Muhyiddin yakin PN akan kembali. Sekali Puad Zakarshi pula tampil dedahkan sesuatu sampai ada yang sokong pendapatnya.

Memang tidak mustahil untuk Tan Sri Muhyiddin dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) membuat kemunculan semula pada pilihan raya akan datang. Ini kerana, beliau seorang ‘fighter’, kata Mohd Puad Zakarshi. Muhyiddin juga seorang manipulator yang baik kerana beliau tahu ambil kesempatan.

”Sebab itu dia boleh jadi PM ke-8 melalui Sheraton Move. Dia jadi TPM zaman Najib, setelah menekan Pak Lah untuk percepatkan peralihan kuasa. Kini dia dan PPBM masih dalam kerajaan walaupun terpaksa meletak jawatan PM. Dia tahu apa akan dibuat sebab dia ada “langkah” rahsia,” kata Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam hantaran di Facebook.

Cuma, katanya, penghalang Muhyiddin adalah Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta akar umbi UMNO yang menolak Bersatu. Jelasnya, Presiden Bersatu itu tidak pernah ada akar umbi yang kuat. Manakala UMNO pula sudah membuat keputusan bahawa 16 kerusi parti itu yang melompat masuk Bersatu dan Warisan akan kekal miliknya pada PRU ke-15.

Penghalang utama Muhyiddin adalah Najib, Zahid dan akar umbi UMNO yang menolak PPBM. Muhyiddin tidak pernah ada akar umbi yang kuat. UMNO sudah buat keputusan, 16 kerusi UMNO yang melompat masuk PPBM dan Warisan kekal milik UMNO di PRU ke 15. ”Tiada kompromi. Semuanya bergantung “parti” mana yang dominan dan menguasai kerajaan,” ujar beliau

‘Kenyataan sokong Ismail Sabri cubaan terdesak Muhyiddin’

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menjelaskan sebab beliau menyokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kerana enggan Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa dengan sokongan kumpulan kleptokrat. Beliau berkata, terdapat beberapa perkara yang sangat canggung dalam penjelasan itu termasuk dkwaan Muhyiddin menyokong Ismail Sabri atas dasar ingin memastikan Perikatan Nasional (PN) kekal berkuasa.

“Pertama, ia nampaknya sekadar satu cubaan terdesak untuk menggelapkan fakta atau mengalihkan perhatian masyarakat terhadap kegagalan kerajaan PN di bawah pimpinan beliau. Sedangkan hakikatnya, kejatuhan PN adalah disebabkan oleh desakan ketidakyakinan rakyat dan ia antara sebab penarikan sokongan oleh UMNO.

“Kedua, beliau sebenarnya sedar bahawa pendirian untuk menganggap UMNO secara umum sebagai pendukung kleptorat adalah tidak benar, malah sangat bercanggah dengan kesanggupan beliau yang kini kembali bekerjasama dengan ramai wakil UMNO,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ketiga katanya, penolakan Muhyiddin terhadap PH dan sebahagian pemimpin UMNO adalah bermusim dan sangat bersifat acuh tak acuh. Ini kerana jelasnya, Perdana Menteri yang beliau sokong telah memutuskan untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin PH atau pembangkang yang lain sebagai satu pendekatan baharu dan tidak terdapat sebarang bangkangan beliau dalam hal itu. “Kesemua perkara ini menunjukkan dengan jelas bahawa pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebenarnya tidak mempunyai pendirian yang jelas dan tetap. Sumber : Trending Sangat

Baru je umum Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke 9. Sekali Muhyiddin pula minta rakyat buat sesuatu ini.

Perdana Menteri Sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat supaya terus berdoa agar keadaan negara kembali pulih daripada pandemik Covid-19. “Berdoalah agar kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari virus Covid-19 dan diberi kekuatan untuk menempuh ujian, cabaran dan rintangan daripada pandemik ini. Mudah-mudahan keadaan akan beransur pulih dan negara Malaysia yang kita cintai ini akan sentiasa aman, makmur dan bangkit menjadi lebih kuat dari sebelumnya, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya,hari ini.

Muhyiddin berkata, dengan berpandukan kepada jalan Allah, al-Quran dan sunnah, beliau yakin dan percaya hidup akan lebih tenang dan bermakna. “Do not do what you feel is right. Do what Allah say is right. Do what is right. Kepada Allah SWT jualah kita berserah,” katanya.

