Misi Quan Hongchan berjaya. Raih emas pada usia 14 tahun untuk tanggung kos rawatan ibu.

Quan Hongchan hadir sebagai atlet paling muda di Olimpik Tokyo 2020. Di antara 10 atlet yang menyertai pasukan menyelam China ke Olimpik, Quan adalah satu-satunya yang tidak mempunyai gelaran dunia. Di usia 14 tahun, dia hadir ke Olimpik dengan satu misi, iaitu untuk mencari dana yang lebih bagi mer4wat ibunya yang s4kit. Dan siapa sangka, semalam Quan berjaya mencipta sejarah baharu untuk keluarganya apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020.

Quan dilahirkan pada tahun 2007 di sebuah desa di Zhanjiang, Guandong. Datang daripada keluarga yang sus4h membuatkan Quan sedar bahawa dia memerlukan cara lain untuk keluar daripada kemiskinan. Pada tahun 2014, Quan mendedahkan dirinya dengan sukan terjun di usia 7 tahun. Permulaannya dikatakan agak lambat, tetapi dia tidak pernah berhenti berlatih. Pada tahun 2018, dia berjaya memasuki Pasukan Provinsi Guandong.

Oktober 2020 adalah tahun yang membuka rezekinya, Quan berjaya layak ke pentas akhir untuk acara 10 meter platform di Stesen Shijiazhuang bagi kelayakan Olimpik Tokyo 2020. Di pertandingan terbabit, Quan berjaya menew4skan nama-nama besar dan memenangi kejuaran dengan 28 mata di hadapan naib juara.

Dan pada 5 Ogos 2020, di acara akhir sukan 10 meter platform di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Quan telah membuktikan kerja keras beliau akhirnya berjaya membuahkan hasilkan. Di usia 14 tahun, dia berjaya menyempurnakan terjunan dengan perfect 10 di dua pusingan. Quan mengatakan sebelum pertandingan tersebut, ibu bapa “memberitahu saya untuk tidak gugvp, tidak ada masalah jika saya mendapat pingat atau tidak dan hanya jadi diri sendiri. Kata-kata itu benar-benar membantu saya,” katanya kepada Reuters.

Ketika ditanya oleh The Washington Post selepas berjaya membawa pulang emas, Quan mendedikasikan kemenangan ini kepada ibunya yang sedang s4kit. “Saya ingin membawa pulang wang yang cukup untuk membantunya,” kata Quan melalui jurubahasa. “Saya ikut arahan jurulatih saya dengan teliti.” Untuk rekod, China berjaya memenangi setiap acara menyelam wanita di Olimpik buat kali keempat berturut-turut. Manakala Quan pula menjadi pemenang pingat emas kedua termuda China dalam temasya Olimpik setelah Fu Mingxia memenanginya pada tahun 1992 pada usia 13 tahun. Sumber : Vocket

 

Chef Wan kritik busana atlet negara di Olimpik Tokyo. Sekali ini penjelasan Chef Wan yang buat dia rasa tak puas hati.

Lain orang, lain pendapat. Begitu juga dengan cef selebriti Datuk Chef Wan yang lantang menyuarakan kritikan peribadi terhadap busana delegasi atlet negara ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Jepun malam tadi sebagai langsung tidak menarik dan kelihatan murahan.

Selain nampak serabut atau cacamarba, Chef Wan turut melabelkan atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita tersebut seperti badut, disebabkan panduan warna kuning dan merah.

“Pandangan pertama saya, lah tak menarik langsung? Kenapa mereka pakai macam badut. Kuning, merah dan corak geometrik, semak! Kerja menjahit pun nampak tak kemas dan kelihatan murah,” katanya. Cef berusia 63 tahun itu berkata, Malaysia sebenarnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan baju kebangsaan kaum lain boleh diketengahkan kepada dunia.

Saranannya, memandangkan acara tersebut diadakan lima tahun sekali, jadi tidak salah sekiranya usaha lebih diberikan terhadap rekaan kostum atlet negara dengan membuka undian kepada pereka tempatan dan rakyat Malaysia boleh mengundi hasil kerja yang terbaik.

