Liek Hou sumbang emas kedua negara selepas tumbangkan jaguh No.1 dunia.

SATU lagi sejarah tercipta di bumi Tokyo apabila pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou menjelmakan pingat emas dengan menumbangkan pemain ranking No.1 dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi di Gimnasium Nasional Yoyogi sebentar tadi.

Lebih membanggakan, Liek Hou yang membuat penampilan pertama pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berjaya mengatasi jaguh Indonesia itu dengan kemenangan straight-set 21-17, 21-15 dalam aksi final badminton lelaki kategori SU5.

Liek Hou yang merupakan juara dunia enam kali dilihat mengekalkan momentum terbaik meskipun Anrimusthi cuba mengheret perlawanan tersebut ke rubber set, bagaimanapun hasrat lawan itu tidak kesampaian.

Kemenangan tersebut merupakan emas kedua buat kontinjen Malaysia apabila atlet angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas sulung selepas menang sukan powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg).

Sumber – K! ONLINE

Geng Bawang dah mula beraksi baru je sah Ziyad terlepas pingat emas. Sekali ini pula yang jadi pada FB Kedutaan Ukraine.

Kecoh di media sosial sejak semalam lagi selepas kemenangan atlet lontar peluru Ziyad Zolkefli tidak diiktiraf oleh pihak penganjur. Kemenangan pingat emas Ziyad direntap selepas dia dikatakan lewat untuk melaporkan diri ke bilik menunggu sebelum acara bermula.

Perkara itu dimaklumkan oleh wakil Ukraine menyebabkan keputusan Ziyad bersama dua lagi atlet dari Australia dan Ecuardo diputuskan sebagai Did Not Start (DNS). Sudah pasti isu ini disuarakan oleh warganet kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan.

Terus kawal ruang komen!

Warganet dilihat melepaskan kemarahan mereka dengan menyerng akaun Facebook milik Kedutaan Ukraine di Malaysia hingga menyebabkan ruangan komen akaun itu terpaksa dikawal buat sementara waktu. Sehingga kini hanya beberapa individu sahaja dibenarkan untuk meninggalkan komen di Facebook milik kedutaan negara tersebut.

Kemarahan warganet bagaimanapun mendapat perhatian Duta Besar Ukraine di Malaysia, Olenxander Nechytaylo menerusi posting terbaru di akaun Twitter peribadinya. Menerusi status tersebut, dia sempat mengucapkan tahniah buat atlet negara selain menggesa supaya perkara ini dapat ditangani secepat mungkin untuk memelihara semangat sukan Olimpik.

Lepas je kecoh pasal pembatalan pingat emas Ziyad Zolkefli. Sekali Menteri tampil dedah ini tindakan yang dia lakukan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan b4ntahan Malaysia berhubung pembatalan pingat emas jaguh lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sudah dihantar.

Posting Faizal Azumu di Facebook miliknya sebentar tadi.

Jelasnya, pegawai Kontinjen Malaysia menyertakan semua bukti termasuk rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar bilik menunggu (call room). “Update terbaru Tokyo – Protest submitted. Termasuk semua bukti CCTV di call room dan luar call room. Doakan,” katanya di Facebook sebentar tadi. Sumber – K! ONLINE

Chef Wan kritik busana atlet negara di Olimpik Tokyo. Sekali ini penjelasan Chef Wan yang buat dia rasa tak puas hati.

Lain orang, lain pendapat. Begitu juga dengan cef selebriti Datuk Chef Wan yang lantang menyuarakan kritikan peribadi terhadap busana delegasi atlet negara ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Jepun malam tadi sebagai langsung tidak menarik dan kelihatan murahan.

Selain nampak serabut atau cacamarba, Chef Wan turut melabelkan atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita tersebut seperti badut, disebabkan panduan warna kuning dan merah.

“Pandangan pertama saya, lah tak menarik langsung? Kenapa mereka pakai macam badut. Kuning, merah dan corak geometrik, semak! Kerja menjahit pun nampak tak kemas dan kelihatan murah,” katanya. Cef berusia 63 tahun itu berkata, Malaysia sebenarnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan baju kebangsaan kaum lain boleh diketengahkan kepada dunia.

Saranannya, memandangkan acara tersebut diadakan lima tahun sekali, jadi tidak salah sekiranya usaha lebih diberikan terhadap rekaan kostum atlet negara dengan membuka undian kepada pereka tempatan dan rakyat Malaysia boleh mengundi hasil kerja yang terbaik.

“Paling tidak satu dunia tengok macam mana rupanya. Sekurang-kurangnya mereka akan kata, wow itu Malaysia! Tersendiri dan menyerlah. Ini tak habis-habis dengan si Hang itu, Hang ini! Apa kata anda? Atau cuma mata saya yang nampak lain. Inspirasi daripada Hang Tuah? Tak sudah-sudah pusing situ juga,” ujarnya. Di sebalik ‘hentm4nnya’, cef selebriti itu pada masa sama tidak lupa menyampaikan ucapan selamat berjuang kepada barisan atlet tanah air demi mengejar misi membrv pingat emas.

“Tiada apa yang kami harapkan selain yang terbaik untuk mereka. Doa-doakan semoga semua selamat dan sihat-sihat selalu dalam usaha mengharumkan nama negara. Sangat berbangga dengan pencapaian dan peng0rbn4n mereka yang berusaha gigih untuk pertandingan ini, Insya-Allah,” katanya lagi.

Semalam, seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ketika acara pembukaan Olimpik Tokyo lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah. Acara tersebut menyaksikan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada atlet badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying. Warna pakaian kontinjen negara diinspirasikan daripada warna Jalur Gemilang dan direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Sumber – K! ONLINE

Ada individu yang telah dikompaun berpunca daripada program bantuan bank makanan. Ini penjelasan dari PDRM.

Polis mengesahkan terdapat pelngg4ran prosedur operasi standard (SOP) ketika pengagihan bantuan bank makanan di Sungai Siput, di sini, yang menyebabkan pemilik perniagaan dan rakannya masing-masing dikompaun RM1,500, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, program berkenaan menyebabkan ramai orang berkumpul dan tiada penjarakan fizikal.

“Beliau (penganjur) sudah ke pejabat daerah untuk memohon kebenaran bagi melakukan sumbangan bank makanan dan pejabat daerah memaklumkan tidak perlu kebenaran kerana konsep bank makanan hanya perlu meletakkan makanan di mana-mana dan orang akan ambil. Namun kesalahan yang dilakukan apabila beliau mengumpulkan orang di lokasi tersebut ibarat pengagihan makanan secara terbuka sehingga melngg4r SOP walaupun pihak polis telah mengarahkan mereka beredar tetapi masih berdegil,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Khaizam mengulas isu yang tular di media sosial mengenai pemilik perniagaan itu yang memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, tetapi dikompaun sehingga mengundang kemarahan dan kritikan warga maya selain menuntut penjelasan pihak berkuasa. Katanya, pihaknya tidak melarang tindakan seseorang untuk menyalurkan bantuan makanan kerana ia satu perkara yang murni terutama ketika negara kini masih lagi dilanda pandemik Covid-19

“Saya tidak mahu perkara ini dipolitikkan atas tindakan pihak polis kepadanya. Tambahan pula isu yang dibangkitkan ini telah berlaku pada Jun lepas. Saya rasa ini karut kerana setelah sebulan baru hendak bangkitkan,” katanya.

Katanya, pihak terbabit boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya percaya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Media sebelum ini melaporkan seorang pemilik perniagaan dan rakannya didenda RM1,500 seorang pada 5 Jun lalu kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika mengagihkan bantuan makanan. Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.