Bertuah betul Sheila dan Jinggo dapat menantu macam Elisya. Sekali Tok Sidang dedahkan apa yang Elisya buat sampai buat dia terharu.

Selamat mendirikan rumah tangga 21 Ogos lalu dengan anak pengarah terkenal Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimi, pelakon Elisya Sandha nampak bahagia duduk di rumah mentua. Menerusi perkongsian bapa mentuanya, Jinggo, Elisya ada menyediakan beberapa hidangan antaranya nasi ayam penyet. Jinggo turut bersyukur Sheila dapat ajar dan latih Elisya pandai memasak,

Menurut Jinggo pada awalnya dia hanya bergurau sahaja mahu makan ayam penyet, namun tahu-tahu Elisya sudah sediakan hidangan tersebut. Dalam pada itu, Sheila turut berkongsikan video menurunkan ilmu masakan buat anak menantunya itu. Rata-rata warganet teruja apabila Sheila sudah ada rakan baru di dapur. Malah, ramai memuji Sheila sangat beruntung mempunyai menantu yang pandai memasak serta Elisya juga bertuah dikurniakan mentua yang tidak lokek berkongsi ilmu dan sporting.

Video :

https://www.instagram.com/reel/CTG6aP9FyCh/?utm_source=ig_web_copy_link

sumber : rotikaya

Ramai yang puji sikap Sheila Rusly sebagai ibu mentua. Sekali rakaman yang dikongsikan Sheila tarik perhatian ramai.

Umum diketahui ramai bahawa penerbit dan pelakon Sheila Rusly bukan sahaja hebat dalam dua bidang tersebut malah sangat handal memasak. Lebih membuat ramai begitu meminatinya kerana Sheila Rusly tidak l0kek untuk berkongsikan resepi dan cara memasaknya kepada umum dimana Instagram menjadi salah satu platform untuk mengikuti perkembangannya.

Terbaharu, tercuit hati pula peminat apabila melihatkan Sheila Rusly bergurau dengan anak dan menantunya, Elisya Sandha dimana dapat ditonton rakaman lucu mereka dalam satu posting video yang dimuat naik olehnya di Instagram. Seperti yang ramai tahu, pada 21 Ogos lalu Elisya Sandha sah bergelar isteri kepada anak sulung Sheila Rusly yang dikenali sebagai, Uzair Haqimy.

Melihatkan pula kemesraan Sheila Rusly dengan menantunya itu dalam video dikongsikan tersebut mengundang peminat begitu seronok kerana sangat sporting lalu ramai peminat memberikan pujian terhadap Sheila Rusly.

Video dimuat naik oleh pelakon terkenal ini bagaimanapun turut membuatkan peminat menggamit memori dengan lakonannya dalam drama Cucu Betong sebagai watak Malika disamping tinggalkan ribuan komen di posting. Dalam pada masa yang sama, selebriti Nabila Huda turut berdek4h menyaksikan telatah keluarga bahagia itu.

Sumber : HCL

Blogger Kaki Komen tampil mohon maaf dengan keluarga Sheila Rusly dan menantunya. Rupanya ini yang dia buat sampaikan Sheila Rusly dah nak ambil tindakan ini.

Blogger Kaki Komen yang didkwa menulis dan menyebarkan artikel berbaur ftnah terhadap keluarga pelakon dan penerbit, Sheila Rusly membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram, hari ini. Dalam hantaran itu, pihaknya memohon maaf secara terbuka atas penerangan (caption) artikel mereka yang didkwa berbaur ftnah terhadap keluarga Sheila Rusly dan menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha.

“Kami selaku admin Kaki Komen ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan ‘caption’ mengenai Elisya Sandha dan Sheila Rusly”. Dengan ini, kami ingin memohon maaf kepada keluarga Jinggo (suami Sheila), Sheila, keluarga Elisya Sandha dan mengakui kesilapan serta berjanji tidak akan mengulangi lagi. Saya mahu berkongsi kesedaran saya dengan rakan-rakan blogger yang lain supaya pastikan sumber itu benar sebelum membuat sesuatu hantaran kerana sesungguhnya, dosa, pahala, syurga dan neraka itu benar,” tulisnya.

Terdahulu, blogger terbabit memuat naik kenyataan kononnya Sheila pernah ‘mencadangkan’ nama pelakon, Janna Nick sebagai calon isteri untuk anaknya, Uzair Haqimy tetapi ditolak Janna sebelum Uzair memilih Elisya. Sehubungan itu, Sheila mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger terbabit yang didkwa menabur ftnah kepada keluarga, anak dan menantunya.

Sheila berkata, keputusan itu dibuat kerana ftnah itu membabitkan maruah banyak pihak. Dia juga mendkwa mereka menggembar-gemburkan seolah-olah menantunya iaitu Elisya Sandha adalah pilihan kedua. Sumber : Info Terkini

Uzair dan Elisya melangsungkan pernikahan, Sabtu lalu.

Sementara itu, Sheila ketika dihubungi berkata, dia berharap kejadian itu memberi kesedaran kepada mana-mana individu yang suka menyebarkan ftnah. Ditanya sama ada dia akan meneruskan dengan tindakan undang-undang, Sheila berkata, dia masih lagi mempunyai sifat toleransi. “Nanti saya akan maklumkan. Saya masih ada sifat tolak ansur lagi. Dalam keadaan kita yang serba kesempitan ini, tidak bermakna mereka boleh terus mengambil kesempatan,” katanya. Sumber: Haria/Transformasi

Majlis Berinai Elisya Sandha tarik perhatian warganet. Pilih tema baju kurung kedah dan berkain batik.

Pelakon Elisya Sandha menarik perhatian ramai apabila berkongsi foto pada malam berinainya yang disambut bersama ahli keluarga. Menurut Elisya, ibunya, Hatijah Teh Man yang meminta dia memakai inai merah di kuku sebagai kenangan sekali dalam seumur hidup. Menerusi laman sosial Instagram, Elisya memuat naik beberapa keping foto malam berinai dengan tema baju kurung Kedah dan berkain batik.

“Malam berinai 20/8/2021. A night to remember, dapat spend time dengan my family. So ceritanya tak tahu nak buat design macam mana kec0h satu rumah haha. Last-last mama kata ‘you kahwin sekali je seumur hidup, pakai je inai kat kvku’ touching laaa,” tulis Elisya di ruangan kapsyen.

Pada majlis yang diadakan pada hari Jumaat itu, Elisya tampil manis dengan solekan tipis serta gabungan baju berwarna merah dan kain batik bunga kelabu. Perkongsian tersebut juga mendapat reaksi positif daripada wargamaya apabila rata-ratanya memuji wajah Elisya yang jelas terpancar seri pengantin.

Perkongsian :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 90,000 tanda suka daripada pengikutnya. Pada Sabtu, Elisya, 21, sah bergelar isteri kepada pengurus produksi, Uzair Haqimy, 25, dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada jam 3.11 petang. Elisya menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.