Naim Daniel turut tampil luahkan perasaan geramnya dengan youtuber ini. Sekali ini respon dari Naim Daniel.

Belum lagi hilang perasaan sedih dengan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah, tetapi sudah terdapat beberapa individu yang cuba meraih populariti dengan mementingkan diri sendiri. Antara influencer yang teruk dikritik warganet adalah Aisar Khaledd setelah tindakan beliau yang menziarahi Allahyarhamah Siti Sarah di Tapak Persemadian Sungai Pusu sebagai konten barunya di YouTube. Lebih menyakitkan hati, beliau turut melakukan ‘give away’ RM100 kepada penonton di dalam video tersebut.

Nyawa orang bukan konten

Tindakannya itu mencetus kemarahan warganet dan juga penyanyi terkenal, Naim Daniel yang turut meluahkan perasaan geram di Twitter terhadap influencer yang berusia 21 tahun itu.

Sedar kesilapan sendiri

Menyedari kesilapannya itu, Aisar Khaledd telah membuat permohonan maaf kepada orang ramai. Selain itu, Aisar terus menukarkan akaun Instagramnya kepada mod peribadi setelah video tersebut dikritik teruk daripada warganet yang kebanyakannya kurang senang dengan perbuatannya itu.

Selain Aisar, nama jutawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida (DSV) turut dipetik dan dikritik setelah menggunakan nama 4rwh dalam video promosinya semalam. Sumber: Twitter @naimdanielx

Ini respon dari Shuib lepas tular video youtuber pemuda ini. Boleh pula jadikan modal atas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah.

Tindakan seorang YouTuber menjadikan video dirinya melawat tempat pengurusan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin yang telah pergi buat selamanya semalam sebagai kandungan di dalam laman YouTubenya mendapat kritikan orang ramai. Pengguna media sosial menyifatkan tindakan YouTuber berusia 20-an itu tidak menghormati sensitiviti keluarga Allahyarhamah yang baru sahaja kehilangan orang tersayang. Apa yang membangkitkan kemarahan pengguna media sosial ialah apabila YouTuber tersebut juga dilihat mempromosikan video berkenaan beberapa jam sebelum dimuat naik di laman YouTube.

Menerusi video berdurasi 10 minit 25 saat itu juga memaparkan YouTuber tersebut sempat meminta penonton video berkenaan menyunting rakaman yang dimuat naik di YouTubenya itu dan menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM 100 bagi video paling cantik.

“Hal macam ini pun boleh jadi co.ntent ya? Tak masuk akal, demi dapatkan view? Mana pergi s.ensitiviti?,” kata Asyraf. “Jaga se.nsitiviti, keluarga Shuib masih dalam kesedihan. Maaf saya terpaksa membuat laporan agar pihak YouTube memadam video tersebut,” kata XavierNaza. “Buat c.ontent entah apa-apa, kena kritik, buat duit lepastu minta maaf. Dah selalu sangat dia ni,” kata Anor.

Tinjauan di laman YouTube tersebut mendapati, video berkenaan telahpun ditetapkan dalam mod peribadi tetapi didkwa telah dipadamkan oleh YouTuber berkenaan. Bagaimanapun, hasil kesepakatan warganet yang membuat laporan terhadap video tersebut, lelaki berkenaan akhirnya akur dan memohon maaf selain turut memadam video berkenaan.

Reaksi Shuib

Pelawak Shuib mengakui marah dengan tindakan beberapa individu yang menjadikan berita kehilangan isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sebagai modal kandungan di saluran YouTube. Shuib, 37, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, setiap individu perlu sedar dan wujudkan rasa sensitiviti dalam hati masing-masing apatah lagi jika ia membabitkan kehilangan.

“Kita kena ada sensitiviti yang sangat tinggi sebab kita kena tahu, kalau selepas ini Allah nak uji, kita tak tahu sebesar mana ujian itu. Marah memang marah, tapi itu sajalah saya boleh cakap,” katanya.

Bagaimanapun, Shuib enggan mengulas lanjut mengenai tindakan individu yang menggunakan nama dan berita kehilangan isterinya sebagai kandungan dalam permainan video PUBG. “Saya ada perasan juga di TikTok mengenai yang main PUBG. Tapi, saya tak mahu bercakap mengenai perkara itu,” katanya. Sumber : Online Malaya

Banyak pula kebaikan Siti Sarah tersebar. Sekali Sarah ada hulur sesuatu buat mak cik gerai ini buatkan ramai yang sebak.

Penyanyi terkenal SIti Sarah Raisuddin , 36, dan juga isteri tersayang Pelakon dan Pelawak terkenal Shuib yang bert4rung nyawa sejak Rabu lalu akib4t jangk1tan COV1D-19 telah pergi buat selamanya awal pagi ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia setelah beberapa hari bert4rung nyawa.

