Sampai ada yang ingat datang untuk minta sedekah. Bapa 2 anak tak segan untuk jaja kuih dari rumah ke rumah.

HENDAK seribu daya, tak nak seribu dalih. Demi mencari rezeki halal, seorang lelaki sanggup menjual kuih dari rumah ke rumah biarpun terpaksa berpanas di bawah cahaya matahari. Menerusi perkongsian bebenang yang dibuat oleh Mohd Ikmal Shah Fazli, 30, di Twitter, yang menganggap rakannya itu seorang yang tidak pernah berputus asa dalam pekerjaan kerana telah melakukan pelbagai kerja termasuk tenaga pengajar program motivasi hingga aktiviti perniagaan pelbagai peringkat (MLM).

Perkongsian itu meraih hampir 3,000 ulang kicau di platfom tersebut. Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Amirul Fatin Abd Razak, 30, mula menjual kuih sejak di bangku sekolah lagi. Dia kemudiannya mula menjaja dari rumah ke rumah pada tahun 2018 dan seterusnya dibantu oleh adik dan beberapa rakannya.

“Saya jual kuih sejak di sekolah menengah lagi, waktu tu rasanya dalam tingkatan empat atau lima. Ikut orang pergi berniaga kuih dari rumah ke rumah di beberapa kawasan seperti Shah Alam dan Bangi. Saya pilih untuk jual kuih ni sebab semua orang makan dan ia membantu untuk dapat fast cash. Kita pun memudahkan orang sebab mereka tak perlu keluar ke kedai, tinggal goreng dan hidang je.

Amirul mula menjual kuih dari rumah ke rumah sejak tahun 2018.

“Pada tahun 2018 dulu saya seorang je yang jual dari rumah ke rumah, lepas tu adik dan beberapa kawan dia pun turut serta. Kami akan menjual di setiap kawasan itu selama dua minggu hingga sebulan. Buat masa ni penjualan kuih dilakukan di beberapa kawasan perumahan yang terletak di Kuala Selangor, Puncak Alam, Rawang, Klang,” katanya yang menetap di Kuala Selangor, Selangor.

Menurut pemuda yang mesra disapa Amirul, dia menguruskan perniagaan ini sepenuh masa bersama isterinya Nabielah Ramlan, 30, yang membantu untuk mengambil pesanan di Facebook. Kuih-muih yang enak itu dihasilkan oleh penduduk kampung di Sabak Bernam dan Amirul membantu mereka memasarkannya.

“Kuih-kuih ni semua saya ambil daripada makcik-makcik di kawasan pedalaman di Sabak Bernam. Tapi pasaran mereka tak besar sebab kuih tersebut cuma dijual dalam kawasan berdekatan sahaja. Saya tolong mereka jual memandangkan kita yang muda ni masih ada kuderat dan tahu cara nak pasarkan kuih ini kepada orang ramai. Jadi saya keluar menjual kuih, isteri pula tolong promote dan ambil pesanan di Facebook. Selain daripada jual dari rumah ke rumah, kalau ada sebarang event pun kami akan minta izin pihak penganjur untuk menjual di situ.

Lama-lama dah biasa dah, tak kisah pun orang nak kata apa.

“Antara kuih frozen yang saya jual ialah karipap, popiah, otak-otak, cucur badak dan pelbagai lagi kuih Melayu,” ujarnya yang merupakan anak sulung daripada enam beradik. Bapa kepada dua cahaya mata ini sudah lali dengan kerenah manusia apabila dia menjual kuih dari rumah ke rumah. Namun satu peristiwa yang tidak dapat dilupakannya apabila ada yang menganggap dia peminta sedekah.

“Sekarang ni nak mintak kerja pun susah. Kalau saya duduk sahaja dan tak buat apa-apa pun duit tak akan datang bergolek. Paling saya ingat sekali ialah pernah waktu tu beri salam di sebuah rumah anak tuan rumah cakap ‘mak,ada orang datang minta sedekah’. Waktu tu rasa agak down lah, tapi saya cakap dalam hati ‘suatu hari nanti aku akan jadi lebih berjaya’ dan terus tinggalkan rumah tu.

