Ali Puteh Mengeluarkan Kenyataan Yang Bercanggah Atau Berunsur Fitnah, Balu Abam Nafi Saman Ibu Mertua. Ibu Mertua Abam Memang Ada Tuntut Sesuatu Cuma Apa Yang Dituntut Itu Memang Tidak Patut.

Kemelut antara balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali dan adik kandung Allahyarham, Syed Ali Mubarak nampaknya masih belum berakhir. Isu ini menjadi lebih serius selepas kedua-dua membawa kes ini hingga ke muka pengadilan.

Terbaru, peguam Nor Hidayah menafikan dakwaan yang pernah dikeluarkan oleh Ali Puteh mengenai isu saman tersebut.

Tak failkan saman terhadap ibu mertua

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, peguam yang dilantik oleh Nor Hidayah iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad telah menegaskan sekeras-kerasnya bahawa anak guamnnya itu tidak pernah sesekali memfailkan saman terhadap ibu mertua, Sabariah Arshad. Sebaliknya, Sabariah dan ahli keluarga yang telah memfailkan saman terhadap anak guamnya itu.

Kes ini bermula apabila kami memfailkan satu saman bagi pidak Hidayah terhadap Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan yang dikatakan mengeluar beberapa kenyataan yang menurut Hidayah berunsur fitnah terhadapnya.

Kes ini telah difailkan sekitar Mei lalu dan baru-baru ini Ali memfailkan satu lagi saman terhadap Hidayah. Tindakan saman yang dikeluarkan Ali turut bersama ibu, bapa dan kakak. Ini adalah tindakan yang berasingan yang dimulakan oleh kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, baru-baru ini ada usaha untuk menggabungkan dua tindakan tersebut.

Sementara itu, Ibrahim menjelaskan bahawa saman yang dikemukakan hanyalah terhadap Ali Puteh sahaja dan langsung tidak melibatkan ahli keluarga yang lain.

Isu faraid dan hak jagaan anak

Sementara itu, Fadhlina Datuk Siddiq yang memaklumkan kes berkaitan anak dan faraid sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan isu saman-menyaman sebaliknya hanya mengesahkan sahaja siapa waris yang berhak. Fadhlina turut mengaku ada menyenaraikan nama Sabariah Arshad dalam tuntutan berhubung isu faraid dan hak penjagaan anak.

Kes pertama berkaitan faraid, ia tiada kaitan dengan saman-menyaman kerana prosiding faraid untuk mengesahkan waris-waris kepada arwah saja dan kita sudah mengenal pasti waris terbabit.

Keduanya adalah berkaitan hak penjagaan anak yang mana prosiding itu dimulai dengan saman kerana memberi ruang keadilan kepada semua pihak untuk hadir ke mahkamah demi menjaga kebajikan cucu atau anak kepada arwah.

Jadi, pihak-pihak ini dipastikan hendaklah semuanya datang ke mahkamah bagi menguruskan isu penjagaan anak.

Sementara itu, Fadhlina menasihati orang ramai supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan atau menyebarkan perkara yang tidak sahih berhubung perkara ini. Tambahnya lagi, serahkan sahaja kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan dengan adil dan saksama.

Sumber: Harian Metro

Kredit: Ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiriTerima kasih!