Menyanyi bagai nak rak tapi bila mengaji tak reti. Shuib sebak dan berharap dia masih belum terlambat untuk ini.

Pada usia 37 tahun Shuib Sepahtu berharap dia masih belum terlambat untuk memperbetulkan bacaan dan mendalami ilmu al-Quran sebagai panduan di dunia dan akhirat.Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata, ujian yang menimpa dia sekeluarga dengan pemrgian Siti Sarah membuatkan semakin dekat dengan agama.

” Sebelum ni saya ada baca al-Quran, boleh la walaupun merangkak. Tapi daripada kisah isteri saya ia jadi asbab untuk saya teliti bacaan al-Quran.

” Hari pertama baca surah Yasin secara beramai-ramai, lepas sesi zoom tu saya cuba baca sendiri… ambil masa dekat dua jam nak habis.

” Saya rasa macam… ya Allah daifnya, kau Shuib. Sampai saya lenguh-lenguh pinggang. Jadi saya cakap pada diri kena buat sesuatu… kena merdekakan diri daripada buta al-Quran,” katanya.Shuib berkata demikian pada majlis forum bertajuk ‘Kemerdekaan Satu Penghijrahan’ anjuran Masjid Puncak Alam yang diadakan secara live di Facebook pada Rabu malam.

Forum sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 itu turut disertai pendakwah terkenal Haslin Baharim, Abdullah Khairi dan Johari Abdul Wahab.Cerita Shuib lagi, dia tidak malu untuk belajar semula daripada bawah asalkan dapat memperbetulkan kelemahannya itu.

” Saya nak belajar al-Quran sampai cari semula buku iqra. Saya nak kembalikan zaman kanak-kanak saya mengaji dan belajar iqra.

” Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran,” katanya lagi.Tambah Shuib buat masa ini dia berguru bersama pendakwah Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

” Kalau boleh saya nak jadi macam ustaz Tarmizi. Dia guru saya ajar mengaji.

” Ya Allah… sebab kalau bab nyanyian tahu pula saya nak menyanyi sedap-sedap. Buat Sepahtu Reunion tau pula menyanyi dan mendayu-dayu. Bila nak menyanyi, buat rehearsal betul-betul bagai nak rak

” Kalau dulu menyanyi lagu duet dengan arwh isteri, buat rehearsal betul-betul bagai nak rak. Tapi apabila mengaji tak reti… rasa tervk sangat,” katanya.Dalam pada itu Shuib berkata dia juga akan cuba mendidik anak-anak menjadi generasi yang celik al-Quran.

” Saya harap boleh istiqamah dengan anak-anak (belajar al-Quran). Sebelum ni saya tak pernah cakap pun dengan anak-anak.

” Saya panggil mereka duduk depan saya. Saya tanya apa cita-cita mereka. Saya kata tak kisah apa pun cita-cita mereka asalkan pegangan kita ialah al-Quran.

” Itu yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat,” katanya.

Shuib kini bergelar bapa tunggal selepas isterinya Siti Sarah telah pergi menghadap ilahi pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

Untuk rekod, Shuib dan arwh Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dikeluarkan daripada kandungan secara pembedahan pada 6 Ogos lalu.

Shuib tampil kongsi lagu terakhir dari Siti Sarah. Ada sesuatu yang Siti Sarah cakap.

Lima hari selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, pelawak dan pelakon, Shuib memuat naik video nyanyian terakhir penyanyi bersuara emas itu yang dirakam 28 Julai lalu. Dalam video disediakan di bawah berdurasi 3 minit dan 16 saat itu, Allahyarhamah yang lengkap bertelekung menyanyikan lagu Tanpa Kekasihku nyanyian asal Agnes Monica dengan penuh perasaan dan menusuk kalbu.

“Lagu terakhir nyanyian bidadariku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib sebagai caption video tersebut. Lagu yang berkisahkan hasrat seorang pencinta yang mahu bertemu kekasihnya yang sudah pergi ke negeri abadi itu seolah-olah menggambarkan isi hati Shuib yang merindukan isteri tercintanya. Dalam video tersebut juga, kedengaran suara anak-anak pasangan bahagia itu sedang berseronok dan bergurau.

“The kids is just having so much fun anak-anak sedang berseronok,” kata Allahyarham sambil tersenyum manis. Video yang dimuat naik sekitar 2 pagi tadi menerima pelbagai komen mengharukan daripada peminat yang turut merindukan bintang seni itu. “Pemergian yang memberi kesan bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia. Pemergian Allahyarhamah lengkap dengan seribu satu makna. Penuh dengan pengajaran, m.otivasi, kesedaran dan kasih sayang. Semoga Syurga Firdaus tempat mu nanti Kak Siti Sarah Raissuddin. InsyaAllah Allahyarham boleh menghiburkan kita lagi di Syurga kelak,” komen Ajoi Zainal.

