Ligat betul Didie Alias dengan kasut rodanya. Sekali ini pula respon warganet.

Status nenek kepada dua orang cucu tidak menghalang pelakon senior, Didie Alias untuk aktif bermain kasut roda. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 49, telah mempamerkan kemahirannya bermain kasut roda di kawasan rumah bersama anak bongsunya, Muhammad Dayyan yang kini berusia tujuh tahun.

“Dak-dak (budak-budak) skate beraksi,” tulis Didie. Dalam video tersebut, pelakon yang dikenali dengan watak Che Salman menerusi drama Takdir Yang Tertulis itu kelihatan tidak kekok untuk bermain kasut roda dan dilihat meluncur dengan laju.

Bahkan, Didie turut mempamerkan aksi meluncur secara mengundur seperti tarian ‘moon walk’ yang dipopularkan oleh penyanyI, Michael Jackson. Aksi lincah bekas finalis Dewi Remaja 1990/1991 itu ternyata menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram termasuk dalam kalangan rakan-rakan artis.

“Aduh nak beli juga la (kasut roda),” kata pelakon Lia Natalia. Bergabung dengan @cikmanggis mami,” ujar penyanyi Kaka Azraff. Bahkan, rata-rata peminatnya dalam Instagram sangat terhibur dengan telatah Didie bermain kasut roda walaupun usianya hampir mencecah 50 tahun.

“Aktif betul nenek. Eloklah badan sihat,” kata salah seorang pengikutnya. Sekadar info, Didie sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor, Ridzuan Hashim pada tahun 1992 tetapi bercerai pada 2002. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang anak yang berusia antara 28 hingga 22 tahun. Didie berkahwin kali kedua dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail pada 2009. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Didie Alias berang sampai bidas komen warganet ini. Sekali ini pesanannya.

PELAKON dan pengacara Didie Alias men3gur tindakan warganet yang gemar mengaitkan golongan selebriti dengan isu semasa yang tidak mempunyai kaitan dengan anak seni. Didie atau nama sebenarnya Fadzilah binti Mohd @ Ali terpanggil untuk bersuara selepas melihat komen seorang warganet di ruang perkongsian artikel mengenai akad nikah dibenarkan di Selangor bermula 1 Julai di Instagram rasmi mStar.

Menurut pelakon berusia 49 tahun ini, dia tidak berasa m4rah dengan komen tersebut namun meminta agar warganet berhenti melibatkan nama selebriti dalam mana-mana isu tidak berkaitan.

Didie balas komen warganet tersebut.

“Malam tadi saya baca artikel itu dan tengok komen ada pula warganet yang kaitkan isu tersebut dengan selebriti. Kami pun manusia biasa… ada perasaan juga. Kenapa semua benda nak kena libatkan artis? Saya bukan nak m4rah tapi sekadar nak beri penging4tan sahaja. Kita ini semua sama sahaja, tiada istilah kayangan… kalau pergi tinggalkan dunia pun pakai kain putih juga. Tak ada keistimewaan pun diberikan kepada artis. Saya faham dalam keadaan PKP ini, ramai yang tak tahu nak buat apa tapi mind your own business… kita hormat satu sama lain,” kata Didie ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Sebelum ini, seorang warganet tinggalkan komen di ruang perkongsian di artikel tersebut mengatakan kebenaran akad nikah itu disebabkan ramai selebriti menetap di Selangor ingin berkahwin.

Saya bukan nak mar4h tapi sekadar nak beri pengingatan sahaja.

“Kan artis ramai duduk Selangor, depa (mereka) nak kahwin,” tulis individu tersebut. Tidak setuju dengan komen tersebut, pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat ini membalas semula dkwaan itu dengan mempersoalkan tindakan individu mengaitkan selebriti. Tegas Didie, dia tidak kisah sekiranya individu tersebut mahu tinggalkan komen antara mereka namun berasa kurang senang apabila ia turut melibatkan anak-anak seni. Salam… kenapa mesti nak libatkan artis ya. Kalau nak komen antara anda saja la. Tak payah la libatkan anak-anak seni ya. Terima kasih,” tulis Didie.

