Nabil Ahmad tervk kena dengan netizen akibat perrli Diva AA buat comeback di TV

Setiap hari Ahad, pelbagai rancangan hiburan berbentuk nyanyian di siarkan di beberapa saluran televisyen.

Umum sedia tahu, di TV3, pengacara terkenal Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah membuat comeback dengan mengacarakan program Lagu Cinta Kita 2 bergandingan dengan Elly Mazlein.

Kehadiran semula Diva AA di pentas hiburan telah mendapat pujian warganet di media sosial sehingga kedua-dua episod yang dibawa olehnya trending di Twitter.

Wahh beraninya Nabil!

Namun begitu, malam tadi tercetus satu kontroversi yang berlaku di satu lagi rancangan televisyen, Gegarvaganza musim ke-7 apabila pengacaranya, Nabil Ahmad seakan memerli kemunculan Diva AA.

Hal ini membuatkan warganet mulai tidak senang dengan tingkah yang begitu tidak profesional dari seorang pengacara TV ketika sedang bersiaran langsung.

Nanti ada la tu permohonan maaf

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah mengecam tindakan keterlaluan Nabil dan memaklumkan bahawa gaya pengacaraan Diva AA jauh lebih baik berbanding dirinya.

Mereka juga menyuruh pengacara Gegarvaganza itu bersiap sedia untuk dimaki oleh Azwan Ali di Twitternya.

“Tak padan dengan haji, lawak melucah je”

Kejap lagi kena la Nabil tu

Nabil cuba gali kubur sendiri

Lagu Cinta Kita 2 dan Gegarvaganza musim ke-7 bersiaran langsung secara serentak di dua stesen televisyen popular negara. Keduanya merupakan rancangan nyanyian yang menampilkan dua format berbeza dan pengacara terkenal tanah air.

Sumber: AlanAl Padat

Kredit : OMM