Sekali lagi Maryam mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video terbaru yang memperlihatkan keadaan terkini kandungannya.

Instafamous warga Korea Selatan, Maryam You Narae atau dikenali sebagai Maryam mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video terbaru yang memperlihatkan keadaan terkini kandungannya.Menerusi posting di Instagramnya, Maryam secara bersahaja berkongsi saiz ‘baby bump’ yang dilihat semakin membesar.

Menurut Maryam, kandungan tersebut kini sudah memasuki 33 minggu. Pada masa sama, Maryam turut memberi bayang nama yang bakal diberi kepada bayi tersebut.

“32 minggu, dua hari. Rizal + Narae = Rina,” katanya ringkas sebagai kapsyen.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya meluahkan rasa kagum mereka apabila melihat keadaan badan Maryam yang masih langsing biarpun sudah memasuki minggu ke-33.

Malah, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika sarat meng4ndung.

“Comelnya baby bump dia”.

“33 minggu pun steady je, saya dulu 3rd trimester macam tong bergerak”.

“Best tengok baby bump kak maryam. Jeles tengok, semoga dipermudahkan segala urusan kak maryam dan abang rizal,” tulis beberapa warganet.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

https://www.instagram.com/p/CTj-Ml_hzkX/

Sekadar info, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, Maryam akhirnya h4mil anak pertama.

Suaminya, Ryzal berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram mereka @duriankimchi.

Pada Jun lalu, Maryam kemudian berkongsi perkhabaran gembira apabila dia bakal melahirkan anak perempuan.

Menurut Maryam, dia baru saja pulang daripada pemeriksaan doktor dan bayi dalam kandungannya tidak mempunyai sebarang masalah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Komedi Media

Tekaan Fauziah Nawi Tepat. Mula Mula Macam Tak Percaya Sebab Selalu Terkena. Akhirnya Maryam Sahkan Dah Hamil 3 Bulan.

SIAPA sangka di sebalik perwatakan ceria dan lucu pasangan Instafamous yang merupakan suami-isteri Malaysia dan Korea Selatan, rupa-rupanya mereka ‘hati tisu’.Buktinya, popular dengan gelaran Ryzal ‘Duriankimchi’, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menitiskan air mata ketika menerima berita mengejut mengenai isterinya, Maryam You Narae berbadan dua.

Berita gembira itu turut dikongsikan pasangan tersebut menerusi laman Instagram Duriankimchi, pagi Jumaat. Menerusi video berdurasi lebih lima minit itu, Nik Muhammad Ryzal yang lebih dikenali sebagai Ryzal beberapa kali mengesat air matanya.

“Maryam hamil tiga bulan! Syukur alhamdulillah, akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah dua tahun kami bernikah. Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami. Duriankimchi Junior bakal menyusul. Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti,” tulis pasangan itu di laman sosial.

Bercakap kepada mStar, Ryzal berkata, dia sama sekali tidak menyangka menerima berita mengejut itu setelah bernikah pada Ogos 2019. “Setelah dua tahun berkahwin, tak terfikir dapat anak (zuriat). Tapi bila dapat tahu, rasa macam tak percaya, sebab gembira dan nak menangis.

“Tapi sebab masa tu dalam kereta dan ada orang ramai di luar lalu lalang, saya cuba kawal perasaan tu,” ujar pemuda berusia 28 tahun itu ketika dihubungi sambil menambah video tersebut dirakamkan lebih awal ketika kejutan dibuat Maryam terhadapnya.

Ryzal berkata, dia juga pada mulanya sukar mempercayai berita gembira itu kerana sering kali menjadi bahan gurauan atau prank oleh Maryam, 28. “Mula-mula macam tak percaya sebab selalu terkena dengan Maryam. Cuma kali ini Maryam nampak betul-betul serius, jadi saya percayakan dia.

“Tapi masa tu Maryam cuma cakap, kena tunggu balik rumah untuk tunjuk keputusan menerusi kit ujian kehamilan. Nasib baik dah dekat dengan rumah, 10 minit juga tunggu keputusan ‘rasmi’ daripada Maryam. Syukur alhamdulillah,” ujarnya dengan nada teruja.

Sementara itu, Maryam turut mengucapkan kesyukurannya kerana disahkan hamil tiga bulan. Berikutan kehamilan itu, jelasnya, terdapat perubahan pada fizikalnya yang bertambah berat badan sebanyak dua kilogram. Namun, dia turut terkejut dengan tekaan pelakon veteran, Fauziah Nawi yang mesra dengan panggilan Ibu kerana dapat meneka dirinya sedang berbadan dua ketika mereka bersama-sama menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program TV.

“Syukur gembira sangat. Tapi saya benar-benar terkejut bila Ibu cakap macam tu. Memang muka terkejut tapi saya diam saja, tak beritahu Ibu,” ujarnya secara berseloroh. Baru-baru ini, Fauziah Nawi dan Maryam menjadi tetamu jemputan bagi salah satu episod program Punchline DAC musim kedua di saluran Astro Warna yang dihoskan oleh pengacara, Datuk AC Mizal.