Bagaimanapun, individu tersebut telah memadamkan komen yang ditinggalkan selepas menerima kritikan daripada warganet lain. Dalam pada itu, pelakon drama siri Sc4mmer ini turut memberi pandangan mengenai seorang warganet tinggalkan komen menvduh pelakon dan penyampai radio Sinar FM iaitu Siti Elizad mandvl.

“Zaman sekarang ini, saya lihat orang mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Baru-baru ini, saya ada baca mengenai Siti Elizad. Sampai ke tahap begitu orang tinggalkan komen. Tak kisah kalau akaun palsv ke tidak tapi mana adab bila bercakap… dah semakin tervk tinggalkan komen tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tulis ayat itu seperti tiada mak bapa,” ujarnya. Untuk info, Elizad membuat laporan p0lis terhadap seorang pemilik akuan Facebook yang menkritiknya kerana mempunyai masalah g4ngguan kesvburan pada Rabu.

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tiket untuk ke menera gading. Dapat 10G dalam keputusan Spm. Daiyan Trisha tampil dengan kata kata semangat untuk pelajar gagal spm.

“For those yang tak dapat results seperti yang dimahukan, relax. Spm ni hanya satu tiket untuk ke menara gading. Ramai dah aku tengok Spm tak perform sangat pun mai tang kat univerisiti, pergh boleh kata 4 flat tiap sem. Yang penting kita kena ada semangat nak belajar”

“Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya,” itu lah kata-kata nasihat yang pastinya menjadi penguat semangat bagi mereka yang tidak berjaya memperoleh kejayaan. Hal yang demikian kerana kesulitan itu sebenarnya dikatakan sebagai satu ‘nikmat’ apabila seseorang itu pernah menghadapi kejatuhan, maka halangan kecil akan menjadi penawar dek pengalaman dan pengajaran ketika berdepan cabaran besar sebelum ini.

Namun, jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk terus terduduk malah tiada jalan pintas untuk seseorang itu berjaya dalam kehidupan jika tidak berusaha ke tahap maksima. Mengetahui hal itu, pelakon jelita Daiyan Trisha kali ini tampil memberi kata-kata semangat kepada para pelajar yang telah mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sekali gus menzahirkan ucapan tahniah bagi setiap kejayaan yang diperoleh.

“Sejujurnya saya sangat bangga dengan anda semua kerana pengalaman untuk menjawab kertas peperiksaan sepanjang musim pandemik bukan perkara yang mudah, para pelajar pun tidak hadir ke sekolah 100 peratus ditambah pula dengan cabaran belajar secara virtual”

Memuat naik ciapan menerusi Twitter, Daiyan tetap memuji usaha dan kegigihan para pelajar yang telah bertungkus-lumus menimba ilmu meskipun menghadapi cabaran besar ketika penularan wabak covid-19 menghentam dunia.

Hantaran yang dimuat naik itu sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat para pelajar yang telah menerima keputusan SPM tahun 2020 yang seharusnya menarik nafas lega apabila sudah memperoleh ‘kemerdekaan’ dan dinasihatkan untuk tetap berusaha di masa hadapan kerana mengetahui perjalanan bagi meraih sesebuah kejayaan itu masih panjang.

“Wow, excellent! kalau tak jadi anchor and kantoi, ni lah sebenarnya result saya ok, thanks. – Aaidaa Zubir, sepatutnya 10A”. Selebriti jelita yang begitu dekat dengan watak lakonanya sebagai pelajar dalam

sebuah drama bersiri terkenal, dia akui kegagalan kerana memperoleh keputusan 10G dalam drama berkenaan sedikit sebanyak telah memberi pengajaran kepada golongan mahasiswa yang menggemari akan cerita berkenaan.

Menurut sumber sebuah laporan berita, seramai lebih 9 ribu calon peperiksaan SPM 2020 memperoleh keputusan yang cemerlang dengan gred A bagi semua mata pelajaran manakala sebanyak 4 ribu lebih calon ataupun 1.16 peratus telah mendapat gred semua G berbanding 1.11 peratus pada SPM 2019.

