Lain orang lain cara. Shima Anuar tampil mempertahankan tindakan Ayda Jebat.

Gara-gara penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat dikritik dan dipersoal warganet kerana memilih untuk bersalin secara operasi Caesarean, pelakon Shima Anuar tampil pempertahankan tindakan rakan seangkatannya itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Shima anuar atau nama lengkapnya Noor Hashima Anuar, 30, berkongsi pengalamannya ketika bersalin secara operasi ‘cz3r’ sebanyak dua kali.

“Banyak mitos tentang ‘cz3r’ sebenarnya. Tapi bagi saya, alhamdulillah semuanya okay. Bersalin secara operasi pun ada sakitnya juga. Bersalin secara operasi bukan seperti membuang air besar.

“Alhamdulillah, dua kali ‘cz3r’, kedua-dua anak saya dapat minum susu badan. Susu pun banyak juga,” ujarnya.

Kata pelakon filem Highland Tower itu lagi, dia menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa seseorang wanita yang bersalin secara operasi akan memiliki perut buncit.

Dalam hantaran itu juga, Shima turut menitipkan pesan kepada Ayda atau kepada sesiapa sahaja wanita hamil supaya tidak mendengar cakap orang lain untuk kebaikan diri sendiri serta tidak memperlekehkan ibu hamil yang memilih untuk bersalin secara operasi.“Kadang-kala kita tidak perlu dengar kata-kata orang. Mungkin dengar boleh, tapi jangan percaya. Lain orang, lain caranya.

“Saya cuma ingin memberitahu, jangan memperlekehkan wanita yang bersalin secara operasi. Bersalin secara ‘cz3r’ pun letak nyawa dekat situ juga okey,” katanya.

Terdahulu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 29, menjadi sasaran warganet selepas dia memilih untuk bersalin secara operasi berbanding normal.

“Saya baca ramai yang direct messege (DM) dan komen di beberapa laman yang kata ‘cz3r’ tak real la jadi ibu’, ‘macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun bedah’, kalau bedah mesti tak keluar susu, tak breastfeed (susu badan) kesian anak dia’, ‘ikut tingkap ke, malunya’ dan banyak lagi,” katanya.

Bagaimanapun, isteri kepada Nabil Mahir itu menyarankan kebanyakan bakal ibu termasuk dirinya yang bersalin secara pembedahan atas faktor kesihatan dan keselamatan bayi agar jangan berasa takut atau malu diperlekehkan wanita lain.

Sumber: K! ONLINE

Ayda Jebat akui tidak ada satu pun baju mengandung sebabkan ini. Sekali siap kongsikan pakaiannya lagi.

Pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat yang kini sedang sarat hamil anak sulung mengakui hanya memakai baju termasuk seluar dalam (boxer) milik suaminya, Nabil Mahir sepanjang tempoh kehamilan kerana tidak memiliki walau sehelai pun baju mengandung. Ujar pelantun lagu Parah Parah itu, dia tidak membeli baju mengandung dengan alasan, tidak ke mana-mana kerana hanya bekerja dari rumah (WFH) selain mengelak daripada membazir.

“Saya tidak ada satu pun baju mengandung. Tidak perlulah sebab tak pergi mana-mana pun. Tidak perlu membazir. Jadi semua baju Nabil, baju tidur sampai ke boxer dia saya sebat (pakai),” tulisnya dalam Instagram. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat turut berkongsi sekeping foto memperlihatkan dia memakai jaket (top) berwarna merah jambu yang dipadankan bersama kain pelikat.

“WFH pakaian apa hari ini (OOTD). Kalau saya bekerja sekarang, atas elok, bawah pakailah apa pun. Kain sarung (pelikat) ke, seluar tidur ke. Sebab ‘bekerja dari rumah’. Anda semua pun sama kan?” ujarnya.

Menjengah dalam ruangan komen, pelakon Dayana Roza turut berkongsi perkara serupa apabila memakai pakaian milik suaminya kerana berasa lebih selesa. “Saya pun. Baju, boxer suami pun sebat! Selesa. Berkongsi tanda sayang,” ujarnya. Untuk rekod, Ayda dan Nabil bernikah di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara pada 1 Januari lalu. Pasangan itu dijangka menyambut kelahiran bayi sulung mereka sekitar Oktober nanti.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lucu boleh pula ini hasil potongan dari Ayda buat suaminya. Sekali ada pula orang yang tanya macam ni.

Lucunya, potongan rambut baru yang dilakukan Ayda terhadap Nabil membuatkan pengacara itu kelihatan seperti pelajar sekolah.

