Sejak meja ni jadi viral ramai nak beli, tapi bolehkah makan dalam kereta? Ketua polis PJ beri penjelasan

Umum sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat ketika ini tidak membenarkan mana-mana individu untuk makan (dine-in) di kedai atau restoran. Malah, hanya perkhidmatan take-away sahaja yang dibenarkan.

Jika dilihat, sekarang sudah menjadi trend orang ramai menikmati makanan di dalam kereta dan kenderaan dipakir di hadapan kedai makan berkenaan. Situasi tersebut menimbulkan kerisauan orang ramai terhadap penularan Covid-19. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ada jawapan dan responnya.

Boleh ke ‘dine in’ dalam kereta?

Persoalan terhadap isu ‘dine-in’ makan di dalam kenderaan ini bagaimanapun telah ditanya oleh penyampai radio Kool FM iaitu Izwan Azir Saleh kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.

Menurut Asisten Komisioner Nik Ezanee, dia tiada masalah dengan mana-mana individu yang parkir dan makan di dalam kenderaan selagi tidak melanggar syarat dan SOP.

Kalau dia duduk di dalam kenderaan, dia tidak langgar jumlah tu tak apalah. Kalau dia single atau dua orang, okaylah. Bagi saya, saya tengok tiada pelanggaran syarat di situ. Syarat kata dua orang dalam satu kereta.

Ini respon Ketua Polis PJ

Tambahnya, sehingga kini di daerah Petaling Jaya masih belum menerima laporan dari mana-mana individu berhubung isu ini. Malah, dia tidak mempunyai masalah dengan konsep ‘dine-in’ di kedai makan tersebut selagi tidak menerima arahan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi saya, tiada pelanggaran kecuali kalau keluar SOP baharu kata tidak boleh makan dalam kereta, baru saya kena lakukan sesuatu di situ. Saya tidak peduli netizen, saya ambil kira arahan pucuk pimpinan saya. Di Petaling Jaya, tiada orang complain atau laporan dibuat.

Sumber: Kool FM