Oleh itu, meskipun dikritik kerana gagal memperoleh kejayaan pada cabaran kali ini, para pelajar harus tetap berjuang kerana gagal juga merupakan proses pembelajaran untuk terus maju di masa hadapan.

Apa yang penting, kita harus bangkit daripada kekalahan dan teruskan berusaha sehingga berjaya tiba di menara gading.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraid

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Penyanyi Daiyan Trisha berasa sedih dengan warganet, Yuna tampil beri kata kata semangat.

PENYANYI Yuna tampil memberi semangat terhadap Daiyan Trisha selepas disindir warganet berhubung bakat nyanyiannya berikutan hanya meraih 100,000 jumlah tontonan bagi muzik video terbahru, I Wanna See Ya. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 33, meminta Daiyan tidak mempedulikan kata-kata buruk warganet yang hanya akan melemahkan semangat penyanyi itu untuk terus berkarya.

“Jangan pedulikan mereka, 100,000 tontonan dalam tempoh sebulan untuk artis indi adalah sangat hebat!. “Kamu adalah salah seorang daripada individu yang rajin dan berani pernah saya kenali. “Teruskan usaha dan saya bangga dengan pencapaian kamu,” tulis Yuna.

Terdahulu, Daiyan meluahkan rasa sedih selepas beberapa individu yang mempertikaikan kemampuan serta bakat nyanyiannya itu. Warganet menuduh penyanyi lagu Langit ini cuba menjadi Yuna gara-gara mengeluarkan single berbahasa Inggeris.

“Saya tergamam melihat beberapa Tweet yang bercakap mengenai muzik video saya dan punca mengapa jumlah tontonannya sedikit. Ia membuatkan saya berasa sedih. “Memang… sudah lebih sebulan ia dimuat naik dan hanya mendapat 100,000 tontonan sahaja. Tetapi mengapa anda nak ketawakan usaha keras saya?” ujarnya.

Menurut mereka, perjalanan Daiyan untuk mencapai tahap seperti Yuna masih terlalu jauh. “Dia nak try tembus market oversea macam Yuna tapi dia bukan Yuna. “Jauh lagi untuk sampai ke tahap itu. Bukan level Yuna lagi. Lokal pun malas layan,” tulis netizen.

Lagu I Wanna See Ya ditulis dan dicipta oleh Daiyan dan Juan Ariza. Muzik video yang menjalani penggambaran di luar negara itu mula dimuat naik di YouTube sejak 20 September lalu namun hanya memiliki jumlah tontonan tidak lebih 200,000 di Youtube.

Sumber : mStar

Yuna dilamar agensi model terkenal dunia

SELEPAS dilihat menghadiri beberapa pertunjukan fesyen sempena Minggu Fesyen New York (NYFW) baru-baru ini, penyanyi Yuna mengumumkan dirinya dilamar agensi model terkenal dunia, Wilhelmina Models. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 32, berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi Instagram di mana dia jelas teruja menjadi antara selebriti dipilih untuk bernaung di bawah agensi terkenal itu.

“Hello dunia! Inilah berita yang saya ingin kongsikan kepada anda semua. Wanita milik kamu ini sekarang sudah menyertai @wilheminamodels!. “Siapa pernah sangka, mak, kita berjaya lakukannya. Sangat teruja untuk kongsikan detik ini bersama adik perempuan saya @massey_sw. Saya sedia untuk berkhidmat,” katanya.

Sebaik membuat pengumuman itu, penyanyi Dan Sebenarnya berkenaan dihujani ucapan tahniah daripada ramai rakan artis baik tempatan mahupun antarabangsa. Tidak terkecuali, penyanyi dari Indonesia, Anggun.

Wilhelmina Models adalah agensi khidmat peragaan dan pengurusan bakat yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. Syarikat itu juga mempunyai cawangan di Los Angeles, Chicago, Miami dan London. Antara selebriti popular lain yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo. Manakala nama besar dalam peragaan yang dinaungi agensi berkenaan termasuklah Janice Dickinson, Robyn Lawley, Anjelica Huston, Rachel Trachtenburg dan Kendall Jenner.

Sumber : myMetro