Ramai yang nak tahu tentang lagu terakhir nyanyian Sarah. Akhirnya Shuib kongsikan maksud lagu tu buat ramai yang sebak.

KUALA LUMPUR: Lima hari selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, pelawak dan pelakon, Shuib memuat naik video nyanyian terakhir penyanyi bersuara emas itu yang dirakam 28 Julai lalu. Dalam video disediakan di bawah berdurasi 3 minit dan 16 saat itu, Sarah yang lengkap bertelekung menyanyikan lagu Tanpa Kekasihku nyanyian asal Agnes Monica dengan penuh perasaan dan menmusuk kalbu.

“Lagu terakhir nyanyian bidadariku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib sebagai caption video tersebut. Lagu yang berkisahkan hasrat seorang pencinta yang mahu bertemu kekasihnya yang sudah pergi ke negeri abadi itu seolah-olah menggambarkan isi hati Shuib yang merindukan isteri tercintanya.

Dalam video tersebut juga, kedengaran suara anak-anak pasangan bahagia itu sedang berseronok dan bergurau. “The kids is just having so much fun anak-anak sedang berseronok,” kata Sarah sambil tersenyum manis. Video yang dimuat naik sekitar 2 pagi tadi menerima pelbagai komen mengharukan daripada peminat yang turut merindukan bintang seni itu.

“Pemergian yang memberi kesan bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia. Pemergian Sarah lengkap dengan seribu satu makna. “Penuh dengan pengajaran, motivasi, kesedaran dan kasih sayang. Semoga Syurga Firdaus tempat mu nanti Kak Siti Sarah Raissuddin. InsyaAllah Sarah boleh menghiburkan kita lagi di Syurga kelak,” komen Ajoi Zainal.

Jujurnya Rindu

“Hari pertama saya menjalani kehidupan tanpa Sarah. Walaupun saya bersendirian di rumah sebelum ini, tetapi saya tahu Sarah berada di hospital. “Namun, kini, Sarah sudah tiada. Saya harap Allah dapat bimbing hati saya perlahan-lahan terima ketentuan ini.

Sebagai ketua keluarga, saya kena beri contoh baik pada anak-anak. “Saya kena tunjuk hebat kerana mereka mempunyai ibu yang kuat dan hebat. Sebelum ini, saya seorang yang jhil dan banyak melakukan dsa.

“Jadi, inilah titik tolak saya berubah ke arah lebih baik untuk membimbing anak-anak,” kata Shuib. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://viralnews68.com

Kali ni Sharifah Zarina pula dedahkan mimpi jumpa dengan Siti Sarah dengan berjubah dalam masjid. Tapi reaksi Sarah masa tu buat ramai yang terkejut.

Penyanyi Sharifah Zarina antara rakan selebriti yang turut terkesan dengan pemergian Siti Sarah Raissuddin pada Isnin lalu. Berkongsi kisahnya didatangi arwah Siti Sarah dalam mimpi, kata Zarina dia tidak peduli sekiranya ceritanya itu tidak dipercayai orang lain.

“Kalau saya cerita ni mungkin tak ada orang percaya tapi tak apa saya nak cerita juga. Pagi Isnin saya bangun jam 4 pagi, terus buka telefon nak tahu perkembangan tentang Sarah. Tapi tak ada apa-apa lagi.

“Sambil-sambil solat saya keep on checking phone, masih sama tiada apa update di media sosial.“Dalam jam 5.30 pagi lepas sahur saya check lagi telefon dan saya nampak berita menyedihkan itu terpapar di skrin.

“Saya menangis sekuat hati. Lepas dhuha mata mengantuk sangat saya terlelap sekejap,” ceritanya. Dalam mimpi itu, Siti Sarah nampak gembira dan wajahnya kata Zarina berseri-seri.

“Wallahi saya mimpi sarah pakai baju jubah dah tudung pink. Kami dalam masjid, dia sangat happy, wajahnya cantik sangat. Saya bagitahu kat anak-anak.

“Tapi hari ni setelah terlalu banyak kebaikan dan amalan Sarah yang saya baca di media sosial, terdetik di hati saya. Mungkin ini yang saya lihat di mimpi.

“Benar dia ibarat bidadari di dalam mimpi tu. Pemergianmu sangat dicemburui dik,” tulisnya. Katanya, perkongsiannya itu bukan untuk meraih perhatian sebaliknya demi bersama-sama menginsafi dan mengingati pemergian.

“Antara kesan berkata benar adalah orang akan ingat kita nak dapatkan perhatian. Siapa yang berani menipu time-time begini memang orang yang sangat berani. “Sedangkan pemergian itu tiap hari kita dengar dan siapa juga yang berani menghukum orang lain di saat-saat begini mungkin belum lagi dihidayahkan untuk sentiasa melihat indah akan sesuatu berita yang disampaikan.

“Kenapa harus saya nak menipu tentang bermimpi pemergian seseorang? Apa saya dapat? Duit? Populariti? Jauh sekali. “Rezeki itu Allah yang bagi bukan dari cerita sensasi,” tegasnya. Siti Sarah menghem.buskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat C0VID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertrng nywa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan. Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat diuruskan di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Sarah tinggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

sumber: astro gempak

Sarah balik rumah bawak Ayash. Anak ketiga Suib dedahkan ibu hadir dalam mimpi. Tapi cerita dia tu buat ramai yang sebak.