“Ini 33 tahun ke 13 tahun? Tidur awal malam ini, esok sekolah ya Billy (Nabil),” tulis Ayda dalam ruangan kapsyen. Meskipun potongan rambutnya kelihatan seperti budak sekolah, Nabil tetap reda dengan gaya terbaharunya.

“Bila Ayda guntingkan rambut. Batu-belah batu bertangkup jadinya. Anda berani tak beri isteri potongkan rambut? Abang reda,” kata bekas pengacara Hlive itu. Macam-macam perangai dan gelagat lucu yang dapat dilihat sepanjang tempoh pandemik. Ada hikmah juga Ayda gunting rambut Nabil dengan gaya begitu, nampak lebih muda sedangkan dia bakal menjadi bapa tidak lama lagi.

Namun, apabila dilihat semula, kemas juga potongan rambut yang dilakukan Ayda. Ada bakat rupa-rupanya, selepas ini bolehlah gunting rambut anak sulung mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

Sumber : K! Online

Ada pula yang persoalkan usia kandungan Ayda Jebat. Sekali peminat minta study dulu sebelum nak kritik.

Baru baru ini kecoh di laman Twitter apabila ada seorang pengguna mempersoalkan usia kandungan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 29. “Aku rasa macam Ayda Jebat baru ja kahwin tapi tetiba mengandung dah. Ka sebenarnya dia dah lama kahwin aku saja tak perasan?” tulisnya di laman Twitter.

Enggan mendiamkan diri, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat tenang melayan keraguan individu tersebut. Pelantun lagu Parah Parah itu menekankan dia kini sedang hamil lima bulan dua minggu.

“Nikah 1.1. 2021. Hari ini 12 Jun 2021. Sekarang 5 bulan 2 minggu mengandung. ‘Tetiba mengandung’? Tolong buat pengiraan anda,” balasnya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan respon yang diberikan pelakon drama Cindai yang langsung tidak melatah.

“Betul tu Kak Ayda, dan untuk semua perempuan, kira kandungan anda bermula dari hari pertama hari akhir haid (period) kita ya. Tahniah.. Itu bukan tetiba mengandung itu rezeki. Ada orang kata bunting pelamin. Ada orang lagi awal. Mungkin dia masih bujang. Kandungan dikira dari hari pertama period yang terakhir. Mungkin adik tak perasan? Atau adik dulu tak ambil subjek biografi?” antara komen-komen ditulis.

Menerusi hantaran yang berbeza, isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33, ini memberi peringatan kepada semua orang untuk sentiasa bersyukur dalam menjalani kehidupan. “Bila lambat kahwin ‘bila nak kahwin? Bila kahwin muda ‘dah gatal sangat ke? Bila pregnant cepat ‘eh tetiba mengandung? Betul ke mengandung, cepat eh? Bila lambat dapat zuriat ‘bila nak mengandung? Syukur, cermin dan lalui kehidupan sendiri,” tulisnya.

Terdahulu, Ayda dan Nabil sah menjadi pasangan suami isteri pada 1 Januari lalu hanya dengan sekali lafaz.

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada pula warganet yang persoalkan usia kandungan Ayda Jebat dengan tempoh perkahwinan mereka. Sekali ini respon padu Ayda sampai buat orang lain tergamam.

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Ayda Jebat mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama bersama suami, Nabil Mahir. Tetapi lain pula yang jadinya apabila ada warganet seolah-olah mempersoalkan tentang usia kandungan Ayda Jebat.

Persoal usia kandungan Ayda Jebat

Baru-baru ini kecoh di Twitter mengenai satu tweet yang ditulis oleh seorang individu ini yang seakan mempersoalkan usia kehamilan Ayda Jebat dengan mendakwa penyanyi ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan Januari lalu. Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet sehingga tuan badan sendiri iaitu Ayda Jebat tampil memberi respon.

“Aku rasa mcm ayda jebat baru je kahwin tapi ttbe ngandung dah ke senanya dia dah lama kahwin aku je tak perasan?” Meskipun begitu, penyanyi lagu Pencvri Hati ini dilihat langsung tidak melatah dan hanya memberikan respon ringkas sahaja dengan meminta individu terbabit membuat kiraan sendiri tentang tarikh perkahwinan dengan usia kandungannya kini. Menurut Ayda, dia dan suami telah bernikah pada 1 Januari 2021 yang lalu dan hari ini (12 Jun 2021) usia kandungannya sudah mencecah 5 bulan 2 minggu.

Respon Ayda Jebat ‘Cermin dan lalui kehidupan sendiri’. Tidak terhenti di situ, Ayda sempat memuat naik satu lagi perkongsian dengan memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa bersyukur, cermin diri sendiri selain perlu menjalani kehidupan masing-masing.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.