Antara kuih yang di jual ialah karipap, popiah otak-otak, cucur badak dan pelbagai lagi kuih Melayu

“Pernah juga saya beri salam tetapi anjing yang jawab. Kadang-kadang kita pun tak tahu siapa yang duduk di dalam rumah tu sama ada Islam atau tidak. Macam-macam benda saya lalui sepanjang menjual kuih dari rumah ke rumah. Lama-lama dah biasa dah, tak kisah pun orang nak kata apa,” katanya. Amirul turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa berusaha untuk mencapai impian, tak kiralah kalau kena berpanas sekali pun, kerana setiap usaha yang dilakukan itu pasti akan mendatangkan hasil yang berbaloi. Sumber : MSTAR

Sebak lihat rakaman ujian yang menimpa peniaga ini. Sekali anak dedahkan bapa tak sampai seminggu cuba nasib jual buah kayangan ini.

Gerai durian milik ayah Eya di Paroi rosak dalam kejadian hujan lebat dan ribut pada Ahad lalu. Peniaga atau penjaja adalah antara golongan yang paling terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak setahun lalu.

Sudahlah terpaksa mengeluarkan modal untuk menyediakan barang jualan, namun akhirnya terpaksa menanggung kerugian kerana kekurangan pengunjung atau pembeli. Bukan itu sahaja, ada ketikanya peniaga terpaksa menanggung kerugian dua kali ganda apabila barang jualan dan kelengkapan gerai rosak kerana cuaca buruk atau bencana alam.Itulah yang dialami oleh seorang peniaga durian di Paroi, Negeri Sembilan, selepas gerainya terjejas teruk akibat hujan lebat dan ribut baru-baru ini. Video yang dikongsikan di aplikasi TikTok iaitu rakaman ketika dia dan para peniaga lain bertungkus lumus menyelamatkan barang jualan dan gerai masing-masing, menimbulkan rasa sebak dan simpati warganet.

Video :

https://www.instagram.com/p/CRFr-3Bp9F8/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 250, 000 jumlah tontonan di aplikasi berkenaan. Nur Alia Natasha Romzi yang memuat naik video berkenaan berkata, kejadian berlaku ketika bapanya baru empat hari mencuba nasib untuk berniaga buah durian di pekan berkenaan.

“Ayah dan ibu saya sebenarnya memang dah lama berniaga, macam-macam bisnes dah cuba seperti buka kafe, kedai kraf tangan, buat penghantaran makanan. Cuma bila musim buah durian sekarang ni, ayah saya nak cuba berniaga buah durian pula. Kiranya bisnes keluarga juga. Ayah ambil stok buah banyak dan bahagikan di dua kawasan iaitu di Paroi dan Senawang. Gerai di Paroi, ayah dan ibu jaga manakala saya pula jaga gerai di Senawang.

Sepupu Eya sedang membantu mengutip buah durian yang berselerak selepas gerai mereka dilanda ribut kencang.

“Video yang saya muat naik itu adalah kejadian di gerai yang ayah saya jaga iaitu di Paroi. Menurut ayah, cuaca OK saja awalnya, tapi kira-kira pukul 3 petang, hujan turun dengan lebat siap dengan ribut. Habis buah durian dan barang makanan lain jatuh bergelimpangan dan rosak. Khemah juga semua patah sebab ribut kencang. Kalau tengok dekat dalam video tu, ada peniaga siap kejar khemah dia yang diterbangkan angin. Masa tu memang semua kalut dan bertungkus lumus, tak sempat nak menolong, ” kata gadis berusia 18 tahun ini.

Senang disapa sebagai Eya, gadis ini berkata insiden tersebut menyebabkan bapanya menanggung kerugian kerana lebih separuh buah durian dan makanan lain seperti Durian Crepe dan otak-otak rosak. Sumber : Mstar

Situasi sekarang ni sangat berbeza. Pendek kata, jualan tidak rancak sangat.

