Tun M desak Muhyiddin untuk letak jawatan dan rupanya ini sebabnya.

Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak mengikut proses perundangan tertib oleh kerajaan membuktikan Kabinet yang ada kini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Keadaan itu jelas dilihat menerusi pengumuman kerajaan berhubung pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat walaupun gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ikut pindaan kita (kerajaan terdahulu) buat sebelum ini, kalau Raja (Yang di-Pertuan Agong) tolak maka dewan (Dewan Rakyat) mesti bincang sebab penolakan itu,” katanya ketika berucap di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Pengerusi Parti Pejuang itu berkata, pengumuman pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat yang dibuat kerajaan di Parlimen seolah-olah ia sudah sah menjadi undang-undang. Katanya, ini kerana Proklamasi dan Ordinan Darurat itu masih belum dikemukakan kepada Parlimen sebelum ini. Ahli Parlimen Langkawi turut mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletak jawatan tanpa terus berkeras memimpin negara.

“Apa mahu jadi dengan negara kita? Inilah apabila Perdana Menteri yang tak sepatutnya jadi Perdana Menteri, masuk ikut pintu belakang. Saya harap rakyat faham,” katanya. Katanya, ini menjadi sejarah pertama di Malaysia apabila ahli parlimen tidak dibenarkan untuk ke Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan rakyat. Sumber : hmetro

FRU tampil sekat MP Pembangkang dari masuk kawasan parlimen.

Pergolakan politik Malaysia semakin panas apabila ahli parlimen pembngk4ng cuba memasuki Dewan Rakyat, namun kesemua jalan masuk disekat. Mereka berkumpul di Dataran Merdeka dan merancang untuk berarak ke  parlimen hari ini.

Semua ahli parlimen pembangkang dari DAP, PKR, Amanah, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Warisan, Parti Sarawak Bersatu dan Upko berkumpul untuk mendesak pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya . Parlimen sepatutnya bersidang hari ini tetapi ditangguhkan akibat kes Covid-19. Malaysiakini melaporkan perkembangan ini secara langsung.

Anwar umum perarakan bersurai

10.43am: Persimpangan Jalan Parlimen- Ketua Pembngk4ng, Anwar Ibrahim mengumumkan perarakan itu bersurai setelah polis menyekat mereka memasuki Dewan Rakyat.

FRU sekat MP masuki parlimen

10.35am: Persimpangan Jalan Parlimen – Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membuat benteng manusia di hadapan jalan menuju parlimen. Seorang pegawai polis yang berdiri di atas trak FRU mengumumkan kepada anggota Parlimen dan petugas media bahawa tidak ada individu yang dibenarkan memasuki parlimen.

“Semua orang, bersurai. Kami tidak akan benarkan sesiapa pun masuk, ” kata seorang anggota dari atas trak berkenaan. Terdapat barisan trak FRU merah diparkir di belakang kenderaan itu. Sementara itu, para ahli parlimen berdiri di hadapan sekatan itu dan melaungkan pelbagai slogan termasuk “daulat tuanku” dan “Muhyiddin undur”.

MP pembangkang mula berarak

10.25 pagi: Dataran Merdeka – Ahli Parlimen pembngk4ng mula berarak menuju Parlimen dari sini. Sebilangan mereka mengangkat sepanduk yang bertuliskan “Mahiaddin dan kabinet letak jawatan” ketika berarak. Mereka juga menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dan melaungkan ‘Reformasi’ ketika berarak.

Dr Mahathir tiba di Dataran Merdeka

10.15 pagi: Dataran Merdeka – Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tiba untuk menyertai ahli parlimen pembngk4ng. Ahli Parlimen Langkawi dan pengerusi Pejuang itu juga memberi ucapan ringkas kepada anggota parlimen sebelum menyertai perarakan ke parlimen.