Mahfuz Gelar Kabinet Baharu Ismail Sabri Ibarat Tayar Celup.Ini Sebabnya.

ALOR SETAR – Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umpama ‘kabinet tayar celup’ dan bakal memberi implikasi kepada rakyat mahupun negara.Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, kabinet tersebut tidak mencerminkan suatu proses pembaharuan terhadap anggota kabinet yang dibentuk di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, ini menunjukkan Ismail Sabri masih terikat dalam pemikiran kerangka lama dengan meneruskan legasi kerajaan gagal yang dicetuskan oleh Muhyiddin ketika menerajui negara.

“Sebab itu saya label ‘kabinet tayar celup’. Tayar yang hampir rosak kemudian ditampal untuk kelihatan baharu dan ia amat berbahaya kepada keselamatan serta masa depan negara.

“Sedangkan dunia kini dalam lonjakan pemikiran 4.0, sebaliknya tahap pemikiran pemimpin sedia ada masih rendah. Ia amat berisiko untuk masa depan negara.Ibarat tayar celup boleh menyebabkan kemalangan, jadi itulah yang akan rakyat hadapi,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempersoal saiz kabinet baharu yang dianggap melebihi keperluan.

“Melantik anggota kabinet yang terlalu ramai ketika negara sedang memerangi pandemik Covid-19, ditambah pula dengan krisis ekonomi yang dihadapi, adakah ini satu keperluan?” Soalnya.

Menurutnya, jika dibandingkan dengan beberapa negara yang mempunyai kepadatan penduduk lebih tinggi berbanding Malaysia, mereka tidak melantik sejumlah besar anggota kabinet.“Penduduk kita sekitar 32 juta orang dengan anggota kabinet seramai 70 orang. Di China dengan 1.3 bilion penduduk hanya lantik 35 anggota kabinet, manakala Amerika Syarikat yang memiliki 331 juta penduduk hanya 15 anggota kabinet.

Penduduk India seramai 270 juta dengan 49 anggota kabinet, di Jepun yang penduduknya 126 juta pun hanya 14 anggota kabinet serta Jerman dengan 83 juta rakyat hanya lantik 14 anggota kabinet,” katanya lagi.

Mahfuz berkata, kerajaan masih tidak prihatin terhadap kritikan rakyat sebelum ini yang membangkitkan isu berkaitan saiz kabinet ketika di bawah pentadbiran Muhyiddin.

“Nampaknya mereka lebih pentingkan kuantiti berbanding kualiti. Sekitar 90 peratus anggota kabinet dilantik semula dari era Muhyiddin cuma diubah kedudukan atau kementerian, pemikiran masih di takuk lama. Akhirnya ia tidak membantu mengubah pemikiran anggota kabinet untuk hasilkan idea lebih baik dalam membina semula negara dan keluar dari pandemik,” katanya.

Menurutnya, rakyat mahukan adalah sebuah kerajaan dengan jumlah anggota kabinet yang kecil namun mampu membawa idea-idea besar.

Mahfuz turut menyifatkan ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri menggambarkan wujud ketidaksepakatan dalam parti-parti gabungan kerajaan baharu.“Ia jelas menunjukkan krisis perebutan kedudukan kalangan proksi khususnya UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Walaupun lantikan itu bukan perkara wajib dalam Perlembagaan namun kebiasaan akan ada lantikan. Ismail Sabri seakan tertekan dengan tuntutan parti-parti gabungan yang mahukan jawatan berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, dengan mengekalkan empat menteri kanan, ia seakan menjadi bahan ketawa mengenai peranan dan keperluan lantikan itu.“Kebiasaan menteri kanan adalah yang benar-benar senior dan dihargai kerana memiliki pemikiran aras tinggi serta prestasi terbaik, namun yang dilantik adalah sebaliknya,” katanya.

Mengulas kenyataan Ismail Sabri yang menyifatkan kabinet berorientasikan hasil dengan meletakkan tempoh 100 hari untuk mengemukakan prestasi, Mahfuz berkata, ia tidak mampu mengubah apa-apa.

