Tengku Zafrul Beritahu Bagaimana Pencarum Ingin Keluarkan Akaun 1 KWSP Selepas Dibenarkan Oleh Kerajaan

Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas dengan lapan juta pencarum bakal mendapat manfaat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000, membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

HAD RM10 RIBU SAHAJA MAKSIMUM

Kerajaan bersetuju KWSP I-sinar kepada semua ahli yang terjejas pendapatan, setiap ahli boleh mengeluakan dari akaun 1 dengan had maximum RM 10 ribu.

Perkara ini disampaiakn oleh Menteri Kewangan, Dato’ Sri Tengku Zafrul dalam satu persidangan di Parlimen hari ini.

“Program i-Sinar diperluas kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan mereka. Tidak kira sama ada hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan tahun ini, mereka layak memohon,” katanya dalam persidangan tersebut.

Tambahnya lagi, Program i-Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum KWSP yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000.

CARA MEMOHON

Ahli pencarum hanya perlu memohon menerusi atas talian atau pergi ke mana-mana cawangan KWSP terdekat.

Sumber : BHARIAN ONLINE / SIAKAP KELI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.