(Jangan buat apa yang kita rasa betul. Buat apa yang Allah perintah. Buat apa yang betul). Dalam pada itu, beliau menasihatkan rakyat supaya sentiasa mengambil langkah proaktif dan setiap individu bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kesihatan terpelihara ketika berada di khalayak ramai termasuk di masjid dan kawasan awam lain. “Alhamdulillah, hari ini saya dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara bersama jemaah yang lain di bawah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang teratur dan ketat,” katanya. Sumber : hmetro

Pm baru je letak jawatan sekali tiba tiba Najib Razak nak saman Muhyiddin Yassin. Terkejut rupanya ini punca.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan bakal berdepan tindakan undang-undang kerana didakwa menghina mahkamah.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau menerusi peguamnya akan menfailkan saman berkenaan ekoran dakwaan Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana terdapat pihak yang ‘rakus’ kuasa demi jawatan nombor satu negara.

Najib berkata, Muhyiddin sebaliknya lupa siapa yang bersikap seperti itu dengan sanggup menkm belakang Tun Dr. Mahathir Mohamad dan mengkhianat gabungannya (Bersatu) untuk merampas kuasa selepas parti itu kalah kepada Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tajung Piai, Johor, pada 2019.

“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan Parlimen selama tujuh bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tidak benarkan Ordinan Darurat dibentang sehingga terpaksa menipu Yang di-Pertuan Agong?

“Siapa yang rakus kuasa sehingga sanggup sogok-menyogok ahli-ahli Parlimen? Ini bukan rakus kuasakah?,” soal Najib dalam hantaran di Facebooknya malam ini. Siang tadi, Wan Saiful berkata, Muhyiddin sejak awal lagi

mendambakan kestabilan politik supaya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi tumpuan kepada usaha menangani pandemik Covid-19 namun keadaan bertukar malang disebabkan ada pihak tertentu yang rakus dan berniat untuk merosakkan kestabilan yang dikecapi.

4 Ogos lalu pula, Muhyiddin mendakwa menerima tekanan beberapa pihak supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan namun menegaskan, tidak melayan tuntutan itu dan mengorbankan prinsip serta membelakangi sumpah jawatannya.

Untuk rekod, beberapa ahli Parlimen dari UMNO ada yang berdepan tindakan mahkamah termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak turut berdepan kes mahkamah dan masih dalam perbicaraan.

Bagaimana, Muhyiddin tidak menyebut secara khusus berkenaan pihak yang dikatakan menekan beliau untuk mencampuri urusan mahkamah bagi membebaskan sesiapa yang terlibat dalam dalam kes mahkamah.

WAN SAIFUL WAN JAN

Wan Saiful pula dalam kenyataan Facebooknya sebelum ini mendakwa antara kes yang dimaksudkan oleh Muhyiddin dalam kenyataan berhubung campur tangan dalam urusan mahkamah adalah membabitkan Ahmad Zahid yang meminta Muhyiddin menggugurkan kes-kesnya di mahkamah manakala Najib pula didakwa pernah meminta Muhyiddin menukar hakim dalam proses rayuannya.

Mengulas lanjut, tambah Najib, Muhyiddin mendakwa jalan paling mudah untuk beliau mengekalkan kuasa ialah bersubahat dengan golongan kleptokrat’ tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Sedangkan, kata Najib, Muhyiddin lupa golongan itu jugalah tempat beliau meminta untuk dinaikkan sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak Langkah Sheraton, Mac tahun lalu.

“Tidak cukup dengan itu, beliau kata dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh saya disebabkan isu 1MDB (1 Malaysia Development Berhad). “Tidak benar, beliau dipecat kerana berkomplot dengan Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejak tahun 2014 untuk menumbangkan saya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri – jauh sebelum isu 1MDB lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau bukan seorang yang suka melemparkan tuduhan tidak berasas jauh sekali bermain propaganda kerana ia dilakukan melalui pembuktian, kebenaran, sains dan data.

Beliau juga mencabar Muhyiddin untuk membuat laporan polis bahawa terdapat pihak yang ‘mengarahnya’ menganggu kes-kes utama namun tidak berani. “Sampai kita perlu buat untuk kamu (seperti lampiran). Suruh kamu keluarkan bukti, kamu tak ada,” katanya.

Semalam Muhyiddin Yassin umum letak jawatan. Ini luahan Najib Razak buat ramai yang sebak.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan. Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

“Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Terdahulu pagi tadi, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet terakhirnya, sebelum bergerak ke Istana Negara.

Berikut reaksi dari Bossku

“Hujan mencurah ke bumi. “Selepas hujan, pasti ada pelangi menanti. “Selepas kegelapan, pasti ada sinar menerangi. “Selepas derita, pasti ada kebahagiaan. “Semoga Allah SWT merahmati Malaysia dan rakyat semua. “InsyaAllah.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.