Video :

https://youtu.be/Tvc0Q81fa3Y

Jujurnya Rindu

“Hari pertama saya menjalani kehidupan tanpa 4rwh. Walaupun saya bersendirian di rumah sebelum ini, tetapi saya tahu 4rwh berada di hospital. Namun, kini, 4rwh sudah tiada. Saya harap Allah dapat bimbing hati saya perlahan-lahan terima ketentuan ini. Jujurnya, rindu amat berat terhadap pasangan pergi buat selama-lamanya,” luahnya pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, kelmarin. Sumber : Online Malaya

Alhamdulillah. Shuib kongsi berita gembira apabila pihak hospital telefon mengenai khabar Ayyash Affan.

Pada majlis tahlil secara maya itu, Shuib berkongsi berita gembira apabila mendapat perkhabaran dibenarkan melihat anak keempatnya, Ayyash Affan yang kini masih berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas dilahirkan Jumaat lalu, esok. Namun, di sebalik teruja menatap wajah zuriatnya, bekas penyampai radio Hot FM itu mengakui, perasaannya bercampur baur.

“Saya dihubungi pihak hospital memaklumkan mungkin saya dibenarkan melihat Ayyash. Jika ada rezeki, hari ini dapatlah saya bertemu dengan bayi yang menjadi hadiah terakhir 4rwh buat saya. Perasaan memang seronok, tetapi ada satu lagi perasaan, sangat-sangat sedih. Kenapa sedih, sebab 4rwh ibu tidak sempat melihat dan memegangnya. 4rwh sanggup menggadaikan nyawa kerana mahu memberi hadiah istimewa buat saya, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya,” luah Shuib.

Situasi itu, katanya, sangat berbeza ketika dikurniakan tiga cahaya mata terdahulu kerana 4rwh berkesempatan melihat dan memeluk anak-anaknya. Terdahulu, majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual turut disertai lebih 600 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan industri termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan isteri. Sumber : Asas Kehidupan

Shuib dedahkan ada sesuatu yang jururawat pesan pada dia sebelum buat live.

Pelawak Shuib mendedahkan punca sebenar bagaimana satu keluarganya dijangkiti C0vid 19 sehingga menyebabkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin pergi menghadap illahi awal pagi semalam.

Cerita Shuib, dia sekeluarga disahkan positif selepas pembantu rumahnya yang turun membuang sampah bersalaman dengan rakannya sebelum kemudian merebak kepada semua yang berada di dalam rumahnya, kecuali seorang anggota keluarganya disahkan negatif.

Akibatnya, Shuib, Sarah dan tiga anak mereka dijangkiti v.irus berkenaan sebelum pembantu rumah warga Indonesia itu pergi menghadap illahi Jumaat lepas. “Nak dijadikan cerita, pembantu rumah saya turun bawah buang sampah. Dia salam kawan, terus kena kami satu keluarga. Jangan lupa berdoa, moga Allah lindungi kita sebab itulah snjta paling dahsyat,” katanya.

Tambah Shuib lagi, mereka pernah berblah gara-gara isterinya itu takut dijangkiti Covid 19 selepas dia keluar bertemu seorang rakannya atas urusan bisnes sebelum ini. Susulan pemergian isteri tercintanya, Shuib menekankan kepada orang ramai agar mengambil langkah perlindungan diri dengan suntikan vaksin.

Shuib yang muncul dalam sesi siaran langsung Live petang tadi berkata, apa yang berlaku kepada Siti Sarah membuatkan hatinya tersentak kerana isterinya itu belum menerima suntikan vaksin. Disebabkan itu, doktor yang merawat memaklumkan bahawa keadaan isterinya sangat teruk apabila paru-parunya hampir semua dijangkiti virus Covid-19.

“Paru-parunya hampir dijangkiti pada semua bahagian. Sampaikan paru-parunya tak boleh bekerja untuk pam oksigen, sekali gus menyebabkan semua organ gagal berfungsi dengan baik. “Kemungkinan sebab vaksin, sebab dia belum ambil suntikan, wallahualam. Tadi di hospital, ada seorang jururawat minta saya kongsikan tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya dengan vaksin, mungkin dapat bantu,” katanya.

