Tular perkongsian pemuda ini yang beli baju hampir RM1.5k luah rasa kecewa pada pekerja servis kurier. Sekali terkejut bila yang sampai jagung buruk.

Sejak semalam kecoh dalam industri bundle tempatan apabila seorang lelaki yang juga menjual barangan pakaian bundle luah kekecewaan setelah baju yang dibeli daripada rakan beliau diterima dalam keadaan keadaan yang ‘berbeza’. Sebagaimana perk0ngsian dari portal The V0cket, melalui Twitter seorang mngsa iaitu AidilLatifff, beliau meluahkan kekecewaan terhadap pihak kurier J&T Setapak yang sepatutnya bertanggungjawab dengan tidak mengambil barangan pelanggan.

Lebih mengej0tkan, beliau yang sepatutnya menerima pakaian yang dibeli bernilai RM1,500 oleh rakan beliau telah menerima parcel double tracking berisi jagung buruk bertarikh 22 Julai 2021 lalu. Isu yang berlaku turut mendesak beliau memuat naik sebuah video dalam menjelaskan isu yang berlaku melibatkan kurier J&T cawangan Setapak. Beliau juga turut membuat lap0ran polis terhadap isu yang berlaku.

Ada siap double tracking. Ni kerja mmg staff @jntexpressmy LDC Setapak 603 buat kerja. Harap lepas ni semua berhati2 guna courier servis J&T Express. Jika dapat dilihat menerusi gambar yang dik0ngsikan, penerima berkenaan telah menerima barangan dengan alamat yang berbeza daripada alamat sebenar beliau.

Mngsa Aidil Latif dalam video beliau sebaliknya tidak menyalahkan pihak penjual kerana cukup kenal dan yakin dengan kejujuran pihak penjual. Malah, beliau yang kerap berurusan dengan pihak penjual berkenaan turut memaklumkan penjual tersebut turut menunjukkan gambar dan video barangan sebelum membuat penghantaran. Warganet lain turut meluahkan isu melibatkan kurier J&T

 

Difahamkan isu ini tidak hanya berlaku secara kebetulan atau kecuaian, terdapat para warganet yang mengadu turut mengalami situasi yang sama menerusi cawangan J&T Setapak.
Perkongsian :