Mawar Rashid sebak Raf Yaakob terbuka hati ikut Ebit Lew berdakwah. Ini sebab Raf Yaakob terbuka hati mengikuti program dakwah.

SEJUK hati Mawar Rashid apabila suaminya Raf Yaakob terbuka hati mengikuti program dakwah dan pengajian agama yang dianjurkan oleh personaliti dakwah Ebit Lew.Mawar, 26, berkata dia sebak dan terlalu gembira apabila Raf atau nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob menyatakan hasrat mengikuti program berkenaan yang diadakan selama tiga hari itu.

“Semuanya kebetulan… sebelum ini Raf ada dipanggil ke rumah Ustaz Ebit Lew, semasa itu ustaz pelawa Raf ikut program bantuan dalam masa sama belajar agama. Untuk permulaan ini dia ikut kelas dakwah selama tiga hari di sekitar Lembah Klang.

“Saya cakap dengan Raf, ini memang doa saya. Saya suka suami pergi berdakwah, saya ada impian mahu suami beri tazkirah, ajar agama dan berdoa untuk kami sekeluarga selepas solat.

“Saya memang nak sangat dia pergi supaya boleh ajar kami sekeluarga dengan agama… semalam saya rasa sebak sampai tak boleh tidur, rasa sayu macam Allah dengar doa Mawar.

Raf ikuti kelas dakwah bersama Ustaz Ebit Lew.

“Tak boleh nak gambarkan betapa gembiranya saya sebagai isteri. Dulu Raf pernah ikuti pengajian agama di Kelantan, cuma sekarang ini dia terbuka hati untuk turun lebih kerap,”

“Kata Rafyaakob, Pengertian berdakwah bagi Raf bukanlah bermakna kita tinggalkan tanggungjawab sebagai bapa,suami dan anak. Berdakwah bukan bermakna kita tinggalkan peniagaan. Berdakwah bukan juga bermakna kita tinggalkan dunia lakonan,hosting,sukan dan sebagainya, semua itu masih boleh diteruskan”.

“Saya cakap dengan Raf, ini memang doa saya. Saya suka suami pergi berdakwah, saya ada impian mahu suami beri tazkirah, ajar agama dan berdoa untuk kami sekeluarga selepas solat.

“Saya memang nak sangat dia pergi supaya boleh ajar kami sekeluarga dengan agama… semalam saya rasa sebak sampai tak boleh tidur, rasa sayu macam Allah dengar doa Mawar.”Tak boleh nak gambarkan betapa gembiranya saya sebagai isteri. Dulu Raf pernah ikuti pengajian agama di Kelantan, cuma sekarang ini dia terbuka hati untuk turun lebih kerap,”.

Dalam pada itu, Mawar berkata dia sentiasa menyokong penuh pembabitan suaminya dalam program dakwah sedemikian.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan kebahagian rumah tangga pasangan itu selain menyifatkan dia beruntung kerana mempunyai suami seperti Raf.“Alhamdulillah. Semoga jadi pasangan yang dikasihi dan disayangi oleh Allah. Mudah-mudahan amalan kita semua diterimanya,” tulis warganet

Terdahulu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 26, turut mengambil keputusan untuk berhijrah kepada fitrah untuk mengenakan hijab penuh sejak setahun lalu.

Mawar dan Raf juga telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun.Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6.

Zul Ariffin Bertemu Ebit Lew, Warganet Sejuk Hati Tengok.

Sebelum ini, pelakon bertubuh sasa Zul Ariffin ada berkongsi kegelisahan yang bersarang di hati sehingga tumpah air mata jantan di Instagram miliknya.Nampaknya, dia sekali lagi mencuri perhatian apabila ada berjumpa pendakwah kontroversi, Ebit Lew semalam,

Zul dilihat memuat naik sekeping foto bersama Ebit di ruangan Instagram namun tidak pula berkongsi dengan lebih lanjut apakah pengisian perjumpaan mereka.“Alhamdullilah, semalam sangat hebat.” tulis Zul ringkas di bahagian kapsyen foto tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, peminat tampil meninggalkan komen nada teruja melihat dua figura ini bertemu.“Alhamdullilah, sejuk mata melihat Zul bersama Ebit..” komen netizen.

Ada juga yang beranggapan Zul kini sudah mula untuk mempelajari ilmu agama apabila dia dilihat banyak mengikuti akaun media sosial yang menjurus ke arah ketuhanan dan dakwah Islam.Terdahulu, Zul ada membuat siaran langsung Instagram di mana dia mendakwa mengalami masalah kesihatan mental yang tidak stabil kerana tekanan menghadapi pandemik COVID-19.

Ujar pelakon filem Tombiruo ini lagi, dia berusaha untuk tidak berkongsi terlalu banyak masalah peribadi dalam media sosial kerana ia lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikan.

Sumber: Trending Sangat.

Mawar Rashid bangga suami sanggup keluar 3 hari hanya untuk tambah ilmu agama. Sekali Mawar ucapkan terima kasih pada seseorang ini.

Pelakon Mawar Rashid mengakui berasa sebak apabila suami tercinta, Raf Yaakob sanggup keluar selama tiga hari demi menuntut ilmu agama.

Rasa sebak dan bersyukur

Bagaimanapun, Mawar, 26, meluahkan rasa syukur kerana suaminya antara insan yang terpilih untuk mengikuti sesi keagamaan. Pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid turut mengucapkan terima kasih kepada pendkwah terkenal, Ustaz Ebit Lew kerana menjemput suaminya untuk turut sama sertai.

Bagusnya abang, saya sangat bangga dengan abang. Hari ini rasa sebak, bersyukur serta terharu hubby Mawar keluar tiga hari menuntut ilmu agama Islam. Terima kasih ustaz Ebit Lew kerana menjemput suami Mawar ke tempat menuntut ilmu.

Nak bimbing keluarga ke jalan Allah

Dalam pada itu, pelakon drama TQ Captain mendedahkan adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob pernah menyatakan tujuan dia pergi menuntut adalah untuk membimbing keluarga ke jalan Allah. Ingat lagi abang cakap, ‘apa sahaja untuk menambah baikkan keluarga abang serta untuk pahala dunia akhirat, abang akan pergi Anje. Abang nak bimbing keluarga ke jalan Allah’.

Syukur Alhamdulillah Ya Allah, kerana suami Mawar antara yang terpilih untuk lebih mendekatiMu dan Rasulullah. Terdahulu, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta serta memiliki dua lagi anak tiri.

Sumber: Instagram @mawarashid.