Pemergian beliau amat menduk4citakan seluruh rakyat malaysia yang rata2 memuji kebaikan dan arw4h merupakan seorang yang sangat baik dan tidak pernah sombong dengan sesiapa sahaja. Sebuah video yang tular beberapa jam selepas arw4h tinggalkan kita yang menunjukkan bahawa beliau seorang yang sangat baik, Dalam video tersebut beliau menunjukkan tempat di mana beliau dibesarkan, rumah tempat tinggal semasa beliau masih kecil, tempat beliau bersekolah dan juga tapak gerai yang pernah beliau dan keluarga berniaga sebelum ini…

Video :

https://www.facebook.com/100062960616490/videos/358102502484787/

Terserlah kebaikan beliau apabila beliau menegur kedai2 yang dulu tempat beliau meluangkan masa dan pernah membeli makanan di sana. Ramai yang memuji apabila seorang mak cik pemilik kedai itu memberi ais krim kepada anak2nya tetapi arw4h memberi duit dan memberitahu ianya sedekah kalau ada kanak2 lain yang datang, sedekahkan juga ais krim tersebut kepada mereka. Tidak ramai rakan artis yang sangat prihatin, baik dan tidak sombong seperti arw4h, arw4h banyak membuat kebaikan dan sangat disenangi oleh rakan artis yang lain dan kepada peminat beliau juga. Semoga Arw4h ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal dan takziah kepada keluarga arw4h dan kepada suami beliau iaitu saudara Shuib.

Komen Warganet:

Sumber : Fb Oppa Pishang

Uqasha pula tampil kenangkan kebaikan yang dilakukan Siti Sarah. Sanggup lakukan persembahan percuma buat Uqasha.

Harimau m4ti tinggalkan belang, manusia m4ti tinggalkan nama. Benarlah kata orang, hancur badan dikandvng tanah, bvdi yang baik dikenang juga. Hujan kedukaan yang melanda seluruh pem1nat dunia seni hiburan, keluarga dan teman-teman artis atas kehilangan Siti Sarah Raisuddin bukan hanya d1sebabkan Allhyrh4m seorang penyanyi popular, bahkan disenangi sebagai seorang insan yang berh4ti emas buat sesiapa yang dekat dengannya.

Kesayuan dan kepiluan sama turut dirasai pelakon Uqasha Senrose yang sebenarnya merancang untuk meminta Allhyrh4m menyanyikan sebuah lagu pada h4ri perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung Jun lalu. Biarpun perancangan tidak menjadi ak1bat penundaan majlis, namun hubungan baik dan kemesraan yang ditunjukkan Sarah terhadap Uqasha sungguh bermakna.

Ketika pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu bertanyakan harga bayaran yang dikenakan Siti Sarah untuk sebuah lagu, isteri Shuib bagaimanapun menyatakan kesanggupannya untuk melakukan persembahah secara percuma khas buat Uqasha.

“Salam takziah kepada abang Shuib dan anak-anak. Ya Allah, berita y4ng sangat mengejutkan, Kak Sarah. 4rwh orang yang sangat-sangat baik. Ya Allah, sukarnya untuk saya terima semua ini. Kak Sarah janji nak menyanyi untuk majlis perkahwinan saya. Subhanallah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Saya akan merinduimu Kak Sarah. Al-fatihah,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Sebagai perkembangan terkini, jnz4h Siti Sarah masih berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM). Jnz4h akan diuruskan di Tempat Persemadian Islam, Sungai Pusu, Gombak, Selangor sekitar tengah hari nanti. Sumber – K! ONLINE

Shuib minta orang ramai untuk hentikan penularan rakaman suara whatsapp keadaan Siti Sarah. Ini penjelasan Shuib.

Pelawak Shuib memohon orang ramai agar berhenti daripada menularkan satu rakaman suara dalam WhatsApp yang menyatakan keadaan isterinya, Siti Sarah sudah tiada harapan untuk hidup. Rakaman suara berkenaan dipercayai milik ibu Shuib, bercakap tentang keadaan kritikal Siti Sarah yang tiada harapan untuk hidup tular sejak pagi tadi. Shuib menerusi InstaStorynya menjelaskan, rakaman suara berkenaan sebenarnya menceritakan tentang keadaan isterinya pada Jumaat lalu, bukannya situasi hari ini.

“Berkenaan rakaman suara yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos. Jadi saya mohon, tolong hentikan kongsi atau padam hantaran tersebut dalam mana-mana platform media sosial. Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan. Saya mohon terus mendoakan Sarah diberikan kekuatan dan kesembuhan. Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Setakat ini, Sarah masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan dan menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada Jumaat lalu. Bagaimanapun semalam, Shuib percaya, doa-doa, bacaan Yassin dan solat hajat tidak henti-henti daripada semua orang, sama ada dikenali atau tidak telah menjadi antara asbab berlakunya keajaiban Tuhan terhadap perubahan kondisi kesihatan isterinya yang sedang kritikal dalam Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sumber – K! ONLINE

Lepas kongsikan keadaan terkini Siti Sarah Shuib dedahkan nama anak yang dipilih oleh isterinya.

TIADA apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan kesembuhan isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu dilahirkan. Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia dan Siti Sarah bersetuju untuk menamakan cahaya mata keempat mereka itu dengan nama Ayash Affan.

“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan. “Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” ujar Shuib pada Jumaat malam.
Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti secara Sarah yang sedang bertrng nywa menentang Covid-19. Shuib memohon agar semua mendoakan kesembuhan isterinya.

Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki pramatang selepas menjalani operasi selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang. Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini. Sementara itu Shuib berkata sejak berdepan ujian ini, dia hampir hilang pertimbangan kerana tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Bagaimanapun setelah menerima nasihat daripada golongan agama, dia mula reda dengan apa yang berlaku. “Tipu la kalau cakap saya ni ok (emosi stabil)… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya. “Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari.

Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti. Shuib bersama isterinya Sarah dan anak-anak. “Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” katanya penuh sebak.

Untuk rekod Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.
Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus tersebut. Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.