Boleh pulak Nad Zainal seolah olah beri sindiran halus soal PKP. Sampai rasa dah tak boleh nak buat job.

Dramatis Nad Zainal memberi sindiran secara halus pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga beberapa fasa lagi akan menjadikan dia tua dan tidak sesuai lagi untuk memegang watak heroin dalam mana-mana naskhah. Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 31, berkata, PKP yang dilanjutkan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur sehingga 16 Julai 2021 nanti akan menyebabkan dia cuma berpeluang memegang watak ‘ibu’ atau pembantu rumah yang sering diberti nama Mak Leha atau Mak Jah kerana tidak lagi relevan membawakan peranan heroin.