“Kuatnya ribut tu sampai buah durian dan barang lain berterabur di atas jalan. Selepas reda, ayah terus kemas dan pulang. Dekat rumah, kami kupas buah durian nak periksa… yang elok tu kami makan, yang rosak memang terpaksa dibuang. Esok tu ayah cuti daripada berniaga… khemah pun tak ada sebab patah. Memang nampak mukanya sedih… tapi inilah adat orang berniaga. Mungkin ini adalah ujian untuk kami sekeluarga, ” kata anak keempat daripada lapan orang adik beradik ini. Bercerita mengenai sambutan di gerai duriannya, Eya berkata situasi pandemik dan pelaksanaan PKP sedikit sebanyak menyebabkan jualan agak perlahan.

Eya bersama ibu bapa dan tujuh lagi adik beradiknya.

“Situasi sekarang ni sangat berbeza. Pendek kata, jualan tidak rancak sangat. Namun ia bukan alasan untuk kita berputus asa, ” ujarnya. Tidak mengharapkan apa-apa atau cuba meraih simpati, Eya berkata video berkenaan hanyalah perkongsian pengalaman ‘pahit manis’ sebagai seorang peniaga.

“Kadang-kadang ada yang tengok orang berniaga atau yang buat bisnes famili ni ada duit selalu… tapi orang tak tahu apa kisah kami lalui setiap hari. Macam apa yang berlaku baru-baru ini, ia sebahagian daripada ujian dan adat berniaga. Saya hanya minta warganet doakan agar permudahkan urusan keluarga kami sahaja, ” ujarnya lagi.

Sampai cecah 2 angka pekerja pos rider hilang kerja. Sekali ini luahan kecewa pekerja.

Seramai 23 pekerja Pos Rider Pos Malaysia mendkwa menerima notis pemberhentian perkhidmatan sebagai kakitangan Pos Malaysia dalam tempoh singkat. Pos Rider, Abdul Malik Husin, 47, berkata, lebih mengecewakan notis yang diterima melalui emel pada 21 Jun lalu memaklumkan kontrak akan ditamatkan pada 1 Julai ketika sedang bergelut meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Abdul Malik, bukan mudah untuk menerima keputusan itu lebih-lebih lagi mengenangkan keluarga dan anak-anak yang masih belajar.

ABDUL MALEK

“Bagaimana kami mahu mencari kerja lain selepas menerima notis yang singkat dalam keadaan umur yang semakin meningkat. Lagipun sebelum menyertai keluarga Pos Malaysia kami dikenakan syarat perlu memiliki van sendiri dan saya terpaksa membeli van baharu namun baharu setahun lebih bekerja kami telah diberhentikan,” katanya ketika ditemui di Ayer Keroh, di sini, pada Khamis. Mengulas lanjut, Abdul Malik yang pernah bekerja di bahagian promosi pelancongan berkata, atas sifat kemanusiaan sepatutnya pihak berkenaan lebih bertoleransi dan bertimbang rasa dengan tidak membuang pekerja ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

IZADDIN

Rakannya Izaddin Yunus, 47, berkata, notis ringkas itu turut membuatkan dia terkesan dan terjejas pendapatan lebih-lebih lagi lima orang anaknya masih bersekolah dan tiga baru tamat pengajian. Menurutnya, sebelum ini dia terpaksa meminjam wang daripada saudara-mara untuk membeli van namun baru setahun bekerja sudah menerima surat pemberhentian.

“Kita keluarkan modal untuk semua kos penyenggaraan dan kerana tawaran menarik bekerja di Pos Malaysia menyebabkan saya sanggup meninggalkan jualan buah-buahan sebelum ini. Tapi malngnya ini yang saya dan rakan-rakan dapat selepas setahun bekerja,” katanya.

Izaddin berharap Pos Malaysia mengambil kira semua aspek termasuk kesetiaan ditunjukkan selama ini selain tidak menimbulkan sebarang masalah yang boleh mencalarkan imej Pos Malaysia. Sumber : sinar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.