Ramai yang mengharapkan duit kwsp. Alhamdulillah akhirnya Tengku Zafrul dedahkan sesuatu tentang moratorium dan duit isinar.

Semalam KWSP telah menganjurkan Sesi Zoom dengan beberapa orang influencer di kalangan rakyat bagi mendengar secara terus suara rakyat tanpa sebarang tapisan. Saya dimaklumkan oleh KWSP bahawa selain para influencer mereka turut menjemput peserta dari FB groups yang khusus memfokus kepada i-Sinar, i-Lestari dan bantuan-bantuan Kerajaan.

Saya sebenarnya memang merancang dan teruja untuk turut serta dalam sesi ini tetapi malangnya saya tidak dapat hadir pada saat akhir disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, saya tetap merakam pandangan untuk dikongsi bersama peserta sesi Zoom semalam. Saya juga telah menonton rakaman sesi tersebut kemudian. Banyak idea dan cadangan yang menarik diutarakan.

Pihak KWSP dan kami di Kementerian Kewangan sentiasa mendengar luahan dan keluhan anda. Sesi ini adalah sebahagian usaha kami untuk mendapatkan maklumbalas bagi membentuk dasar dan inisiatif yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

Baru kelmarin saya telah bermesyuarat bersama CEO KWSP Datuk Seri Amir Hamzah, dan pengurusan kanan KWSP bagi memperhalusi bantuan yang sesuai untuk Pelan Pemulihan Negara. Bercakap tentang Pelan Pemulihan Negara, kami sedar bahawa anda memerlukan bantuan bagi mengharungi Fasa 1 dan fasa-fasa seterusnya Pelan Pemulihan Negara.

Ingin saya tekankan bahawa Kerajaan sentiasa mempertimbangkan semua cadangan dan penyelesaian yang dikemukakan. Salah satu permintaan yang sering kami terima ialah perlanjutan program i-Sinar dan i-Lestari.

Kerajaan faham dan bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi rakyat, malah saya juga secara peribadi ada kenalan dan saudara yang memohon i-Lestari dan i-Sinar dalam mereka menghadapi cabaran masa ini.

Pada masa yang sama ada juga pencarum dan pengulas ekonomi yang mengkritik Kerajaan kerana mereka tidak mahu dividen dan simpanan hari tua rakyat tergugat disebabkan Kerajaan membenarkan pengeluaran secara besar-besaran dari KWSP. Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah ada pelbagai suara menyokong dan membantah. Kami akan cuba untuk mencari penyelesaian yang mampu memenuhi keperluan semua pihak.

Pengumuman Terkini

Isu Moratorium dan i-Sinar. Salam semua. Saya sudah berbincang dengan PM dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah.

Kredit : FBTengkuZafrul

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.