Mira Filzah muat naik gambar lepas workout sampai buat ramai tak keruan. Sehingga ianya menjadi trend pulak.

Sudah menjadi lumrah untuk para selebriti perlu sentiasa berpenampilan cantik disebabkan diri mereka yang sering menjadi tumpuan peminat. Dalam pada itu, solekan turut menjadi perkara penting untuk selebriti kelihatan tampil cantik namun kini boleh dikatakan semakin ramai selebriti tanah air yang berani untuk berkongsikan wajah mereka tanpa sebarang solekan.

Sehingga ia menjadi trend dan sepertinya orang ramai begitu ‘jatuh hati’ pula dengan natural beauty pelakon jelita, Mira Filzah yang memuat naik dua keping foto sedang melakukan aktiviti bersenam. Mira Filzah di ruangan Instagram peribadinya menarik perhatian ramai dengan wajah ‘natural’ dia disaat bersenam yang masih sahaja terserlah keayuannya. Dalam pada itu, foto-foto Mira Filzah turut mendapat perhatian kurang 5 jam tetapi sudah ditek4n lebih 100,000 tanda suka berserta ratusan komen.

Ternyata rakan selebriti seperti Uyaina Arshad turut sama ‘jatuh hati’ dengan kecantikan selebriti ini yang tampil sangat cantik meskipun selepas melakukan workout.  Rata-rata peminat di ruangan komen menerusi posting Mira Filzah dalam pada masa yang sama juga meninggalkan komen-komen pujian terhadap Bintang Paling Popular itu. “Mira Filzah eee ger4m tau tengok dia ni pejam-pejam mata. U memang sangat cute hahaha”

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai yang bertanyakan baju yang boleh menutup aurat semasa mengambil vaksin. Sekali ini respon dari Mira Filzah buat ramai terharu.

Pelakon popular, Mira Filzah sempat memberikan peringatan kepada kaum wanita untuk memakai pakaian yang sesuai serta mudah ketika hari vaksinasi. Perkara tersebut dijelaskan pelakon Sweet Dreams itu menerusi Insta Story selepas ditanya seorang peminat mengenai persalinan sesuai untuk dikenakan ketika mengambil vaksin. Mira berkongsikan pengalaman memandangkan dia baru sahaja mendapatkan suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca.

“Mira pakai baju lengan besar, senang nak singsing lengan. Tapi Mira pakai juga arm socks, supaya bahagian nak cucuk sahaja yang terded4h. Lengan tak terded4h. “Kebetulan dalam cubicle ni, ada seorang pegawai perubatan lelaki, seorang lagi perempuan. Lega Mira pakai arm socks daripada rumah,” kongsinya. Sementara itu menerusi satu hantaran di Instagram, pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, ada berkongsikan pengalaman dan suasana ketika menerima suntikan vaksin dos pertamanya itu.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air selesai menerima suntikan pertama vaksin antaranya Elfira Loy, Azira Shafinaz, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Neeta Manis, Datuk A. Aida dan ramai lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lama menyepi Marsha akhirnya dedahkan dirinya positif covid 19. Rupanya ini alasan dia rahsiakan dirinya positif covid 19.

Tampil untuk menghentikan spekulasi ke atas dirinya, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh telah disahkan menghidapi covid-19 pada awal Mei baru ini. Marsha yang disahkan positif mula mendapatkan rawatan insentif di hospital Ja’afar, Seremban sebelum dipindahkan ke hospital Pantai, Bangsar.

Ekoran situasi tersebut Marsha memberitahu dia terpaksa merahsiakan hal yang sebenar disebabkan oleh nasihat daripada doktor mengenai keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.

Ini Rupanya Kenapa Marsha Cuba Rahsiakan

Dipetik dari Berita Harian, Marsha memberitahu keadaan fizikal dan mentalnya menjadi sangat lemah selepas mengetahui keadaan yang sebenar. “Selepas disahkan positif, doktor menasihatkan saya untuk mendapatkan rehat secukupnya. Ini kerana pada masa itu keadaan fizikal dan mental saya sangat lemah.

“Atas nasihat doktor, saya ambil keputusan hanya berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan rapat sahaja sepanjang menjalani rawatan. Ini kerana saya ingin menjalani rawatan dengan lebih tenang dan sempurna. Saya berdoa agar diberi kesembuhan segera,”katanya kepada BH Online.

Pelakon ini juga berkongsi mengenai keadaan emosinya yang tidak stabil dan terjejas dengan teruk serta bimbang dengan keadaan yang dihadapinya.

Kongsi Pengalaman Sebagai Salah Seorang pes4kit c0v1d-19

Melihatkan keadaan yang semakin pulih dan sedang menjalani proses kuarantin, Marsha mengatakan dia sangat bersyukur dan lega apabila keputusan ujian calitan suaminya negatif.

Pada masa yang sama, dia juga turut meluahkan rasa sedih apabila bapa mentuanya menjadi salah satu krbn covid-19 pada baru-baru ini.

Apabila bertanyakan mengenai pengalamannya, Marsha berkongsi pada awalnya dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas, hilang deria bau dan rasa pada bahagian mulut, serta sakit kepala.

Pelakon kepada drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga menyeru agar setiap rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika berada di luar rumah.

Sumber : Murai my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.