“Paling tidak satu dunia tengok macam mana rupanya. Sekurang-kurangnya mereka akan kata, wow itu Malaysia! Tersendiri dan menyerlah. Ini tak habis-habis dengan si Hang itu, Hang ini! Apa kata anda? Atau cuma mata saya yang nampak lain. Inspirasi daripada Hang Tuah? Tak sudah-sudah pusing situ juga,” ujarnya. Di sebalik ‘hentm4nnya’, cef selebriti itu pada masa sama tidak lupa menyampaikan ucapan selamat berjuang kepada barisan atlet tanah air demi mengejar misi membrv pingat emas.

“Tiada apa yang kami harapkan selain yang terbaik untuk mereka. Doa-doakan semoga semua selamat dan sihat-sihat selalu dalam usaha mengharumkan nama negara. Sangat berbangga dengan pencapaian dan peng0rbn4n mereka yang berusaha gigih untuk pertandingan ini, Insya-Allah,” katanya lagi.

Semalam, seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ketika acara pembukaan Olimpik Tokyo lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah. Acara tersebut menyaksikan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada atlet badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying. Warna pakaian kontinjen negara diinspirasikan daripada warna Jalur Gemilang dan direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Sumber – K! ONLINE

Ada individu yang telah dikompaun berpunca daripada program bantuan bank makanan. Ini penjelasan dari PDRM.

Polis mengesahkan terdapat pelngg4ran prosedur operasi standard (SOP) ketika pengagihan bantuan bank makanan di Sungai Siput, di sini, yang menyebabkan pemilik perniagaan dan rakannya masing-masing dikompaun RM1,500, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, program berkenaan menyebabkan ramai orang berkumpul dan tiada penjarakan fizikal.

“Beliau (penganjur) sudah ke pejabat daerah untuk memohon kebenaran bagi melakukan sumbangan bank makanan dan pejabat daerah memaklumkan tidak perlu kebenaran kerana konsep bank makanan hanya perlu meletakkan makanan di mana-mana dan orang akan ambil. Namun kesalahan yang dilakukan apabila beliau mengumpulkan orang di lokasi tersebut ibarat pengagihan makanan secara terbuka sehingga melngg4r SOP walaupun pihak polis telah mengarahkan mereka beredar tetapi masih berdegil,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Khaizam mengulas isu yang tular di media sosial mengenai pemilik perniagaan itu yang memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, tetapi dikompaun sehingga mengundang kemarahan dan kritikan warga maya selain menuntut penjelasan pihak berkuasa. Katanya, pihaknya tidak melarang tindakan seseorang untuk menyalurkan bantuan makanan kerana ia satu perkara yang murni terutama ketika negara kini masih lagi dilanda pandemik Covid-19.

“Saya tidak mahu perkara ini dipolitikkan atas tindakan pihak polis kepadanya. Tambahan pula isu yang dibangkitkan ini telah berlaku pada Jun lepas. Saya rasa ini karut kerana setelah sebulan baru hendak bangkitkan,” katanya.

Katanya, pihak terbabit boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya percaya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Media sebelum ini melaporkan seorang pemilik perniagaan dan rakannya didenda RM1,500 seorang pada 5 Jun lalu kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika mengagihkan bantuan makanan. Sumber : hmetro

Disebabkan rakam aktiviti hulur bantuan kepada golongan ini. Kini Alha Alfa dikritik teruk.

Alha memberikan buah pisang kepada seorang Orang Kurang Upaya. Tindakan jurusolek artis Datuk Alha Alfa berkongsi video dia mengedarkan bantuan kepada Orang Kelainan Upaya  dan peniaga kecil di tepi jalan mengundang kurang rasa senang warganet di laman sosial. Menyedari perkara itu, Alha menjelaskan tujuan dia memuat naik video tersebut bukan semata-mata sebaliknya memberi kesedaran kepada orang ramai.

Warganet kurang senang dengan tindakan Alha berkongsi video menghulurkan bantuan kepada orang kurang upaya.