Gempar bila pesawat ini mendarat di lebuh raya jadi bualan ramai. Pihak bomba tampil untuk dedahkan siapa juruterbang tersebut

Kulai: Dua juruterbang pesawat ringan yang mendarat cemass di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini, selamat tanpa sebarang kecderaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusoff berkata, kedua juruterbang berkenaan adalah warga Singapura.

Menurutnya, pesawat jenis Beechcraft Bonanza N5045B itu dikendalikan Dr Yang Kuang Ying, 52, dan juruterbang kedua, Saleehullah Abdul Majid, 41.

“Maklumat awal, pihak kami dimaklumkan bahawa pesawat ringan mengalami ker0sakan enjin.

“Pesawat berkenaan sudah dialihkan ke kawasan lapang berumput kira-kira 100 meter dari l0kasi ia mendarat bagi melancarkan pergerakan trafik.

“Pr0ses mengalihkan pesawat mengambil masa 30 minit membabitkan pihak bomba, polis serta PLUS,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadlan itu pada 10.13 pagi dan menggerakkan satu jentera bersama kekuatan 10 anggota ke l0kasi.

Awal tadi, Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan kejadlan ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, pegawai traflk masih berada di lokasi untuk tlndakan lanjut.

“Pesawat ringan itu bukan terhmpas, ia mendarat cemass dan setakat ini belum ada maklumat mengapa pesawat ringan itu mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami,” katanya.

Komen Orang Ramai

Alhamdulliah takada apa2 terjadi Mendarat dgn Selamat.. Hati2 musim ujan n angin kuat… Kita doa yg baik2 aje.

Baguih la pilot nie..siap letak tong minyak kat blkg safety… pasni kapa tebang wajib bwk segi tiga tu senang.

Dulu pun penah ade pesawat ringan landing kcemasan kat highway…sape ingt…lagi la semua lorong dia tapab…ni kira ok la sempat msuk lorong kcemasan.

Tindakn yg baik pda saat kcmasan. walaupun mgvndang bhaya pada pguna lbuhraya yg lain.

Sumber : HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.