“Macam Syamsul Yusoff tapi bukan..” – posting terbaru Puteri Sarah jadi tanda tanya

Umum mengetahui pelakon Puteri Sarah Liyana sudah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen sejak mula menyepi daripada dunia seni apabila berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Terkini isteri kepada pengarah, pelakon dan juga penyanyi Syamsul Yusof itu dilihat kembali aktif dalam bidang lakonan. Penglibatan aktif semula Sarah ternyata mendapat sambutan baik daripada orang ramai.

Namun, entri yang dimuat naik oleh Puteri Sarah iaitu sekeping foto bersama pelakon lelaki, Nazrief Nazri di laman Instagram itu telah mengundang kritikan. Foto tersebut mengundang rasa tidak senang peminat berikutan imejnya yang bertudung dan memegang status isteri orang.

Namun begitu, ada juga segelintir yang berpendapat gambar tersebut hanyalah suntingan. Ini kerana kedua-dua tangan tidak sama dan bentuk badan juga lain.

www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Puteri Sarah Liyana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! MB

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Bawang