Menerusi program itu, Fauziah Nawi pada awalnya hanya menjawab soalan hos mengenai tips menurunkan berat badan sebelum AC Mizal menyakat dan menegur Maryam yang kononnya kelihatan berisi. “Dia gemuk lain, dia gemuk ada bendalah,” ujar Fauziah Nawi yang secara spontan merujuk Maryam berkemungkinan sedang hamil.

Fauziah Nawi Bongkar Rahsia Tentang Maryam. Ternyata Ini Respon Maryam Lepas Dengar Kata Kata Fauziah Nawi

Baru baru ini, difahamkan Maryam You Narae sangat terkejut apabila Fauziah Nawi yang merupakan pelakon veteran Malaysia tampil bersahaja mendedahkan bahawa Maryam sedang hamil. Tambahan pula, reaksi yang ditunjukkan Maryam selepas Fauziah membuat kenyataan tentang bentuk tubuhnya yang kelihatan sedang berbadan dua menguatkan lagi kenyataan itu.

Untuk makluman, Fauziah Nawi telah menjadi tetamu jemputan dalam episod ke10 dalam sebuah program yang diberi nama Punchline DAC musim ke2 itu pada awalnya hanya menjawab soalan hos, Datuk AC Mizal mengenai tips menurunkan berat badan. Ceritanya bermula bila Datuk AC mula menyakat dan menegur Maryam yang kononnya kelihatan gemuk, telah disambut spontan oleh Fauziah.“Dia gemuk lain, dia gemuk ada bendalah! Badan perempuan mengandung bukan gemvk tetapi dia mengembang pada bahagian tertentu,” katanya menyebabkan Maryam ternganga!Datuk AC kemudiannya bertanya kepada Maryam bagaimana Fauziah boleh tahu tentang kehamilannya, malah sempat meneka isteri kepada Rizal Ibrahim itu sedang hamil anak perempuan.

“Saya teka sahaja, mungkin saya salah,” kata Fauziah lagi.Walaupun tidak mengiyakan telahan Fauziah, Maryam berjanji akan memberitahu mengenai jantina anaknya selepas dua bulan.“Macam mana ibu tahu baby giril? Nanti dua bulan lagi saya kasi tahu,” kata Maryam yang juga sidekick kepada Datuk AC di Punchline DAC.Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut daripada pasangan Instafamous DurianKimchi.

Namun jika telahan Fauziah benar, tahniah buat Maryam dan Rizal! Untuk makluman Maryam You Narae berasal dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan berkahwin dengan Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, seorang jejaka Melayu berasal dari Kota Bharu, Kelantan.Nama Maryam mula menjadi perhatian pelayar media sosial Malaysia menerusi video-videonya mempelajari bahasa Melayu yang dimuat naik menerusi saluran Duriankimchi TV YouTube.Pastikan korang tak ketinggalan untuk bersama hos kesayangan, Dato AC Mizal, Maryam dan PS Mansur kerana mereka bakal bergabung dan memeriahkan Punchline DAC dengan selebriti popular tanah air.Segalanya dalam Punchline DAC, setiap Rabu jam 9.00 malam hanya di Astro Warna & Warna HD.

Soalan Tentang Daging Yang Haram Dan Isu Sekejap Pakai Tudung Dan Ada Masa Tidak. Maryam Tampil Jawab Persoalan

Apa apa berita berkaitan dengan pasangan instafamous Malaysia-Korea iaitu Ryzal dn Maryam acap kali raih perhatian warganet gara gara telatah dan gurauan mereka di media sosial. Ada juga yang terhibur dengan cara hidup mereka bila dua budaya bertembung tetapi apakan daya pasti ada juga yang kurang selesa. Dia yang tampil menjawab komen komen warganet melalui segmen Lancang Bethol.

Jelas Maryam, dia akui dirinya masih lagi belajar menjadi Islam yang sempurna sama seperti dengan proses berhijab.“Ramai orang tanya mengenai hijab saya, sekejap pakai sekejap buka. Tapi semua tahu saya mualaf, saya tak biasa pakai tudung.“Memang ia wajib dalam Islam, saya tahu tetapi saya perlu belajar tentang Islam bukan hanya dengan bertudung, saya perlu mengubah semua benda dalam hidup saya.“Misalnya, sebagai orang Korea, kami sentiasa makan daging khinzir. Semua makanan Korea ada daging khinzir tapi saya perlu berhenti dan tak boleh makan daging khinzir lagi.

Tambahnya lagi “Ibaratnya setiap hari kamu makan ayam, tiba-tiba kamu sudah tak boleh makan ayam lagi. Macam mana? Sangat susah. Biarkan saya belajar satu persatu. Manusia tidak sempurna,” kata Maryam.Bagi suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim pula, dia tidak mem.aksa Maryam untuk berubah 360 darjah hanya kerana mengahwininya.“Saya tak kisah dia nak pakai atau tidak sebab saya tak suka memaksa. Itu bukan saya dan dia takkan kahwin dengan saya.”Sebab bila mualaf bila nak tekankan dia, kita tak boleh paksa,” kata Ryzal.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.