Aku tak sanggup menjadi anak bvangan kerana selalu ibu pjak muka aku. Dengan RM20 aku terus lari rumah dan mula kerja di kelab malam

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku Eyna, berumur 27 tahun dan merupakan seorang pegawai pemasaran di salah sebuah syarikat ters0hor di Malaysia.

Aku merupakan anak sulung dari 4 beradik, adik aku yang kedua dan ketiga telahpun mendirikan rumahtangga dan menetap bersama sama keluarga mertua masing masing.

Ayahku telah pun pencen pada 28 April yang lalu, manakala ibu masih berkerja di salah sebuah kilang disini sebagai seorang supervisor.

Sejak dari kecil aku merupakan anak yang selalu terpinggir. Ibu dan ayah mengajar aku untuk hidup tanpa bantuan orang lain dan harus pandai berdikari. Aku dihantar pulang ke kampung untuk bersekolah disana. Aku cuma akan menjadi ‘anak‘ ketika cuti sekolah panjang sahaja.

Begitulah rutin aku selama 5 tahun. Bahkan boleh dikira dengan jari berapa kali aku pulang ke rumah aku sendiri. Setiap kali pulang ke rumah, pasti aku akan mengambil baju k0tor ibu untuk dibawa ke kampung, buat melepaskan rindu pada keluarga yang jauh disana.

Aku sering dibvli di sekolah hanya kerana kawanku yang lain tidak pernah berjumpa mereka. Hinggalah pada pertengahan darjah 5 aku telah dibvli sehingga dir0tan oleh cikgu berulangkali hingga leb4m dan berbekas drah bekv di tangan.

Sebaik pulang nenek, kelihatan sangat sedlh kemudian mengkhabarkan kejadian tersebut kepada ibu dan ayah. Ibu menitipkan pesan bahawa dia akan menukarkan aku untuk bersekolah disana dalam masa terdekat.

Aku sangka aku akan menyambut berita itu dengan penuh perasaan teruja kerana akhirnya aku tidak perlu menunggu cuti sekolah lagi tetapi rupanya itu adalah permulaan bagi segalanya.

Sebaik selesai urusan pertukaran sekolah di Selangor, aku ditempatkan didalam kelas pertama ekoran kecemerlangan aku dalam setiap peperiksaan setiap tahun.

Setiap hari aku akan berjalan ke sekolah selama 15 minit seorang diri sambil memikvl beban yang banyak kerana aku akan menghadapi UPSR pada tahun tersebut. Sedangkan adik adikku yang lain akan menaiki bas sekolah yang dibayar setiap bulan oleh ibu dan ayah.

Sekiranya aku letih untuk berjalan kaki, aku juga akan menaiki bas tersebut namun aku harus membayar RM2 untuk pergi dan balik menggunakan wang belanja aku sendiri.

Namun tidak pernah keluhan itu terpancar dari bibir aku kerana ibu dan ayah sering menekankan bahawa anak sulung harus tumbuh dengan tabah sekali.

Jadual aku padat dengan sekolah kebangsaan di waktu pagi, sekolah agama di waktu petang dan tuisyen di waktu malam 2 hari sekali. Aku menguruskan keperluanku sendiri. Berbeza sekali dengan adikku yang lain kerana segala serba serbi pasti disediakan oleh ibu dan ayah.

Hari demi hari, berbaki seminggu sebelum UPSR ketika aku sibuk menyiapkan borang termasuk salinan fotostat hati aku tertarik untuk melihat sijil nikah ibu dan ayah sekadar tahu tarikh pernikahan mereka kerana aku tidak pernah tahu tentang hal itu.

Alangkah remvknya hatiku bila mengetahui bahawa tarikh pernikahan ibu dan ayah 4 bulan setelah kelahiranku. Berkali aku melihatnya dengan harapan aku salah tapi setiap kali itulah kebenaran dihidangkan untukku.

Aku menangls sehari suntuk, tetapi aku tidak berani untuk memberitahu mereka bahawa aku telah tahu semuanya. Aku hadapi hari hari yang mendatang dengan perasaan yang sungguh berkecamvk. Bahkan, aku sampai menangls ketika menjawab UPSR dan aku mula menyalahkan diri aku sendiri.

