“Lelaki Per@ngai Cam Har4m…” Farah Lee

Bekas isteri Ally Iskandar yang juga selebriti media sosial, Farah Lee meluahkan rasa berang apabila golongan wanita sering dipersalahkan sekiranya berlaku permasalahan dalam hubungan rumah tangga.

Bahkan, katanya, dia cukup tidak bersetuju apabila ada pihak yang tampil mendakwa seolah-olah permasalahan yang wujud dalam satu-satu perhubungan itu disebabkan oleh kesalahan wanita dalam memilih suami.

“Perempuan juga yang salah pilih suami. Perempuan lambat kahwin pun salah perempuan juga sebab memilih sangat katanya.

“Ibu tunggal takut nak kahwin pun salah sebab pentingkan diri tak fikir anak.

“Dah lelaki perangai cam haram tak salah pulak eh?,” katanya menerusi satu ruangan komen di Facebook.

Komen berbentuk luahan itu kemudian dikongsikan Farah di Instagram Story miliknya.

Katanya lagi, tidak semua perempuan hanya mahu memilih lelaki yang berada dan mempunyai rupa sebagai pasangan hidup.

Bahkan, katanya, paras rupa dan kedudukan bukan menjadi ukuran  kepada sikap dan keperibadian seseorang.

“Nak cakap perempuan pilih yang kacak yang kaya jelah eh? Ramai je lelaki tak kacak, tak kaya tapi perangai jadah.

“Lepastu, jenis-jenis yang pandai berlakon ni masa kenal tak ada pula tunjuk baran ke, pukul ke, dah kahwin baru nampak. Jadi, salah perempuan jugalah kalau macam tu?

“Memang trend salahkan mangsa bukan pem4ngsa eh sekarang?,” soalnya.

Farah terpanggil untuk meluahkan hal tersebut selepas melihat ada pihak yang cuba meletakkan kesalahan kepada golongan wanita semata-mata dalam satu posting di media sosial.

“Jarang komen yang public post tapi hari ini, emosional sikit bila katanya ‘kesilapan terbesar perempuan adalah salah pilih suami’ sambil tunjuk keratan-keratan suami dajal,” katanya.

Farah kini merupakan ibu tunggal yang membesarkan anaknya, Maream Esabel hasil perkahwinan pertamanya bersama Ally Iskandar.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 sebelum berpisah secara baik pada 17 Ogos 2016.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Media Bawang

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.