Tak ada pun sebut nama masa dalam radio. Sekali MP Kuala Kangsar dikritik selepas dedah identiti seseorang ini.

Baru-baru ini, seorang individu telah membuat panggilan ke Suria FM dan kongsikan kisah sedih tentang kesusahan seorang ibu dan anak-anaknya di Kuala Kangsar yang tak makan selama dua hari dan berada dalam keadaan lemah.

 Panggilan yang turut dimuat naik oleh Suria FM ke media sosial ini telah mendapat sambutan dari warganet yang rata-ratanya menyatakan keinginan untuk membantu keluarga itu namun Suria FM enggan mendedahkan identiti ibu tersebut dan memberitahu orang ramai keluarga itu telah pun mendapat pertolongan.