Aku kekal tegap menyimpan rahsia itu sehingga sekolah menengah, untuk menutup pengetahuanku, aku telah menjadi pelajar cemerlang setiap tahun sehingga dinobatkan antara Pelajar Harapan Negeri Selangor.

Tahun demi tahun, keadaan makin sukar bagiku. Aku mula member0ntak bila layanan mereka tidak memadai buatku. Mungkin aku telah melihat jur4ng kemesraan itu dan aku telah pun tahu punca semua itu.

Aku mula berpeleseran di waktu malam bersama rakan rakanku yang lain, termasuklah lelaki. Aku mula keluar secara sembunyi, merkok, bergaul bebas dan bahkan aku mula minum minuman kras.

Aku menjadi sangat li4r dan tidak terkwal, cara ibu dan ayah mengajarku adalah dengan kekerasan dan bukannya secara diplomasi hati ke hati.

Setiap kekerasan yang hinggap di batang tubuhku seolah tidak terasa apa pun, sekadar menjadi angin lalu buatku dan itu membuatkan aku semakin member0ntak.

Pada permulaan tingkatan 5, aku telah dipukul oleh ibu hanya kerana aku mem4rahi adikku kerana tidak menlnggalkan makanan buatku yang lelah berjalan menghadap terik mentari sewaktu pulang dari sekolah.

Ibu memijak mukaku berulangkali sehingga mukaku bengkak dan mengeluarkan drah dengan begitu banyak sekali. Aku tidak sanggup lagi hidup menjadi anak buangan lalu aku mengambil keputusan untuk lari dari rumah.

Berbekalkan RM20, aku menaiki bas menuju ke Ipoh. Aku cuma sehelai sepinggang berbekalkan duit belanja yang dikumpul, IC, sebotol air mineral dan sehelai baju sejuk.

Seharian berjalan di kota yang asing, tanpa makan bahkan sesuap, tanpa wang untuk pulang akhirnya aku terduduk disebuah tangga kedai.

Aku melepaskan lelah dan tertidur pulas sambil memegang perut yang lapar. Aku akan mengutip makanan di tokong kecil, mandi di tandas awam berhampiran dan tidur semula di tangga dalam keadaan duduk, pnas dan dihurung nyamuk.

Seminggu berkeadaan begitu, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berkerja. Aku mendapat tawaran berkerja disebuah kelab malam sebagai ‘assistent bartender’ di Ipoh.

Aku diberi kemudahan untuk tinggal di rumah sewa yang disediakan oleh pihak majikan. Setiap hari dihidangkan oleh gemerlap dunia membuatkan aku lupa pada keluarga juga pada agama. Hampir setahun aku menghilangkan diri tanpa khabar buat mereka.

Saat itu aku terasa puas dan bebas tidak lagi hidup menjadi sesiapa. Namun disatu sisi yang lain aku merasa kosong dan rindu pada yang jauh dimata.

Setelah lebih 2 tahun diperantauan akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang dan mendaftarkan diri sebagai calon persendiriaan SPM hasil pertolongan kaunselor sekolah dan aku juga menggunakan gaji yang telah dikumpul selama berkerja di bar tersebut.

Kepulanganku juga membawa kerinduaan dan azam seorang anak untuk berbakti pada keluarga namun benar kata pepatah ku sangka pnas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.

Pulangnya aku ke rumah tidak disambut baik, bahkan mereka memerl!ku sepanjang masa namun aku sudah lalu pada istilah ‘keluarga‘ mereka.

Aku mengasingkan diri daripada mereka, aku meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Begitu payah rasanya, hampir aku terpnduk jatvh di tengah jalan.

Alunan ‘perempuan svndal’ , ‘jal4ng’ dan sebagainya akan didendangkan dari mlut ibu dan ayah. Adik adikku yang lain juga terikut dengan alunan tersebut dan itulah mimpiku setiap hari.

