Marsha Milan Londoh dedah perangai sebenar suami dia selepas 5 tahun kahwin. Patutlah jarang ada gambar bersama

LIMA tahun mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, penyanyi Marsha Milan Londoh mendedahkan suaminya itu seorang yang pemalu dan tidak romantik.

Gara-gara sifat ‘malu-malu’ itu, Marsha memberitahu dia jarang memuat naik foto bersama suami tersayang di media sosial miliknya.

“Inilah perangai dia, demi sekeping gambar… Sepol (Shaiful) pemalu tu la susah nampak dia dalam Instagram saya.

“Kalau post pun… kalau dia rasa tak okay, kejap lagi dia padam la tu masa saya tengah leka! Lepas itu dia tak romantik, tengoklah duk tepis-tepis tangan.

“Tapi bini pula macam kucing… nak tak nak dia reda! Walaupun ada perbezaan tapi saya tetap menyayanginya lebih 3000 juta,” katanya menerusi Instagram.

Kalau dia rasa tak okay, kejap lagi dia padam la tu masa saya tengah leka!

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Bimbang ini berkongsi video momen ketika dia meraikan ulang tahun perkahwinan kelima baru-baru ini.

Kata Marsha, majlis itu diraikan awal beberapa hari kerana dia perlu menjalani penggambaran pada tarikh 31 Disember itu.

Marsha kongsi video momen makan malam bersama suami sempena ulang tahun perkahwinan ke-5.

“Kami adakan makan malam lebih awal sempena ulang tahun perkahwinan kami yang sepatutnya pada 31 Disember ini sebab saya ada shooting semasa itu.

“Dia memahami dan okay walaupun lagi beberapa hari sahaja ulang tahun itu,” ujarnya.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berusia 33 tahun itu pada 31 Disember 2015 di Georgetown, Pulau Pinang.

SumberKredit: MstarOnline

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Bawang