Dakwaan Penampakan Sesuatu ‘Tersembur’ Keluar Ketika Sedang LIVE mengacara,Ini penjelasan Tenang Fahrin Ahmad

PETALING JAYA – Bersiaran secara langsung dalam program televisyen, banyak perkara yang tidak terjangka boleh terjadi dan kini giliran pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad pula menjadi buah mulut netizen.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial untaian foto termasuk video dirinya sedang mengacarakan program Wanita Hari Ini (WHI). Apa yang menarik perhatian ramai apabila gurauan nakal netizen hangat bercakap tentang bentuk alat sulitnya yang terjojol ketika rancangan tersebut bersiaran.

Menjawab tentang isu tersebut kepada Kosmo! Online sebentar tadi, Fahrin, 41, tidak mahu menghiraukan isu yang sengaja dibangkitkan netizen. Baginya, biarlah orang terus bercakap kerana lambat-laun nanti, jika sudah penat, mereka akan berhenti daripada terus bercakap perkara sedemikian.

“Rasanya, benda begini baik dibiarkan sahaja. Lagi pun, lagi diulas, lagi orang korek nanti. Takut daripada sekelompok sahaja yang tahu, makin ramai nak ambil tahu nanti.

“Itu bukan kegagalan pakaian (malfunction). Sudah berpuluh kali saya pakai seluar itu,” kata pelakon filem Pilot Cafe itu.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu berpendapat bahawa media sosial boleh menjadi tempat yang penuh dengan orang toksik.

Kredit foto: Twitter

“Banyak kali sudah saya kena. Ini bukan kali pertama. Barangkali juga, golongan selebriti tidak boleh terlepas daripada kecaman dan tohmahan.

“Ramai orang tiada kerja waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Jadi, mereka ada banyak masa untuk buat perkara yang tidak berfaedah contohnya menularkan foto saya,” ujarnya.

Terdahulu, sekeping foto tangkap layar tular apabila seorang pengguna sosial media berseloroh dengan bertanyakan ‘mana nak cari bantal rama-rama ni?’ sedangkan individu tersebut memberi maksud tersirat tentang bentuk alat sulit pengacara itu yang jelas kelihatan

“Ni Lah Namanya Jodoh Pernah Melintas Depan Mata ..” – Fahrin Ahmad

Pelakon Fahrin Ahmad mendedahkan isterinya, Elena Hani Eleas seorang yang sombong pada 20 tahun lalu.
Menurut Fahrin dia dan Elena merupakan satu ‘batchmate’ di kolej namun mereka tidak pernah berkawan.

“Epic! 20 tahun lampau – masa ni @elenaeleas poyo jual mahal, dia tak tau yang sebelah dia tu bakal suami dia 17 tahun kemudian.

“Ni lah namanya jodoh pernah melintas depan mata..

“Matriculation Dinner Night ITM Shah Alam & both of us won best dress male & female that day.

“We are no fren, just batch mate. Jangan main-main kain samping senteng you all,” tulis Fahrin.

Di samping itu, Elena turut memuat naik foto yang sama bersempena sambutan hari kelahiran Fahrin yang ke-40 serta ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

“Happy 40th birthday to the handsome man in blue @fahrinahmad_fa. I love you.

“Picture taken during our law faculty dinner 20 years ago. My classmate and I.

“Sayang, kenapa you nak ambik gambar dengan I masa ni? I tak friend you pun. Takpe la.

“And happy 4th anniversary to us!!! Love you sayang so so much,” tulisnya.

Fahrin dan Elena berkahwin pada Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalifa Fahrel pada 29 September 2016.

Sumber: Samsohorr

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: