Selepas ramai yang tak puas hati Neelofa langgar SOP, kini tuan badan buka mulut

Berikutan isu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan didakwa berbulan madu di Langkawi beberapa hari lalu, selebriti terkenal Neelofa akhirnya tampil memberi jawapan terhadap segala persoalan dalam fikiran netizen.

Memetik temubual bersama Gempak, Neelofa memohon orang ramai memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan isu tersebut secara profesional dan tenang.

“Berhubung isu tersebut saya mohon diberikan ruang untuk menyelesaikannya secara profesional dan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak yang berkaitan.
“Itu saja permintaan saya… Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan,” katanya ketika ditemubual Gempak.

Mengulas tentang kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai tindakan akan dikenakan sekiranya didapati bersalah melanggar SOP, Neelofa enggan mengulas lanjut.

“Saya rasa tidak perlu untuk mengulas tentang perkara tersebut. Ada tindakan atau tidak biar saya ‘settle’ sendiri. Jika ada perkembangan terkini saya akan maklumkan dan kita tengok nanti apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Terdahulu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu mencetuskan kontroversi apabila didakwa merentas negeri ke Langkawi untuk pergi berbulan madu bersama suami, Haris Ismail di pusat peranginan tersebut.

Bagaimanapun, Neelofa menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan pemergiannya itu adalah di atas urusan kerja.

Baru-baru ini, namanya dipetik sekali lagi oleh Ketua Polis Negara yang mengeluarkan kenyataan memanggil kedua pasangan itu bagi memberi keterangan setelah gambar-gambarnya di Langkawi dilihat seperti sedang bersanta bukan bekerja.

Tonton video penuh:

Sumber: Gempak (Fiza Kamarudin), HLive

Kredit : OMM

“Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?” – Hamka

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.