Hari pertama wajib pakai Mask, lebih 20 0rang dapat surat cinta dari P D R M

Sesiapa yang gagal mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan kompoun sebanyak RM1000 dibawah akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Jadi semalam kami juga telah memperingatkan orang ramai untuk pakai pelitup muka seperti mana nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mulai esok tak pakai “Mask” terus kompoun RM1000, Tak de kompromi – Kerajaan

Semalam kerajaan telah mula menguatkuasakan perkara ini dan 20 orang individu telah dikompoun sebanyak RM1000.00 ketika operasi dijalankan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Ass Komisioner Noorzainy Mohd Noor. Ia telah mengadakan pemantauan bermula jam 12
dan

ketika pemantauan dibuat di kawasan Rehat dan Rawat itu didapati sekumpulan individu melepak dan mereka tidak mengamalkan penajarakan fizikal bahkan tidak memakai pelitup mula.

Oleh itu, tindakan kompaun terpaksa dikeluarkan ke atas kesemua mereka kerana kegagalanmematuhi SOP mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Jadi kami ingatkan sekali lagi kepada anda semua, pastikan sebelum keluar rumah pakai mask mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam laman sosial mereka.

Pastikan jika anda mahu jahit sendiri mask anda ikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh KKM kerana ia adalah standard yang ditetapkan oleh Kesihatan Dunia (WHO)

Sumber : wowrentasasia