‘Bukan Sahaja Tidak Restu, Tapi Sang Ibu Tidak Tahu’ – Ibu Hannah Delisha

Hannah Delisha yang mengumumkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati, Imam Shah bulan lalu kini dihimpit pelbagai kontr0versi. Ada dakwaan mengatakan pernikahan pelakon jelita itu tidak direstui ibunya, Noor Ashikin Ahmad.

Terbaru, Noor Ashikin sekali lagi memuat naik sambungan kisah Hikayat Antah Berantah dengan hashtag #IbuTidakRestu. Namun, apa yang mencvri tumpuan ialah ‘kisah’ hikayat itu yang menceritakan tentang hati ibu.

Di awal entri tersebut, Noor Ashikin mengajukan beberapa pertanyaan antaranya mengenai perasaan seorang ibu, bilakah tarikh perkahwinan sebenar dan mengapa si ibu tidak merestui perkahwinan anaknya.

Kenapa dan mengapa beliau tidak merestui perhubungan mereka sebelum bernikah? Adakah ia kerana ada “al kisah yang membelenggu?” yang terjadi semasa Sang Anak dan Pasanganya belum bernikah lagi?

Adakah Sang ibu dan keluarga terdekatnya ,tahu Sang anak dan Pasanganya itu telah berkahwin? dan bila sebenarnya mereka berkahwin?

Entri itu juga turut membincangkan tentang akhlak pilihan hati anaknya yang menurut si ibu ‘jauh panggang dari api’ dari segi agama dan adab.

Ada agama,ada adabnya. Jika lelaki khalifah sejati. Ibu mana tidak idami. Tapi sayang sekali sebenarnya…Jauh panggang dari api. Bukan harta atau rupa. Yang dipandang Sang ibu. Beradab sempurna itu caranya. Jika burvk asal;bvruklah pangkal

Diakhir warkah, Noor Ashikin sekali lagi mengulangi bahawa si ibu bukan sahaja tidak restu, malah tidak diberitahu. Walapun tidak menyebut ditujukan kepada siapa warkah itu, namun pengguna media sosial yakin ianya berkait rapat dengan kontr0versi yang sedang melanda Hannah Delisha.

kakcikwujudku

#IQRA
#IbuTakRestu
#HikayatAntahBerantah

Wahai ‘Smart People’ jika anda telitikan gambar di atas-
akan kelihatan seperti dua kepala manusia bertentangan wajah atau sebuah pasu bunga.

Persepsi dan interpretasi seseorang mengenai sesuatu isu adalah subjektif.

Mari kita guna akal yang sehat wahai Smart People untuk bertanya dan berfikir sejenak-

1.Apakah perasaan Sang ibu dalam hikayat antah berantah?

2.Apakah sebab,asbab dan musabab yang beliau itu tidak merestui pernikahan Sang anak dan Pilihan anaknya itu?

3.Kenapa dan mengapa beliau tidak merestui perhubungan mereka sebelum bernikah?adakah ia kerana ada “al kisah yang membelenggu?” yang terjadi semasa Sang Anak dan Pasanganya belum bernikah lagi?

4.Adakah Sang ibu dan keluarga terdekatnya ,tahu Sang anak dan Pasanganya itu telah berkahwin? dan bila sebenarnya mereka berkahwin?

Warkah Sang ibu:

Ingatlah wahai anak bangsa.
Hikayat Riwayat Antah Berantah.
Ibu kota negara khalulistiwa.
Ibu jari telunjuk hati.

Bahasa ibunda,masih diguna.
Hilang adabnya;terhina bangsanya.
Tanpa ada yang terdahulu.
Mana mungkin adanya kamu.

Bertata cara itu adabnya.
Ada rumah, ada salamnya.
Disambut tiada kerna apa?
Itu tercatat dalam alkisahnya.

Ada agama,ada adabnya.
Jika lelaki khalifah sejati.
Ibu mana tidak idami.
Tapi sayang sekali sebenarnya…
Jauh panggang dari api.

Bukan harta atau rupa.
Yang dipandang Sang ibu.
Beradab sempurna itu caranya.
Jika buruk asal;buruklah pangkal.

Agama diamal sempurna diri.
Merdeka diri itu haqiqi.
Adat resam dipegang bangsa.
Jika tiada,dijajah minda.

Pedoman ini dibawa mati.
Walau pahit ditelan hati.
Bukan sahaja tidak restu
Tapi Sang ibu tidak tahu…

Ajaran siapa geranganya itu?

Sumber: Kakcik Wujudku

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.