PM dalam pertimbang untuk menjadikan kilang sebagai tempat menerima suntikan vaksin.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini dalam pertimbangan untuk menjadikan kilang sebagai tempat menerima suntikan vaksin bagi pekerjanya terutamanya kepada warga asing.

Jadikan kilang sebagai tempat pemberian vaksin & mempertingkatkan pemberian vaksin pandu lalu.Katanya menerusi laman Facebook rasmi miliknya semalam, sektor itu sepatutnya menjadi percambahan ekonomi bukannya pusat penyeberan Covid-19.Saya tegaskan agar semua pemilik kilang yang mempunyai pekerja asing menjadikan premis mereka sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).”

Kilang-kilang seharusnya menyumbang kepada percambahan ekonomi dan bukan pusat penyebaran Covid-19. Oleh sebab itu, saya tegaskan agar semua pemilik kilang yang mempunyai pekerja asing menjadikan premis mereka sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

Saya juga telah berjumpa dan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan supaya pekerja asing tidak lagi perlu beratur dan menyebabkan kesesakan di PPV sebaliknya hanya mendapatkan vaksin
Pendirian kerajaan adalah jelas dan tegas bahawa sesebuah kilang itu hanya dibenarkan untuk beroperasi semula setelah mencapai 80% kadar vaksinasi.

Pemberian vaksin secara pandu lalu juga akan dipertingkatkan dalam masa terdekat supaya rakyat tidak perlu menunggu lama, cukup sekadar 15 minit di dalam kereta dan boleh terus dapatkan dos suntikan.

Beliau juga menyatakan telah telah berjumpa dan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan supaya pekerja asing tidak lagi perlu beratur dan menyebabkan kesesakan di PPV sebaliknya hanya mendapatkan vaksin di tempat mereka bekerja.Pendirian kerajaan adalah jelas dan tegas bahawa sesebuah kilang itu hanya dibenarkan untuk beroperasi semula setelah mencapai 80% kadar vaksinasi.

Dalam pada itu, beliau juga mempertimbangkan untuk meningkatkan kaedah pandu lalu pemberian vaksin bagi mempercepatkan proses.“Pemberian vaksin secara pandu lalu juga akan dipertingkatkan dalam masa terdekat supaya rakyat tidak perlu menunggu lama, cukup sekadar 15 minit di dalam kereta dan boleh terus dapatkan dos suntikan.”

Sumber: Lobak Merah

Tular keadaan PPV Walk In di Thailand semata mata demi vaksin. Sekali ini respon warganet nak tunggu 1 Ogos ini.

Menurut CITF, keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan ujian COVID-19 malam tadi dan kerja-kerja sanitasi akan dijalankan. “Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) ingin memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada 13 Julai 2021 susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.

Disebabkan peningkatan jumlah jangkitan wabak COVID 19 lebih daripada 10,000 kes dalam masa seminggu di Thailand, rakyatnya kini sedang dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan vaksin wabak berkenaan. Menerusi sebuah video yang viral di Twitter, ratusan orang awam dilihat berpusu-pusu memasuki pusat pemberian vaksin secara walk-in yang diadakan di salah satu wilayah di negara tersebut.

Bang Sue Vaccination Centre di Wilayah Chatucak, Bangkok ini seharian dipenuhi orang ramai selepas penduduk mengambil kesempatan untuk travel ke ibu negara bersempena cuti umum demi mendapatkan vaksin. Pada asalnya, pusat pemberian vaksin ni katanya untuk walk in warga emas dan penduduk daerah lain yang dah pre-booked sebelum ni. Tapi tiba-tiba pusat ni jadi penuh sebab ramai penduduk dari daerah lain datang ke Bangkok semata-mata nak dapatkan vaksin.

“Berdiri 5 minit pun dah berisiko, inikan pula berdiri untuk 1-2-3 jam” . Malah salah seorang warganet di Thailand juga telah meluahkan rasa kekecewaannya kerana terpaksa menanti berjam-jam lamanya demi mendapatkan vaksin. Situasi itu juga katanya berbahaya kerana ramai yang berdiri berhimpit secara dekat dan dibimbangkan bakal menyebarkan wabak COVID 19.

Berdiri selama 5 minit pun dah berisiko. Inikan pula terpaksa berdiri selama lebih 1-2-3 jam lamanya, dan dalam tidak jelas situasinya,” kata tweet tersebut. Menurut laporan, ada di antara yang hadir siap merayu lagi demi ingin mendapatkan vaksin.

“Harap pemberian secara walk in nanti tak jadi macam ni” 

Video yang viral ini telah mendapat respon warganet di Malaysia yang bimbang pada 1 Ogos nanti situasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan dipenuhi orang ramai kerana diadakan secara walk in.  Ramai yang berharap kerajaan dan pengurusan di PPV bijak dalam mengawal crowd agar situasi tidak berubah menjadi apa yang berlaku di Thailand. Takutnya tengok orang ramai-ramai macam tu. Harap di Malaysia terkawallah situasi.

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini ppv idcc Shah Alam diarahkan tutup hari ni lepas ada petugas yang positif covid 19. Rupanya ini punca buat orang ramai tak senang duduk.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada Selasa, 13 Julai 2021. Ia dimaklumkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam sebuah kenyataan rasmi ekoran kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas di PPV berkenaan.

Menurut CITF, keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan ujian COVID-19 malam tadi dan kerja-kerja sanitasi akan dijalankan. “Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) ingin memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada 13 Julai 2021 susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.

