Lar4ngan balik kampung pada Aidiladha?? Timbalan Menteri Kesihatan Mula Bersuara Buat Ramai Cemas..

KUALA LUMPUR: Kerajaan setakat ini tidak membuat sebarang keputusan melaksanakan semula lar4ngan rentas negeri menjelang Aidiladha walaupun trend pand3mik COV1D-19 meningkat akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, walaupun rekod keadaan semasa berkaitan penularan v1rus itu kembali meningkat, angkanya masih rendah.

“Belum ada keputusan macam itu lagi (kembali kuatkuasakan larangan rentas negeri). Keadaan tidak bagus sebab kes meningkat tetapi kita masih lagi angka (kes baharu) yang rendah,” katanya ketika ditemui hari ini .

Beliau berkata pada sidang media Parlimen hari ini.

Ditanya apa penanda aras jika mahu pertimbangkan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan adakah jika capai kes harian tiga digit, katanya, tiada angka tepat diletakkan.

“Jika kes memuncak dan banyak, maka kerajaan mungkin terp4ksa bertindak demi keselamatan semua orang.

“Itu yang kita tak mahu berlaku sebenarnya. Sebab kita sudah lalui fasa di mana ekonomi terjejas, perhubungan terjejas dan sosial terjejas. Kita tak mahu benda itu berlaku lagi,” katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan tidak men4ngguhkan sesi persekolahan tahun ini kerana prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Hari ini adalah hari yang penting. Kumpulan terakhir anak darjah satu hingga darjah empat bersekolah semula.

“Memang kerajaan bimbang dengan suasana sekarang. Sebelum mereka dapat kembali ke sekolah, kita adakan SOP iaitu langkah penc3gahan.

“Kita dapat lihat awal lagi apabila kita lepaskan pelajar tingkatan lima dan enam, kita melihat kepatuhan SOP dan saya juga ada melawat beberapa sekolah di Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata sewaktu pembukaan sesi persekolahan pelajar Tingkatan Lima dan Enam itu sudah ditegaskan jika berlaku kes penul4ran COV1D-19, sesi persekolahan akan dih3ntikan serta-merta.

“Alhamdulillah, penc3gahan berjalan dengan baik. Maka sehingga kini tiada kes yang kita dapati berkaitan dengan sekolah.

“Usaha pencegahan yang sudah diambil sebelum ini akan memberikan manfaat dan menempuh kejayaan kepada sekolah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!