Michael dedah siap yakin bila rakyat boleh rentas negeri. Sekali warganet selidik siapa sumber yang beritahu Michael.

Menerusi sesi live di Instagram semalam, pelakon dan pengarah terkenal tanah air iaitu Michael Ang mendak.wa orang ramai akan dibenarkan merentas negeri pada hujung bulan ini.

Semasa sesi live tersebut, Michael Ang memberi pesanan kepada semua agar patuh kepada SOP yang telah ditetapkan sekiranya pihak kerajaan memberi kebenaran buat rakyat untuk merentas negeri. Ujar Michael Ang, kebenaran tersebut mungkin diberikan kepada mereka yang sudah lengkap dua dos. Walaupun perkara tersebut masih belum diumumkan kerajaan, Michael yakin ianya bakal dilaksanakan berdasarkan kenyataan ‘sumber’ rapat dirinya yang memaklumkan perkara tersebut.

“Aku rasa hujung bulan ni dah boleh rentas negeri bagi mereka yang dua dos. Aku dapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai. Kalau betul boleh, korang semua jangan pergi merayap bila dah balik kampung. Korang kata rindu emak, ayah, datuk, nenek dan keluarga dekat kampung. Kalau kerajaan bagi kebenaran, jangan korang pergi merayap makan ikan bakar dan berhimpit-himpit dekat Jonker Street tu semua. Dah habis jumpa keluarga, balik terus semula. Sebelum balik tu pastikan keluarga pun dah ambil vak.sin, dua-dua belah pihak dah ada vak.sin.”

Menerusi live tersebut, rata-rata warganet mula mempersoalkan siapakah sumber utama yang memberitahu Michael Ang mengenai berita tersebut. Warganet turut mendk.wa Dafi sebagai sumber utama itu. Di samping itu, rata-rata warganet turut meluahkan rasa gembira seandainya kebenaran merentas negeri diberikan pada hujung bulan ini. Sumber: Ohbulan

Michael Ang minta kelonggaran buat pelakon dan barisan krew untuk mulakan tugas mereka semula. Tapi ada benda lain jugak yang dia minta.

Di Instagram, pelakon dan pengarah terkenal iaitu Michael Ang memberi cadangan kepada semua anak seni supaya mengambil vaksin bagi memudahkan urusan penggambaran kelak. Bukan itu sahaja, kesemua krew pihak produksi perlu melakukan hal yang sama bagi mengelakkan sebarang kluster baru wujud di negara ini.

Minta kerajaan bagi ‘shoting’ balik

Dear Finas Malaysia dan persatuan-persatuan industri kreatif. Hari-hari baca korang minta kerajaan bagi shooting balik. Good move! Tapi to move forward apa langkah-langkah untuk pastikan industri kita bukan penyebab wujudnya kluster baru? Menurut Michael Ang, dia memberi pujian buat persatuan-persatuan industri kreatif di Malaysia kerana menggesa pihak kerajaan supaya industri tersebut kembali ‘hidup’ seperti biasa. Namun begitu, Michael Ang memberi cadangan supaya pihak bertanggungjawab berusaha untuk mendapatkan vaksin buat para pelakon dan krew produksi yang terlibat sekiranya industri tersebut kembali aktif.

Langkah berjaga-jaga

Kerajaan dah ambil langkah yang kilang dan pejabat nak buka kena vaksin pekerjanya dulu. Saya pasti kalau kerajaan nak bagi kita shooting, vaksin akan jadi perkara utama yang akan dilihat. Tak nak vaksin duduk rumah! Ujar Michael Ang lagi, pengambilan vaksin dalam kalangan anak seni merupakan perkara utama yang bakal dilihat oleh pihak kerajaan seandainya industri seni dibenarkan ‘shooting’. Oleh itu, Michael Ang berharap pihak stesen televisyen memberi kelonggaran kepada pihak produksi untuk menukar pelakon sekiranya ada dalam kalangan selebriti yang mereka mahukan tidak mengambil vaksin. Di akhir posting tersebut, Michael Ang memberitahu bahawa cadangan tersebut merupakan langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan bersama demi kebaikan masyarakat Malaysia yang lain. Sumber: Michael Ang

FFM31 diboikot dan siap akui ia bukan badan kebajikan. Malah Finas tidak pandang FFM31 sebagai satu pesta.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melihat kempen boikot Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang dijadualkan pada Oktober depan hanya digerakkan sekelompok kecil, bukan mewakili suara seluruh penggiat industri kreatif tanah air. Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, pihak yang mempertikaikan penganjuran acara pengiktirafan tersebut sebenarnya tidak memahami tanggungjawab hakiki perbadanan yang bermatlamat membangunkan industri perfileman negara.