“Kabinet sebelum ini melebihi 500 hari, tiada pun pencapaian membanggakan. Apa yang boleh diharapkan dalam masa 100 hari dari orang yang sama, sebab pemikiran mereka tetap sama. Kita akan terus berdepan dengan krisis politik,” katanya.

Pada Jumaat, Ismail Sabri mengumumkan pembentukan kabinet membabitkan pelantikan seramai 31 menteri, termasuk empat menteri kanan serta 38 timbalan menteri.Sebelum ini, Muhyiddin telah menyatakan syarat sokongan PN kepada Ismail Sabri antaranya tidak mengangkat kumpulan Kluster Mahkamah dalam Kabinet baharu.

Muhyiddin yang mentadbir negara sejak 1 Mac 2020 meletak jawatan pada 16 Ogos lalu antaranya disebabkan berpegang kepada prinsip tidak akan campur tangan dalam kuasa mahkamah.Beliau ketika menjadi Perdana Menteri sebelum itu didesak oleh pihak tertentu untuk campur tangan membebaskan beberapa ahli politik yang kini berdepan tuduhan jenayah membabitkan antaranya kes rasuah, melibatkan jutaan ringgit.

sumber: sinar harian , AGENDA DAILY

Disebabkan ramai yang kecewa dengan keputusan perlantikan kabinet baru kali ini. Ku Li tampil bagi satu cadangan berkenaan gaji menteri.

“Tak ada pilihan lain, mari doakan gaji mereka dibayar separuh Itu sahaja pilihan yang ada”. Demikian reaksi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berhubung lantikan menteri Kabinet baharu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Sebagai menterjemahkan kekecewaannya, Tengku Razaleigh berharap lantikan baharu ini akan dipotong separuh gaji mereka berbanding ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya telah memberikan ulasan bahawa tak dapat nak duga selain daipada mereka yang dipilih, kerana ini sahaja pilihan yang ada. Sudah tentu UMNO kecewa dengan barisan Kabinet baharu ini. Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah (Tan Sri) Muhyiddin,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pada Jumaat pagi, Ismail Sabri menegaskan, barisan Kabinet baharu yang dilantik akan dipastikan kekal komited dalam menjayakan agenda negara melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat. Beliau dalam perutusan ‘Pembentukan Kabinet’ berkata, barisan Jemaah Menteri tersebut dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman serta diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi.

Menurut Ismail Sabri lagi, Kabinet baharu itu juga perlu berorientasikan hasil berlandaskan tiga prinsip  peka dengan keperluan semasa; bertanggungjawab dan beramanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat. Dalam masa sama, Ismail Sabri menegaskan, beliau secara peribadi akan memastikan Kabinet tersebut menekan budaya kerja berprestasi tinggi.

“Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, pelantikan Kabinet di bawah pentadbirannya akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik tersebut. sumber:  astroawani

Umum tentang senarai ahli kabinet baru. Ini kata kata Dr Zulkifli bila dapat tahu nama tiada dalam senarai.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan. Ismail ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan. Tidak ada jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan. Bagaimanapun, Ismail mewujudkan jawatan empat “menteri kanan” seperti mana yang pernah dilakukan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini. Dalam pada itu menteri Agama telah di ganti dengan Senator Idris Ahmad (PAS) dan Timbalan ialah  Ahmad Marzuk Shaary (PAS)

Mohon maaf jika terkasar bahasa – Zulkifli Mohamad

Meskipun tidak terpilih menganggotai kabinet kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Senator Zulkifli Mohamad mendoakan kejayaan buat mereka yang terpilih demi negara tercinta.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua barisan kabinet, khususnya kepada Senator Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Tak dilupakan, Ahmad Marzuk Shaary selaku timbalan menteri.

