Gelagat Nadia Brian pakai sut ketat Spiderman raih perhatian warganet. Sekali ada benda lain yang mereka perasan.

Nadia Brian, nama yang tidak asing lagi dalam kalangan artis, beliau seorang yang sangat konsisten dalam lakonan dan boleh melakonkan watak apa sahaja diberikan termasuk lah watak “Spiderman”. Hero pujaan Ramai kanak2 dan juga dewasa. Baru-baru ini, pelakon Nadia Brian ada memuat naik beberapa keping gambar yang beliau memakai pakaian superhero terkenal iaitu Spiderman. Yang menariknya adalah pemakaian tersebut adalah kerana permintaan anak2 buahnya dan bukan untuk lakonan.

Mungkin juga di saat pandemik melanda ini, kanak2 tidak boleh membuat sebarang aktiviti di luar, jadi nadia brian membuat anak2 buahnya itu gembira bila ikut sama memakai sut spiderman itu untuk mengembirakan mereka. Komen-komen daripada warganet yang memuji keazaman dirinya sanggup memakai sut itu semata-mata untuk anak buahnya itu harus dipuji. Pelbagai komen yang memuji dan juga anak yang mengkr1tik. Itu adalah lumrah sebagai seorang artis iaitu tak semua perkara, akan dipuji.

Perkongsian :

https://www.instagram.com/p/CS_0kf4F8wT/?utm_source=ig_embed&ig_rid=aef0a13d-864c-48db-94b8-984b801eaa0e

Walaupun di saat kemelut rumah tangganya bersama bekas suami muiz, seakan-akan tidak memberi kesan yang negatif bahkan, Nadia Brian semakin terus positif dan semakin menyerlah dalam bidang lakonan. Semoga sukses selalu hendaknya.

Komen Warganet:

Sumber : Ig nadiabrian

Tular pekerja kilang warga asing cuba lindung gelang pink dengan kertas. Siap dalam perjalanan nak ke suatu tempat ini lagi.

Tindakan pekerja kilang warga asing yang menutup tangan kanannya yang dipakaikan gelang merah jambu dengan sekeping kertas tular di laman sosial, hari ini.

Difahamkan, kejadian dikatakan berlaku di Alam Jaya, di sini, apabila warga asing terbabit bersama seorang rakan dipercayai dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Perkara itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Mohd Shaid Rosli yang memuat naik video berdurasi 24 saat serta gambar perbualan aplikasi WhatsApp di antara beliau dan individu yang menegur warga asing itu.

Menerusi perkongsian itu, individu terbabit memaklumkan kepada Mohd Shaid, dia ternampak pekerja warga asing memakai gelang merah jambu dalam perjalanan ke sebuah kilang. Menerusi hantaran sama, individu itu turut memaklumkan lelaki itu menutup pergelangan tangannya dengan sekeping kertas. Sementara itu, Mohd Shaid berkata, beliau meminta Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) untuk melakukan operasi bagi mengelak perkara sama berulang kembali. Sumber : hmetro

PDRM dedah kesan individu yang bergelang pink siap masuk farmasi lagi. Sekali ini tindakan pihak polis.

Polis sedang mengesan tiga individu selepas tular sekeping gambar memaparkan mereka hadir ke sebuah farmasi dengan memakai gelang merah jambu dalam kejadian 15 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, susulan penularan gambar tersebut, pasukan Task Force Pematuhan dan Pemantauan Ops Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya telah membuat pemeriksaan di premis tersebut di Puchong Perdana, Puchong di sini.

“Hasil temubual terhadap penyelia farmasi mendapati kejadian berlaku pukul 11.20 pagi apabila seorang lelaki bergelang merah jambu telah masuk ke dalam farmasi tanpa membuat imbasan MySejahtera untuk membeli ubat manakala seorang lagi lelaki dan wanita menunggu di luar premis. Lelaki tersebut bagaimanapun keluar tanpa membuat sebarang pembelian setelah dimarahi dan diarahkan keluar oleh pekerja farmasi dan empat pekerja farmasi yang bertugas telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri sebelum membuat ujian calitan awal,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Khalid, tiada sebarang laporan polis dibuat susulan kejadian itu namun pihak polis telah mengeluarkan kompaun ke atas farmasi tersebut kerana gagal memastikan hanya pelanggan dengan status ‘Low Risk’ dalam MySejahtera sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam premis.

“Siasatan awal mendapati dua lelaki dan seorang wanita tersebut telah mengingkar arahan kuarantin yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan usaha mengesan mereka diteruskan sehingga kini. Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 270 K4nvn Ksksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencgh4n Dan Pengawalan Sakit Berjangkit 1998 (Akta 342),” tegas beliau. Sumber – K! ONLINE

Ada lagi kilang yang degil. Biar betul sampai 350 pekerja yang masih bekerja namun ini keadaan kesihatan mereka.

Ked3gilan sebuah kilang pembuatan keluli di Subang Jaya, Selangor yang beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh terb0ngkar selepas 350 orang pekerjanya disiasat tadi. Kesemua mereka didapati gag4l mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selepas dis3rbu pihak berkuasa dalam Ops Patuh yang dilakukan di beberapa kilang hari ini.

