Lebih Ramai Dijangklti, KKM Blmbang Kluster Sivagangga Adalah Virvs ‘Super Spreader’

Menerusi status Public Health Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melahirkan rasa bimbang dengan kluster Sivagangga yang bermula di Kedah. Kemungkinan besar kluster tersebut ada kaitan dengan genom Covid-19, yang dikenal pasti sebagai perebak utama (super spreader) di Mesir dan Pakistan.

Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media semalam, kluster tersebut tersebar lebih cepat berbanding 9 kluster lain sebelum ini.

Kadar merebak pantas

Yang kita lihat sekarang kluster ini merebak dengan cepat dibandingkan sembilan kluster di Sarawak dan sebagainya. Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi satu kluster iaitu genome 614, iaitu kluster super spreader.

Besar kemungkinan ini (kluster Sivagangga) adalah kluster Super Spreader tetapi kita kena laksanakan ujian teliti dan akan kulturkan virus itu di makmal.

Menurut KP Kesihatan, jika bacaan ‘Rt’ adalah satu, ini bermakna 100 orang disahkan positif jadi akan menjangkiti 100 orang yang lain. Pihak KKM perlu memastikan bacaan Rt kurang daripada satu agar dapat mengawal Covid-19 di Malaysia. Sehingga kini, KKM masih meneliti jenis virus yang menyebabkan hampir 7 ribu penduduk di Kedah di kuarantin.

Semua dirawat kini generasi kedua kluster Sivangga

Sementara itu, KKM akan terus menjalankan saringan bersasar bagi kluster Sivagangga dan kini fokus masih lagi tertumpu kepada pelanggan yang ke sebuah restoran nasi kandar di Napoh, Kedah.

Selain itu, saringan bersasar juga dilakukan untuk penduduk yang tinggal dalam radius satu kilometer dari lokasi restoran berkenaan tetapi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan perlu menjalankan saringan segera. Semua yang positif kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan mereka adalah generasi kedua dalam kluster Sivagangga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Media Bawang

Sumber: Harian MetroPublic Health Malaysia

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Adminjuga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.