“Langkah segera penutupan ini diambil hasil daripada keputusan ujian COVID-19 yang diperoleh malam tadi bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan,” kata kenyataan terbabit.

Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan menjalankan ujian saringan COVID-19 sekiranya bergejala.

Janji temu yang diberi pada hari ini juga akan dijadualkan semula kepada satu tarikh baru yang akan dimaklumkan secepat mungkin. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-889 34303.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kes makin hari meningkat. Terkini keadaan sesak di Cac Stadium Malawati bila dikunjungi hampir 4000 pesakit covid 19 termasuk bayi dan kanak kanak.

Semakin meningkat dan terus meningkat… Individu yang positif COVID 19 hari ini dilihat berpusu-pusu hingga terpaksa beratur panjang lebih dari 500 meter untuk melapor diri ke Pusat Penilaian COVID 19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menurut Malaysia Gazette, lebih menyedihkan apabila kanak-kanak dan bayi yang juga positif COVID 19 terpaksa beratur sama dalam keadaan panas terik semenjak dari jam 11 pagi tadi.

Menerusi gambar yang diperolehi dari portal berita tersebut, orang ramai dilihat beratur hingga ke parkir kenderaan bersebelahan stadium. Hanya sebuah khemah putih saja dilihat menempatkan individu yang alami sesak nafas dan alami simptom serius akibat wabak itu.

Malah pengunjung juga dilihat sudah bersiap sedia dengan beg pakaian masing-masing, seolah-olah tahu yang mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin nanti. 4,000 pengunjung hadir, di luar kemampuan petugas kesihatan

Menurut petugas kesihatan yang terlibat, lebih 4,000 orang pengunjung telah hadir ke CAC Stadium Malawati dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari ini. Ini sebenarnya telah melebihi kapasiti harian yang mana CAC tersebut boleh menerima antara 1,000 ke 1,5000 pengunjung, yang mana perkara ini jelas-jelas di luar kemampuan mereka.

Disebabkan jumlah pengunjung yang makin bertambah, petugas di CAC itu juga dilihat mula mengagihkan makanan dan minuman kepada mereka yang hadir kira-kira jam 11.45 pagi tadi bagi meredakan keadaan. Aduhai kasihan pula… nampaknya dah boleh expect peningkatan dalam kes dua ke tiga hari ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dr Noor Hisham jangkakan kes harian Covid 19 akan mulai stabil dalam masa 1 atau 2 minggu lagi. Tapi ini pesanannya yang kerajaan perlu lakukan.

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jumlah kes harian Covid-19 di negara ini, mulai stabil dan menunjukkan penurunan dalam tempoh seminggu atau dua minggu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dengan proses vaksinasi yang giat dilaksanakan di seluruh negara serta kawalan kesihatan awam masih berkuat kuasa seperti sekatan pergerakan ketika ini, mampu melandaikan semula keluk jangkitan wabak itu.

Katanya, lonjakan kes baharu sejak beberapa hari lepas adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar Covid-19 dilaksanakan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini.

“KKM sudah jangkakan memang dengan sekatan pergerakan di kawasan Lembah Klang, kes harian akan meningkat kerana saringan bersasar dan saringan komuniti dilaksanakan. Namun, saya yakin dengan kaedah kawalan yang baik (sekatan pergerakan) kita akan lihat jumlah kes lebih stabil serta menunjukkan penurunan dalam seminggu lebih atau dua minggu. Pada masa sama, proses vaksinasi perlu dipercepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program ‘The Nation’ bertajuk ‘Covid-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita terbitan Bernama TV yang dihoskan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Ras Adiba Radzi, malam tadi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata mengambil pengalaman dan iktibar daripada kesan gelombang kedua Covid-19 sebelum ini, negara perlu lebih berhati-hati dan tidak tergesa-gesa untuk membuka beberapa sektor yang boleh mencetuskan lagi lonjakan kes baharu.

Beliau berkata pematuhan yang berterusan oleh semua pihak serta penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di lapangan seperti sektor perkilangan, perlu dipertingkatkan dalam usaha mengawal lebih banyak jangkitan khususnya membabitkan penularan di tempat kerja. Menjelaskan situasi kapasiti beberapa hospital yang dilaporkan sesak dengan jumlah pesakit Covid-19, beliau berkata KKM sedang giat meningkatkan keupayaan hospital untuk menampung pesakit terutama individu dengan jangkitan tahap empat dan lima di unit rawatan rapi.

“Masalah yang kami hadapi ialah pesakit tahap empat dan lima mengambil masa lama untuk dirawat dalam Unit Rawatan Rapi antara dua hingga lima minggu termasuk yang memerlukan alat bantuan pernafasan. Inilah kekangan yang dihadapi kerana jumlah pesakit tahap empat dan lima juga bertambah dan menjadi sesak. Oleh sebab itu KKM sedaya upaya meningkatkan lagi kapasiti hospital,” katanya.

Terdapat lima tahap jangkitan Covid-19. Tahap satu – tidak bergejala; tahap dua – bergejala ringan; tahap tiga – bergejala dan mengalami radang paru-paru; tahap empat – bergejala, mengalami radang paru-paru dan perlukan bantuan oksigen; serta tahap lima – bergejala kritikal dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi. Pada hari Sabtu, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi dengan 9,353 kes baharu dengan 29 lagi kluster baharu termasuk 19 kluster tempat kerja.

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.