Rupanya dah 2 kali ggur. Nabila Huda menyesal dan pernah buat sesuatu ini hanya untuk menimang cahaya mata.

Pelakon Nabila Huda mengakui menyesal apabila tidak mengamalkan cara berpantang dengan betul selepas dua kali mengalami kegvgvran sebelum ini. Kata Nabila atau lebih popular dengan sapaan Abil, itu menjadi kebarangkalian dia sukar untuk hamil lagi pada usia 37 tahun.

“Ala kenapa susah sangat ni? Setiap bulan mesti I akan kira hari dan mengharap, tapi mesti tak sangkut juga. Tapi Abil tak adalah down sangat, saya reda sebab yang nak bagi rezeki kat kita tu Dia. Kalau Dia tak bagi, mesti bersebab, maybe bukan masanya lagi. Saya fikir salah itu datang dari saya juga sebab masa kegguran dua kali, saya tak tahu kena berpantang macam orang lepas beranak. Saya betul-betul tak tahu dan saya menyesal sangat. Mungkin itu adalah salah satu punca kenapa tak boleh hamil?” soalnya menerusi hantaran di Instagram Stories pada Rabu. Justeru, pelakon filem Munafik itu nekad untuk memulakan semula cara berpantang biarpun tempoh keggvrannya kali terakhir sudah jauh.

“Benci kan bila dah mula fikir negatif. Ok, kena positif. Sekarang saya rasa saya kena pulihkan apa yang patut. Bolehkan walaupun kita dah lama keggvran tapi kita nak ganti balik pantang itu? Masih tak terlambat kan? Mungkin ia akan membantu saya untuk mengandung lagi. Saya terlalu nak sangat-sangat ada zuriat. Terlalu nak sangat, tak tahu macam mana nak terangkan,” luahnya.

Menjelang usia 40 tahun lagi tiga tahun kata Abil, dia menyasarkan untuk menimang cahaya mata lagi dengan izin yang Maha Kuasa. “Selagi tak mula kerja ni, ada masa lapang banyak ni baik saya buat pakej pantang. saya memang nak kena usaha tak kira apa pun. Lagi tiga tahun dah nak masuk 40 ni. I nak anak ramai lagi,” ujarnya.

Jadi, Abil memohon jasa pengikut di media sosialnya untuk mencadangkan servis berpantang terbaik dengan harga yang berpatutan. Dalam pada itu, tegas Abil dia tidak terfikir untuk melakukan teknik IVF memandangkan dia pernah hamil dan melahirkan zuriat sebelum ini.

Abil dan suami, Mohd Izwan Johar telah mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2015. Namun, rezeki tidak berpihak pada mereka apabila Abil dua kali keggvran. Menerusi perkahwinan dengan bekas suami, Zaidi Zailani, Abil dikurniakan seorang cahaya mata, Keisha Laila.

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ayda Jebat akui tidak ada satu pun baju mengandung sebabkan ini. Sekali siap kongsikan pakaiannya lagi.

Pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat yang kini sedang sarat hamil anak sulung mengakui hanya memakai baju termasuk seluar dalam (boxer) milik suaminya, Nabil Mahir sepanjang tempoh kehamilan kerana tidak memiliki walau sehelai pun baju mengandung. Ujar pelantun lagu Parah Parah itu, dia tidak membeli baju mengandung dengan alasan, tidak ke mana-mana kerana hanya bekerja dari rumah (WFH) selain mengelak daripada membazir.

“Saya tidak ada satu pun baju mengandung. Tidak perlulah sebab tak pergi mana-mana pun. Tidak perlu membazir. Jadi semua baju Nabil, baju tidur sampai ke boxer dia saya sebat (pakai),” tulisnya dalam Instagram. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat turut berkongsi sekeping foto memperlihatkan dia memakai jaket (top) berwarna merah jambu yang dipadankan bersama kain pelikat.

“WFH pakaian apa hari ini (OOTD). Kalau saya bekerja sekarang, atas elok, bawah pakailah apa pun. Kain sarung (pelikat) ke, seluar tidur ke. Sebab ‘bekerja dari rumah’. Anda semua pun sama kan?” ujarnya.

Menjengah dalam ruangan komen, pelakon Dayana Roza turut berkongsi perkara serupa apabila memakai pakaian milik suaminya kerana berasa lebih selesa. “Saya pun. Baju, boxer suami pun sebat! Selesa. Berkongsi tanda sayang,” ujarnya. Untuk rekod, Ayda dan Nabil bernikah di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara pada 1 Januari lalu. Pasangan itu dijangka menyambut kelahiran bayi sulung mereka sekitar Oktober nanti.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lucu boleh pula ini hasil potongan dari Ayda buat suaminya. Sekali ada pula orang yang tanya macam ni.

Lucunya, potongan rambut baru yang dilakukan Ayda terhadap Nabil membuatkan pengacara itu kelihatan seperti pelajar sekolah.