Mimi Lana kongsi gambar duduk atas pelamin tangan cantik terlukis henna. Ramai warganet dan rakan artis yang mengucapkan tahniah pada Mimi Lana dan Syafiq Kyle.

Satu perkongsian foto dari pelakon, Mimi Lana mencuri perhatian wargamaya hari ini.

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin dilihat mengenakan persalinan hitam lengkap tangan yang cantik dilukis inai.

“Life is short, make every mehndi count! Have a wonderful weekend everyone,” tulisnya sebagai kapsyen.

Meski tidak memperincikan mengenai majlis siapa yang berlangsung, namun rakan artis serta peminat memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian berkenaan.Masing-masing memberikan ucapan tahiah dan mendoakan yang terbaik buatnya bersama teman, pelakon Syafiq Kyle.

“Yeay finally. Alhamdulillah congrats Mimi,” tulis seorang peminat.

“No no no jangan cakap dah nak kahwin,” kongsi peminat lainnya pada ruangan komen.

“OMG finally! Semoga semuanya dipermudahkan love,” ucap seorang peminat.

Reaksi dari peminat dan rakan artis:

Sehingga kini, foto yang baru sahaja dimuat naik itu sudah pun mendapat lebih 20,000 tanda suka.

Walaubagaimana pun selepas beberapa minit Mimi Lana telah memuatnaik instastory dan menjelaskan yang dia hanya meraikan hari pernikahan sepupu kesayangannya.

Mimi juga minta doakan yang baik untuk dirinya. Mimi sendiri akan beritahu dan kongsikan pada peminat jika ada berita gembira tentang dirinya pada masa akan datang.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Pasal inai pun jadi isu. Lihat apa warganet buat kepada wanita yang bagi komen pedas pasal inai isteri harith.

Baru dua hari melayari bahtera rumah tangga, gambar kahwin Harith Zazman yang popular dengan video lucunya bersama Sterk Production jadi perhatian warganet .

Harith yang popular denga lagu Cute, telah memuatnaik gambar dengan kapsyen “Alhamdulillah” selepas pernikahan mereka. Nampaknya foto tersebut mengundang kritikan segelintir pihak.

Selain wanita itu, seorang lagi pengguna turut mempertikaikan corak inai pasangan Harith yang dianggap tidak kemas kerana bahagian kotaknya yang tidak disambungkan.

“Henna pasar malam lagi kemas”

Walaupun ditegur oleh warganet lain kerana memberi komen yang ‘pedas’ , wanita tersebut tetap berkeras dengan pendiriannya.

Tweet yang mendapat 163 ulang ciap tu bagaimanapun dihentam oleh warganet yang rata-rata tidak bersetuju dengan kelantangan komen wanita tersebut.

Setakat ini pengguna tersebut masih belum memadamkan komen kritik yang dilemparkan terhadap isteri penyanyi tersebut.

Harith yang telah sah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya telah bertunang bulan Mac lalu.Pasangan tersebut bagaimanapun tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memiliki zuriat pada masa ini memandangkan keadaan Covid-19 yang melanda negara, namun dia tidak menolak sekiranya jika dikurniakan rezeki itu.

“Soal anak, kami memang tiada apa-apa perancangan. Kalau ada rezeki Alhamdulillah, tapi kami tak terlalu rushing untuk dapatkan anak”

Sumber: Twitter @harith_zazman, Nur Asyikin Mayudin/mstar online.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Majlis Berinai Elisya Sandha tarik perhatian warganet. Pilih tema baju kurung kedah dan berkain batik.

Pelakon Elisya Sandha menarik perhatian ramai apabila berkongsi foto pada malam berinainya yang disambut bersama ahli keluarga. Menurut Elisya, ibunya, Hatijah Teh Man yang meminta dia memakai inai merah di kuku sebagai kenangan sekali dalam seumur hidup. Menerusi laman sosial Instagram, Elisya memuat naik beberapa keping foto malam berinai dengan tema baju kurung Kedah dan berkain batik.

dengan my family. So ceritanya tak tahu nak buat design macam mana kec0h satu rumah haha. Last-last mama kata ‘you kahwin sekali je seumur hidup, pakai je inai kat kvku’ touching laaa,” tulis Elisya di ruangan kapsyen.

Pada majlis yang diadakan pada hari Jumaat itu, Elisya tampil manis dengan solekan tipis serta gabungan baju berwarna merah dan kain batik bunga kelabu. Perkongsian tersebut juga mendapat reaksi positif daripada wargamaya apabila rata-ratanya memuji wajah Elisya yang jelas terpancar seri pengantin.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 90,000 tanda suka daripada pengikutnya. Pada Sabtu, Elisya, 21, sah bergelar isteri kepada pengurus produksi, Uzair Haqimy, 25, dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada jam 3.11 petang. Elisya menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Elisya Sandha sah bergelar isteri anak lelaki Sheila Rusly. Terima hantaran sebanyak RM 22k dan ini sebab sampai terpaksa diawalkan.

Pelakon dan adik kepada Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha telah selamat dinikahkan dengan anak lelaki Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada 3.11 petang tadi. Pernikahan pasangan ini telah berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak disaksikan keluarga terdekat sahaja.

Diadakan pada saat akhir

Memetik laporan BH Online, pasangan dua sejoli ini telah dinikahkan berwalikan ayah kepada pengantin perempuan iaitu Mohd Faisal Abdullah. Elisya Sandha telah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Ujar Elisya, dia dan anak kepada Sheila Rusly itu sepatutnya ingin bernikah pada 22 Februari tahun hadapan tetapi terpaksa diawalkan berikutan pandem1k C0vid-19.

Sejujurnya, perancangan berkahwin hari ini diputuskan pada saat akhir. Saya dan suami terus melakukan persiapan perkahwinan serba sederhana apabila mendapat tarikh pernikahan, kira-kira dua minggu lalu.

Kami mahu mempercepatkan majlis pernikahan berikutan situasi pandem1k COVD-19 yang tidak menentu. Jadi, kami laksanakan apa yang wajib dahulu. Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis keramaian di kampung halaman di Perlis. Cuma, tarikhnya belum ditetapkan lagi. Alhamdulillah… Melepaskan adik bongsu. Sumber : Lawak Malaysia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.