“Mohon maaf kepada semua barisan agensi-agensi agama peringkat persekutuan di bawah menteri di jabatan perdana menteri andai ada yang saya terkasar bahasa sepanjang kita sama-sama bekerja. “Doa saya moga negara yang kita cintai ini terus makmur, maju dan bangkit kembali pada era endemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut senarai kabinet baru mengikut parti politik:

Perdana Menteri: Ismail Sabri Yaakub. Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa: Azmin Ali (Bersatu). Timbalan: Lim Ban Hong (MCA). Menteri Kanan Pertahanan: Hishammuddin Hussein (Umno). Timbalan: Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu)

Menteri Kanan Kewangan: Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Timbalan: Mohd Shahar Abdullah (Umno), Yamani Hafez Musa (Bersatu). Menteri Kanan Pendidikan: Senator Dr Radzi Jidin (Bersatu). Timbalan: Mah Hang Soon (MCA), Mohamad Alamin (Umno)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Agama – Senator Idris Ahmad (PAS). Timbalan: Ahmad Marzuk Shaary (PAS). Undang Undang – Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS). Timbalan: Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu).

Ekonomi – Mustapa Mohamed (Bersatu). Timbalan: Eddin Syazlee Shith (Bersatu). Sabah Dan Sarawak – Dr Maximus Johnity Ongkili. Timbalan: Hanifah Hajar Taib (GPS). Tugas Tugas Khas -Abdul Latif Ahmad (Bersatu). Timbalan: Mastura Mohd Yazid (Umno).

Menteri Dalam Negeri: Hamzah Zainuddin (Bersatu). Timbalan: Ismail Mohamed Said (Umno), Jonathan Yassin (Bersatu). Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin (Umno). Timbalan: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu), Aaron Ago Dagang (GPS)

Menteri Pengangkutan: Ir. Wee Ka Siong (MCA). Timbalan: Henry Sum Agong (GPS) Menteri Luar Negeri: Saifuddin Abdullah (Bersatu). Timbalan: Kamarudin Jaffar (Bersatu). Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna: Alexander Nanta Linggi (GPS). Timbalan: Rosol Wahid (Bersatu)

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Rina Harun (Bersatu). Timbalan :Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS). Menteri Komunikasi dan Multimedia: Annuar Musa (Umno). Timbalan: Zahidi Zainul Abidin (Umno). Menteri Kerja Raya: Fadillah Yusof (GPS). Timbalan: Arthur Joseph Kurup (PBRS).

Menteri Pertanian: Dr Ronald Kiandee (Bersatu) Timbalan: Ahmad Hamzah (Umno), Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba IUmno)
Timbalan: Ahmad Amzad Hashim (PAS). Menteri Perladangan dan Komoditi: Zuraida Kamaruddin (Bersatu). Timbalan:Wee Jeck Seng (MCA), Willie Mongin (Bersatu)

Menteri Alam Sekitar dan Air: Tuan Ibrahim Tuan Man. Timbalan: Dr Mansor Othman (Bersatu). Menteri Wilayah Persekutuan: Shahidan Kasim (Umno). Timbalan: Jalaluddin Alias (Umno). Menteri Pengajian Tinggi: Noraini Ahmad (Umno). Timbalan: Ahmad Masrizal Muhammad (Umno-Senator)

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Takiyuddin Hassan. Timbalan: Ali Biju (Bersatu). Menteri Pembangunan Luar Bandar: Mahdzir Khalid. Timbalan: Abdul Rahman Mohamad (Umno), Hasbi Habibollah (GPS).Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Reezal Marican Naina Merican (Umno). Timbalan:Ismail Abd Muttalib (Umno). Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Noh Omar (Umno). Timbalan: Muslimin Yahaya (Bersatu)

Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Budaya: Nancy Shukri (GPS). Timbalan: Edmund Santhara (Bersatu). Menteri Perpaduan Negara: Halimah Saddique. Timbalan: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Bersatu-Senator)Menteri Belia dan Sukan: Ahmad Faizal Azumu (Bersatu). Timbalan: Ti Lian Ker (MCA-Senator). Menteri Sumber Manusia: M Saravanan (MIC). Timbalan: Awang Hashim (PAS).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!