Aku kekal teguh berdiri menjadi tempat melampi4skan amarah mereka saban hari sehingga keputusan SPM telah pun keluar.

Hasil lelah dan kesabaran itu terbukti bila aku mendapat keputusan ‘Straight A’s’ dalam peperiksaan tersebut sekaligus melayakkan diriku untuk melanjutkan pelajaran di universiti.

Di semester akhir pengajian, aku dikhabarkan oleh guru di kolej adik keduaku bahawa dia disahkan hamil 5 bulan aklbat terlanjur. Ibu dan ayah terus menikahkan mereka berdua untuk menutup malu.

Kini mereka telah pun dikurniakan seorang anak perempuan dan selang 8 bulan kemudian sekali lagi aku dikhabarkan bahawa adikku yang ketiga telah menghamili teman wanitanya dan berakhir dengan pernikahan untuk menutup m4lu.

Terasa puas benar, akhirnya kata kata mereka dulu telah berp4tah balik kepada mereka sendiri.

Aku juga telah pun disahkan menghldap tek4nan perasaan yang pelbagai dan masih lagi meneruskan rwatan dengan pkar pski4tri. Mereka masih belum insaf dengan kejadian yang telah berlaku.

Doakan aku kuat menjalani hari yang mendatang, doakan mereka berubah suatu hari nanti.

Re4ksi warganet

Dean Pavel –
Lupakan yang lepas, mulakan hidup baru. Orang kalau tak peduli, mereka tetap tidak akan peduli. Yang menangung adalah diri sendiri tak ada orang lain. Cekalkan hati mulakan hidup baru.

Ameliya Novita –
You are strong sis. Apa yang penting sekarang, cari kebahagiaan kau sendiri. Dndam dalam hati kau, ada dua yang kau boleh buat.

Satu, just biarkan dia sebagai cerita yang lepas.

Kedua, kau luahkan. Tapi melihat pada situasi family kau yang ber4ntakan, aku nasihatkan kau ignore je masa lalu kau dan find ur own happiness. Banyak lagi benda yang boleh diter0ka dalam dunia ni.

Emy Lea –
Kita sebaya, rase nak pel0k je awak. Kite same, tapi saye dijaga oleh keluarga angkat. Lepas mak angkat menlnggal, dapat mak tiri jhat. Start dari tu saye ter4bai dan tertkan.

Habis SPM memang bawak diri smbung blajar, keje, dan kawin. Sekarang suri rumah jage anak. Mujur Allah kurniakan suami soleh dan bekerjaya. Kalau tidak hancvr lagi agaknye. Semoga awak juga bertemu jodoh yang baik baik.. Ami

Eche Syah –Mak bapak, kau dan adik beradik memang sama je semua perangai. Tervk sangat. Tak tau didikan apa korang terima masa kecik.

Lagi satu, jangan nampak salah orang lain. Salah sendiri nampak tak? Bila dh besar, masing masing boleh pikir baik bruk. Sendiri dah boleh pilih jalan mana. Kau dengan adik beradik kau ulangi perbuatan generasi terdahulu.

Agak agaknya generasi selepas kau dan adik adik akan terikut juga tak? Harap harap 1 keluarga tanggung segala perbuatan yang dibuat, taubat dan tak ulangi kesilapan.

Noor Shazwani Abdullah –
Pengakhiran dendam awak adalah hantar surat berterus terang awak dah tahu status awak sejak bila, cerita sebab apa awak macam tu dulu dan awak maafkan diaorang.

(sebab kadang kadang orang yang dah lama dewasa pun taknsedar dimana salah tu mncul)

Tapi untuk bersemuka rasanya awak belum mampu nak explain semua face to face. Awak pulihkan diri, cari semangat, teruskan rwatan. Cari kehidupan baru kat tempat lain.

One day bila dah tenang, harap awak mmpu datang zi4rah mereka tanpa dndam sebab awak tetap anak mereka. Masa depan awak cerah dah masih panjang. Stay Strong n Safe. Fighting.

Sumber – Eyna (Bukan nama sebenar) via IIUMC