Tambah pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad itu lagi, dia pada awalnya sangat yakin Siti Sarah berada dalam keadaan sihat meskipun sedang dirawat di hospital. Bagaimanapun, apa yang sering didengarnya daripada doktor adalah paru-paru Siti Sarah sudah dipenuhi dengan virus Covid 19 sehingga menyebabkan organ tersebut tidak boleh berfungsi.

Disebabkan itu, Shuib mengingatkan semua orang agar menjaga kesihatan dan mengambil vitamin C serta tidak mengamalkan sikap sayangkan duit jika melibatkan hal kesihatan. “Saya ingat lagi, ketika dalam ambulan sewaktu nak bawa isteri ke hospital swasta, tetapi semuanya penuh. Sedangkan keadaannya sudah teruk pada waktu itu.

“Dalam hati saya terfikir, duit banyak mana sekali pun takkan boleh kembali sihatkan isteri saya. Dengarlah cakap saya. Jaga kesihatan, sebab saya dulu sejenis yang tidak menjaga sangat bab-bab itu. Sekarang saya sudah amalkan makan vitamin C dengan banyak,” katanya lagi.

Pada masa sama, Shuib menyarankan agar semua orang menyediakan alat bacaan tahap oksigen, Oximeter di rumah untuk membuat pemeriksaan paras oksigen sendiri. “Dahulu, tahap oksigen dia turun ke 93, kadang-kadang 94, tapi saya cakap okey kepada dia. Bila lambat bawa dia ke hospital, akibatnya saya kehilangan dia hari ini.

“Beli alat itu. Kalau bacaan oksigen turun, terus pergi hospital. Dulu saya pun orang yang tak berapa percaya kepada Covid 19, tapi bila dah kena pada batang hidung sendiri, barulah tahu,” katanya. Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi tadi (Isnin) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tiga hari ditidurkan akibat jangkitan Covid 19.

Jelaskan Pada Anak Anak Ibu Sudah Tiada

Shuib menerusi Instagram Live kira-kira jam 6 petang hari ini juga berkata, sepanjang perjalanan pulang selepas selesai urusan, dia tidak henti berfikir apakah jalan terbaik untuk menerangkan kepada mereka mengenai pemergian Siti Sarah.

“Ketika Sarah pergimenghadap illahi, anak-anak masih tidur. Jadi, saya tidak kejutkan mereka. Sebaik tiba di rumah selepas urusan, saya cekalkan hati untuk tidak bercakap perkara ini terlebih dulu. “Ketika masuk ke dalam rumah, saya seboleh mungkin cuba mengelak untuk bertemu anak-anak tapi tak sempat kerana puteri kedua saya iaitu Talita terus bertanya adakah saya sudah menerima gambar adik bongsunya, Ayash Affan.

Kemudian saya beritahu saya perlu mandi terlebih dulu kerana ada urusan di luar sebentar tadi,” katanya. Shuib berkata, dia mandi agak lama kerana cuba mencari jalan bagaimana untuk beritahu anak-anak supaya mereka boleh menerima ketentuan ini. “Kemudian ketika mahu ambil air sembahyang, ibu mentua saya hubungi dan meminta saya terangkan perkara ini kerana anak-anak boleh tahu berita ini menerusi YouTube.

“Jadi ini adalah dugaan paling berat perlu saya lakukan. Saya cekalkan hati dan turun panggil anak-anak. Kebetulan ketika membuka TV, tajuk beritanya adalah Siti Sarah sudah tiada. Jadi, terus anak-anak bertanya sama ada betul atau tidak berita ini,” katanya.

Enggan membiarkan anak-anaknya terus berteka-teki, Shuib berterus terang dan menjelaskan perkara sebenar yang ibu tercinta kini sudah tiada. “Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi. Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham.

“Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka. Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah. Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik. Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.

“Waktu itu anak-anak semua menangis teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah. Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat,” katanya.

Shuib berkata, dia bersyukur kerana tiga anaknya faham dengan apa yang disampaikan. Dia kemudian mengajak mereka mengerjakan solat Asar, cuma bezanya kali ini tiada lagi solat hajat. “Ketika berdoa pula, saya meminta pertolongan Allah untuk bimbing saya dan anak-anak menjadi seperti Siti Sarah. Dia nak sangat anak-anak dia menjadi anak yang tidak kedekut dan sentiasa berbuat baik sesama manusia. Dalam doa itu semua anak-anak saya menangis. Allahuakbar, insya-Allah mereka faham,” katanya.

Kredit : Kosmo