IBU datang… balik rumah bawa Ayash. Itu antara cerita dari mulut cahaya mata ketiga Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun. Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu, hal itu dikongsikan saat dia sedang memandikan anaknya itu.

“Tadi masa mandikan Matin, tiba-tiba cakap dia mimpi ibu. “Saya cakap (dalam hati)… alamak seronoknya, aku ni minta (mimpikan Sarah) tak dapat-dapat. “Matin cerita lagi… mimpi ibu datang balik rumah bawa Ayash. Bagi Matin pegang Ayash, Tapi ibu diam je tak cakap apa-apa,” kata Shuib.

Shuib berkongsi tentang kejadian berkenaan pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Siti Sarah pada Khamis malam. Akui ‘cemburu’ mendengar cerita Matin, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata dia sempat berpesan kepada anaknya andai kejadian mimpi itu berulang lagi.

“Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia. “Sebenarnya sejak Isnin saya berdoa minta sangat-sangat untuk jumpa dia dalam mimpi.

“Tapi dia tak nak datang… rupa-rupanya Allah salurkan melalui orang lain,” katanya. Dalam pada itu Shuib berkata dia juga menerima mesej daripada seorang wanita yang mengakui turut bermimpi melihat isterinya.

“Ada seorang hamba Allah WhatsAppa saya, orang yang mesej tu cakap… saya mimpikan Sarah pada Selasa malam. Saya tak cerita pun dekat suami lagi. Tapi nak cerita dengan Shuib dulu. “Dia cakap… Ya Allah saya terkejut sangat, saya mimpi Sarah menyanyi depan ramai orang.

“Saya tak pasti kebetulan ke apa, tapi ramai sangat tengok Sarah menyanyi… performance dia hebat betul,” demikian menurut Shuib seperti yang diceritakan wanita berkenaan kepadanya. Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Selain Ariq Matin, Sarah tinggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM. Untuk rekod, Ayash dikeluarkan dari kandungan Siti Sarah melalui operasi yang diadakan pada 6 Ogos lalu.

Ibu tiri dedahkan Siti Sarah sempat suruh dia buat macam ni sebelum masuk hospital.

Kuala Lumpur: “Pada hari dia dibawa ke hospital, Sarah minta saya pindahkan semua wang dalam akaun peribadinya ke akaun bank saya,” kata ibu tiri Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34. Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, Sarah memberi bayangan akan tinggalkan keluarga buat selama-lamanya, namun ia hanya disedari selepas pemergiannya, Isnin lalu.

Siti Fatimah berkata, pada awalnya dia tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya berbuat demikian. “Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.

“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan. Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.

“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.

Menurut Siti Fatimah, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos. “Sarah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat. “Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda Sarah berehat selama-lamanya,” katanya.

Ahli Perniagaan Berjaya

Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari ini.

“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi. “Paling laris ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.

“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak Sarah suka bersedekah,” katanya. Raisuddin, 54, yang merupakan bapa kepada penyanyi, Siti Sarah menikah dengan Siti Fatimah Suberi di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu. Sarah diuruskan di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Sarah tinggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.

Terkesan Dgn Pemergian Menantu Kesayangan, Ibu Mertua Mula Cerita Amalan Siti Sarah

ada minggu ini ternyata suasan masih lagi suram dengan kisah pemergian penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah Raisudin selepas dijangkiti Covid-19. Meskipun sudah 4 hari Sarah pergi, namun orang ramai tidak putus-putus bercakap tentang kebaikan serta amalan yang dilakukannya selama ini.

Saya sayang sangat dia…Sepanjang dirawat, langsung tak dapat lelapkan mata selama 4 hari. Turut terkesan dengan pemergian Sarah, adalah mentuanya Salamiah Jalani sempat berkongsikan kesedihan tersebut di ruangan TikTok.

Sejak dari hari pertama mengetahui keluarga anak menantunya disahkan positif, wanita tersebut mengakui tidak senang duduk malah sukar untuk melelapkan mata. Sedih Pemergian Menantu Tersayang, Ibu Mentua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah 2

Sedih Pemergian Menantu Tersayang, Ibu Mentua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah 3. Kami tahu Sarah di tempat yang baik…Itulah yang buat kami tabah. Meskipun seperti tidak percaya, namun dia reda dengan ketentuan Allah S.W.T yang telah menjemput Siti Sarah terlebih awal.

Dalam pada itu, Salamiah mengakui bersyukur kerana telah dipinjamkan dengan seorang menantu yang cukup baik selama 11 tahun. Jelasnya, hubungan mereka berdua agak rapat memandangkan Sarah sudah lama kehilangan ibu kandung.

Sedih Pemergian Menantu Tersayang, Ibu Mentua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah 4

Selalu bersangka baik, jaga hati keluarga dan sentiasa mohon maaf
Dedahnya lagi, sikap Sarah sama juga seperti orang lain meskipun dikenali sebagai penyanyi yang cukup hebat. Namun keperibadiannya layak dipuji

apabila disifatkan sering bersangka baik dan menjaga hati keluarga dan orang tua. Tak cukup dengan itu, menantunya sentiasa memohon maaf jika berbuat salah. Tambahan lagi Sarah tak lokek bersedekah mengikut kemampuan. Itulah jawapan yang diberikan Puan Salamiah apabila ditanya apakah amalan menantu beliau Siti Sarah selama menjalani kehidupan

Sumber: TikTok nurcahaya2795