Muzik video rasmi Thank You Allah mendapat hampir 3 juta tontonan di YouTube. Alyah terharu 6 founder sanggup bersusah payah.

Penyanyi Datin Alyah menafikan single terbarunya, Thank You Allah ada kaitan dengan perkembangan dirinya yang didakwa hamil oleh sesetengah pihak. Menurut Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 40, single yang turut menampilkan Cat Farish dan Haris Ismail itu dihasilkan sebagai simbolik kepada rasa syukur atas rezeki yang diterimanya pada fasa pandemik Covid-19.

Penyanyi Datin Alyah bersyukur kerana muzik video rasmi Thank You Allah yang dilancarkan dua minggu lalu itu kini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di YouTube.Malah lirik video lagu yang turut menampilkan Cat Farish dan Haris Ismail itu pula ditonton hampir 3 juta kali sejak dimuat naik menerusi platform berkenaan pada Ramadan.

Menurut Alyah, selain menampilkan bait-bait rap nyanyian Cat Farish serta monolong dalam Bahasa Melayu dan Arab oleh Haris, Thank You Allah berjaya menyatukan lima pengasas produk yang diundang sebagai pelakon di dalam muzik video.

“Sepatutnya enam wanita hebat terbabit di dalam muzik video ini. Akan tetapi kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan kerana salah seorang daripadanya tidak dapat bersama-sama pada saat akhir kerana mempunyai komitmen yang perlu didahulukan.

“Ikutkan hati, memang berhajat mahu kumpulkan semua untuk melengkapkan jalan cerita. Tapi tidak mengapa, semuanya dipermudahkan. Mereka termasuk saya berlakon sebagai adik-beradik yang pada awalnya ada perselisihan faham.

“Bagaimanapun akhirnya, masing-masing sedar akan silaturrahim itu adalah yang paling penting berbanding harta benda dan wang ringgit. Insafi diri adalah kunci untuk kita sedar siapa diri kita di sisiNya,” katanya.Berada di Langkawi selama tiga hari untuk menjayakan  muzik video berkenaan, isteri pemuzik Datuk Ramli MS ini bersyukur kerana kerjasama yang diberikan kelima mereka memudahkan proses penggambaran.

“Saya sedia maklum, masing-masing ada komitmen terhadap bisnes dan sebagainya. Jadi bila mereka dapat disatukan di Langkawi pada waktu yang sama membuatkan saya berbesar hati.

“Biarpun mampu nak menginap di mana-mana hotel, namun mereka sanggup untuk tinggal di lokasi sama dengan kami serta team produksi demi memudahkan proses penggambaran muzik video Thank You Allah.

“Iyalah, pastinya ada kekurangan juga dari pihak saya, tapi mereka sangat memahami dan cukup bertolak ansur. Sanggup bersusah payah bersama. Luar biasa komitmen yang diberikan.

“Senang cakap semua ada nama, ada duit dan ada pangkat, akan tetapi mereka tetap lakukannya dengan saya seolah-olah kita semua sama sahaja,” katanya.

Alyah pada masa sama terharu apabila menerima maklum balas positif pendengar selain lagu kerohanian berkenaan sering menjadi latar muzik di media sosial, khasnya di Instagram.

“Lagu ini dilancarkan pada Ramadan dan ketika itu kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB). Semua tahu, kita diduga Allah SWT dengan pandemik Covid-19.

“Dari awal lagu ini dimainkan sehinggalah pada saat ini, penerimaannya tidak saya sangka. Saya macam… hanya dengan satu sebab Allah beri pada saya lalu saya berkongsikan pada mereka di luar sana untuk sama-sama insafi diri dan syukur nikmat.

“Walaupun kita diuji bertubi-tubi, kita kena fikir positif dan jangan jemu untuk berdoa. Mahu tidak mahu, itu yang kita perlu lakukan ketika ini. InsyaAllah Dia akan sentiasa ada dengan kita.

“Sebenarnya, ia bukanlah soal kejayaan lagu ini semata-mata, sebaliknya andai ada yang membuatkan Thank You Allah ini suatu semangat, itu sudah memadai, alhamdulillah bagi saya,” katanya.

Sumber:MH

Datin Alyah ke Langkawi sampai warganet sekolahkan dia sbb naik bot mewah pakai baju mewah, sekali Datin bersuara suma terus senyap. 

“Saya tak naik kapal persiaran untuk suka-suka dan tidak berkeinginan pun ke Langkawi kalau setakat nak tukar baju fesyen.”

Itu jawapan dari penyanyi Datin Alyah, 40, selepas dituduh dan didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) oleh warganet di Instagram (IG).

Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan berkata kehadiran dia ke Pulau Langkawi adalah untuk penggambaran muzik video lagu Thank You Allah. “Sejak saya berada di Langkawi ni, macam-macam mesej yang saya terima contoh seperti di atas. Itu belum yang tak kenal dengan tiada salam terus maki hamun saya persoal pasal SOP.

“Saya masih seorang penyanyi dan bekerja di bawah label saya sendiri. Sebagai peniaga muzik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan perniagaan ini berterusan.

“Peniagaan muzik ini bukan hanya pada halwa telinga sahaja tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan produk dalam bentuk visual juga.

“Pihak saya dan team Like Music Sdn Bhd ke Langkawi kerana atas urusan kerja bagi menyiapkan muzik video (MV) terbaru saya, Thank You Allah.

“Apa yang diusulkan oleh anda yang macam tak puas hati terhadap saya betul ia terjadi tapi kesemuanya atas pemintaan bagi menyiapkan MV terbaru saya ya,” tulisnya.

Menerusi posting itu, pelantun lagu Jutaan Purnama itu turut memuat naik surat bukti permohonan merentas negeri yang bermula dari 4 hingga 7 April.Di samping itu, permit perniagaan yang didaftarkan atas nama syarikatnya iaitu Like Music Entertainment yang masih sah sehingga 18 Januari 2024 juga dikongsikan kepada umum.

Tambah isteri kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS, dia dan tenaga kerja yang terlibat sudah menyediakan segala dokumen perjalanan dan juga surat kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum mereka merentas negeri. “Sebelum saya dan team ke Langkawi, kami sedaya upaya menyediakan segala dokumen perjalanan juga surat kebenaran dari pihak berkuasa. Kalaulah saya tak cerdik juga, saya minta maaf,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, ada individu yang tidak diketahui identitinya menghantar mesej meluahkan ketidakpuasaan hati melihat aktiviti Alyah sepanjang berada di pulau bebas cukai itu. “Sakan Langkawi.. kemain saya tengok sis dengan kawan-kawan. Duduk makan stimbot, naik kapal mewah sambil tukar-tukar baju fesyen.

“Duduk ramai pun hotel mahal. Kerja berapa minit ja kan? Macam takda hati, orang lain nak cuti tapi sis belanja video dan gambar.

“Macam tak cerdik pun ada sis ni. Maaf saya saling beringat ya,” tulisnya.

Sumber :Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.