Tiada hak undang2 untuk semakan kehakiman bagi 110 penanam Musang King – Mahkamah Tinggi

Mahkamah dimaklumkan bahawa status pekebun durian Musang King di atas tanah kerajaan seluas 11 ribu ekar sebagai pencerob0h. 

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu 110 penanam durian Musang King di Raub tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri Pahang supaya mereka mengosongkan kebun.

Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak yang mewakili enam responden yang dinamakan dalam permohonan itu berkata penanam terlibat tidak diberikan sebarang hak atau lesen pendudukan sementara (TOL) mahupun mempunyai hak milik terhadap tanah yang telah diusahakan dengan tanaman tersebut.

Keadaan ini, menurut Noor Fadzila menjadikan status mereka sebagai pencerob0h atau setinggan.  Beliau berkata pemohon juga tersilap apabila memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis yang dikeluarkan pentadbir tanah.

“Pemohon seharusnya memfailkan notis rayuan kerana notis bukanlah suatu yang disyaratkan undang-undang untuk dikeluarkan tetapi sebagai makluman kepada pemohon atau orang yang terlibat apabila ada kesal4han dilakukan yang mana dalam kes ini berlaku pencerob0han terhadap tanah kerajaan.

“Kerajaan negeri mengeluarkan notis yang memberikan peluang lebih kurang sebulan untuk pemohon mengosongkan tanah walaupun sebagai pemilik, mereka boleh terus masuk dan membuat execut1on,” hujahnya di hadapan Hakim Mahkam4h Tinggi Datuk Zainal Azman Ab Aziz.

Sila baca pautan untuk berita penuh Durian farmers have no locus standi to file application for judicial review, Court told

Sumber;  bernama.com & ismaweb.net