Selepas pelbagai dkwaan berkata tidak direstui, ibu mertua minta pasangan itu banyak bersabar

Hari ini hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan mengatakan perkahwinan pelakon Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah tidak direstui ibu pelakon itu, Noor Ashikin Ahmad.

Malah, satu perkongsian di Instagram ibunya yang memuat naik kata-kata puitis dengan tanda pagar #IbuTidakRestu sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen

Bagaimanapun, menerusi satu posting, ibu mentua kepada Hannah iaitu Mariana Yati mendoakan agar perkahwinan anak serta menantunya itu kekal hingga ke syurga. Pelakon veteran Singapura itu juga turut menitipkan pesanan supaya Hannah dan Imam terus bersabar.

“Semoga mahligai yang dibina sampai ke syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-‘Alim. Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku,” tulisnya.

Terdahulu, Hannah melangsungkan pernikahan dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari lalu dalam satu majlis tertutup.

Sumber : Rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.