“Finas cukup memahami situasi sekarang malah sentiasa ambil peduli dengan nasib pekerja industri kreatif yang terjejas apabila banyak sektor ekonomi terpaksa dihentikan seketika bagi mengekang penularan Covid-19 termasuk kerja penggambaran. Selama ini pihak kami juga memandang serius terhadap isu dalam kalangan pekerja seni terutama nasib kru belakang tabir, namun mereka perlu faham, Finas memegang amanah mengembangkan industri perfileman tanah air, bukan memegang portfolio kebajikan. Kami pilih bulan Oktober kerana pada masa itu dijangka lebih 80 peratus warga Malaysia sudah divaksin, sekali gus membolehkan sektor lain dibuka seperti kerja penggambaran yang mungkin dapat digerakkan semula menjelang Ogos nanti.

“Finas tidak melihat FFM31 sebagai pesta, sebaliknya suntikan semangat buat warga seni yang bersusah payah memartabatkan filem biarpun berdepan cabaran sepanjang pendemik ini, tambahan pula sudah dua tahun acara tersebut ditunda,” katanya.

Terdahulu, satu gerakan dalam Twitter dan Instagram menggunakan tanda pagar #kempenboikotFFM31, dilihat menunjukkan bantahan terhadap penganjuran majlis tahunan berkenaan yang didakwa tidak patut dilaksanakan ketika ramai pihak terjejas teruk.

Pihak berkenaan berpendapat dana untuk acara yang dijadualkan diadakan secara virtual pada Oktober ini sepatutnya disalurkan kepada penggiat seni yang hidup susah berikutan impak tekanan dan kehilangan pendapatan.

Rata-rata berpendapat penganjuran FFM31 sebagai tindakan tidak sensitif perbadanan berkenaan pada saat negara sedang berjuang melawan Covid-19, sekali gus menyarankan dana majlis itu disalurkan kepada warga seni yang memerlukan.

“Mungkin ramai terlupa, Finas sentiasa ambil peduli permasalahan penggiat industri kreatif terutama kru belakang tabir yang paling terkesan dalam situasi sekarang dengan mengadakan pelbagai program sejak tahun lalu. Antaranya adalah pengagihan dana kepada penerbit supaya dapat menghasilkan produk, sekali gus membuka peluang pekerjaan tetapi di luar bidang kuasa kami apabila kerja penggambaran pula ditangguhkan sementara. Tetapi sambil menunggu semua sektor pulih semula, sejak minggu lalu Finas keluarkan dulu Sijil Perakuan Penggambaran agar tugasan pra produksi boleh dijalankan, supaya sebaik pengumuman operasi penggambaran sudah boleh dibenarkan, karyawan dapat terus masuk ke set. Finas turut memohon agar dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) untuk golongan penggiat seni bagi mempercepat matlamat kerajaan mencapai imuniti kelompok yang dijangka memberi manfaat kepada 10,000 pekerja industri jika direalasasikan bulan ini,” katanya.

Akui Zakaria, dari segi penyerahan bantuan barangan keperluan kepada pekerja seni yang terjejas, perkara berkenaan sememangnya sudah digerakkan hingga sekarang secara berterusan bagi meringankan beban kelompok sasaran. Sementara itu, bulan lalu Finas mengumumkan FFM31 bakal mempertandingan 22 kategori utama yang dibuka kepada filem yang diterbitkan antara tahun 2018 hingga 2020. Lebih menarik, hadiah istimewa berupa dana untuk menghasilkan filem yang menggabungkan barisan pemenang edisi kali ini turut ditawarkan kepada penerima anugerah Filem Terbaik.

Sumber : K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.