiburan sejak era 1990-an bersama rakan baiknya Allahyarham Bob Kuman dengan menubuhkan kumpulan duo dikenali KU2.

Berbanding Allahyarham Kuman yang banyak berlakon, Kumin pula memilih lebih memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

Selama membina nama bersama KU2, duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Pernah dimasukkan ke hospital

Pada 1 Ogos lalu, Kumin dimasukkan ke hospital selepas mengadu kebas anggota badan akibat serangan angin pasang.

Allahyarham dibawa ke Hospital Ampang dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.

Kumin pernah mengecap populariti sebagai penyanyi duo KU2 dan fokus kepada kerja belakang tabir sebagai pengurus produksi.

KU2 turut dianggotai Allahyarham pelawak Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi.

Duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001)

Sumber mstar