Perkara itu dikongsi melalui satu video berdurasi 18 saat oleh seorang pengguna Twitter @Zulkiflibujang dengan menunjukkan pekerja berkenaan diminta duduk diluar kilang ketika serbvan dijalankan. Menurutnya, kilang itu beroperasi seperti tidak ada apa-apa yang berlaku selain tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Video :

https://twitter.com/zulkiflibujang/status/1410818338574327812?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1410818338574327812%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Ftrending101news.com%2Farchives%2F9496

“Ada yang bekerja,seolah-olah tiada apapun, sedangkan arahan l0ckdown dan juga dikeluarkan kerajaan memastikan mereka tidak sepatutnya beroperasi dan mematuhi SOP sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, video sama turut dikongsi oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di laman rasmi Facebooknya. Katanya, sebahagian besar daripada 350 pekerja terbabit merupakan pekerja asing, malah 90 peratus daripada mereka pernah dij4ngkiti C0vid-19. Dalam perkembangan sama, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi berhubung video berkenaan selain mahu wajah pemilik kilang dided4hkan kepada umum.

Seorang pengguna laman media sosial, @zed_hafizuddin mahu pihak berkuasa memaparkan muka majikan kilang dan bukannya pekerja.

“Patut tunjuk muka majikan, tak perlu rakam muka pekerja, lepas periksa mereka, minta mereka balik, mana muka majikan?,” soalnya. Sumber : Padu Media

Tindakan untuk tutup kilang bukan jalan penyelesaian untuk tangani kes positif covid 19. Ini kata kata dari Presiden Perskutuan Pekilang Malaysia.

Kuala Lumpur: Tindakan menutup kilang bagi menangani pandemik Covid-19 bukanlah penyelesaian yang wajar malah akan merugikan ekonomi negara. Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata, semua pihak perlu memahami sumbangan industri pembuatan kepada ekonomi Malaysia selama ini.

“Jika semua kilang terpaksa ditutup, ia akan memberi impak yang hebat kepada ekonomi dan pekerjaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, industri pembuatan menjadi tonggak pertumbuhan ekonomi negara dan ia terbukti melalui prestasi ekonomi negara pada suku keempat 2020, di mana pembuatan adalah satu-satunya sektor yang mencatatkan pertumbuhan positif.

“Malah prestasi ini berterusan pada suku pertama 2021 dengan pertumbuhan yang lebih kukuh dengan pertumbuhan enam peratus. “Sebagai pemangkin pertumbuhan negara dengan sumbangan sekitar 23 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), serta 86 peratus daripada jumlah eksport, sangat jel4s bahawa sekt0r pembuatan mesti diben4rkan terus berop3rasi,” katanya.

Soh berkata, berdasarkan analisis FMM mengenai data rasmi yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dari 1 Jun sehingga 12 Julai 2021, kes baharu berdasarkan kluster adalah antara satu hingga 17 peratus daripada keseluruhan kes harian.

Beliau berkata, kes baharu kluster pembuatan dalam tempoh yang sama turut merekodkan peratusan yang rendah antara 0.3 peratus hingga 8.3 peratus. Justeru katanya, sangat jelas bahawa kes jangkitan harian disebabkan kluster pembuatan adalah rendah.

Berdasarkan data kluster baharu yang dilaporkan setiap hari oleh KKM dari 1 Julai hingga 9 Julai 2021, kes daripada pembuatan hanya menyumbang maksimum 7.3 peratus keseluruhan kes harian.

“Walaupun harus diakui bahawa risiko jangkitan kilang tidak dapat dielakkan sepenuhnya ketika ini dengan peratusan kes sporadik yang tinggi dan virus yang sudah merebak dalam kalangan masyarakat.

“Dakwaan kegagalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan setiap kilang adalah kesimpulan yang sangat tidak adil. “Ini kerana, peningkatan kes sporadik, menangani jangkitan ke kilang atau asrama menjadi lebih sukar untuk industri walaupun terdapat SOP dan langkah pencegahan ketat,” katanya.

Antara pemergian paling muda pergi menghadap illahi akibat Covid 19. Tapi keadaan ibu pula buat ramai yang sebak.

Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu pergi menghadap illahi akibat Covid 19, antara pemergian termuda sejak pandemik Covid 19 melanda negara. Bayi itu selamat diuruskan di Tanah Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh, di sini malam tadi.

Lebih memilukan apabila ibu bayi itu difahamkan masih brtrung nywa di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital di negara ini. Sementara itu, bapanya bersama lapan anak lain sedang menjalani kuarantin di rumah.

Kisah itu dikongsikan menerusi ciapan di Twitter dan hantaran di Facebook (Fb) rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini. “Ya Allah… sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima pemergian Covid 19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu di Tanah Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh.

“Semoga dikurniakan ketabahan buat seluruh ahli keluarga, Insya-Allah, anak kecil ini menanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak,” katanya. Susulan perkongsian kisah itu, ramai pengguna Twitter dan Fb tinggalkan komen dengan rata-ratanya mendoakan keluarga bayi berkenaan diberi ketabahan atas ujian diberikan.

Reaksi Orang Ramai

Semoga dipermudahkan segala urusan dan berada dalam lindungan Allah buat barisan hadapan semoga Allah membalas segala kebaikan dengan seberat-berat timbangan sebelah kanan dan kosongkan timbangan sebelah kiri Amin,” ciap seorang pengguna Twitter bernama Wardina Awatif.

Sementara itu, seorang lagi, Riyan Othman turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bayi berkenaan di ruangan komen Facebook (Fb) JAWI. “Salam takziah. Ujian besar untuk keluarga ini. Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini,” katanya.

Melihatya sahaja sudah mengundang rasa sayu dihati apalagi team menguruskannya. Semoga keluarga bayi itu tabah menerima dugaan hebat ini. Salam takziah…Al Fatihah…..semoga keluarga ini diberi kesembuhan dr ALLAH…Inshaa Allah…Aamiin. Selamat jalan sayang. Moga mama kamu dan seluruh ahli keluarga diberikan kesembuhan oleh Allah. Kredit : HMetro/Jawi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.