Ibu kepada svspek luah rasa ingin jumpa keluarga arwh dan mohon maaf

Hati si ibu bagaikan disiiat-siiat setelah mengetahui anak kesayangan dipercayai terbabit dalam pembnuhan remaja perempuan, Siti Nur Surya Ismail dalam kejadian di Kampung Lubuk Batu, Telemong pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, Mala (bukan nama sebenar) akur dengan ketetapan Allah SWT selain menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan masa depan anaknya.

Menerusi laporan eksklusif Astro Awani, Mala ada menyimpan hasrat bagi menziarahi keluarga Allahyarham sejak hari pertama kejadian apatah lagi keluarga mngsa disifatkan sangat baik budi pekerti.

Tentulah saya teringin sangat untuk pergi berjumpa sendiri dengan keluarga Allahyarham Surya. Mereka orang baik. Tanggungjawab dan kewajipan saya untuk pohon kemaafan atas segala yang berlaku.
“Mereka tentunya terlalu sedih yang sukar digambar lebih daripada saya. Tapi buat masa sekarang urusan saya sekeluarga dengan pihak polis agak banyak dan saya akui berada dalam keadaan terkjut dan tertekan.
“Insya-Allah saya akan pergi (ziarah keluarga Allahyarham Siti Nur Surya),” kata ibu kepada dua orang anak itu.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat turut berkesempatan menziarahi keluarga suspek dan mngsa dengan berkongsi sebuah posting di laman Facebook.

Saya turut bersimpati

“Keluarga suspek juga terkjut dan sukar mempercayai dengan kejadian yang berlaku ini. Namun terpaksa menerima hakikat anak sulong mereka kini berada di dalam tahanan polis.
“Mereka sekeluarga terpaksa berdepan dengan orang sekeliling dan sebagainya. Bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dihadapi dan akan menerima khidmat kaunseling dalam masa terdekat,” kongsinya.

Sumber: Astro Awani (Nur Fazlizai Ali) , Hanafiah Mat