Nana Mahazan tampil muat naik video dengan imej terbaru. Kini giliran Nana Mahazan pula tampil berhijab.

Penyanyi dan juga pengacara, Nana Mahazan dilihat tampil dengan imej berhijab menerusi sebuah video berdurasi 30 minit yang dimuat naik dalam Instagram miliknya. Dalam video tersebut, Nana sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya sambil ditemani suami, Mohammad Raqeem Brian Abdullah. Ketika menjawab pertanyaan pengikutnya tentang imej berhijab, bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu berkata dia sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut tentang perkara perubahan yang sedang dijalani kini.

“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya (penampilan bertudung). Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya. Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya,” katanya.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CSln0onlZb6/?utm_source=ig_web_copy_link

Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia percaya sesuatu perubahan tidak akan terjadi sebelum tiba masanya. “Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana hidayah ini sampai awal. Tapi, sejujurnya sebagai manusia biasa perubahan perlukan masa dan inilah harinya. Sekali lagi, saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan terima saya seadanya. Apapun, saya masih Nana yang dulu dan insya-Allah saya akan buat yang lebih baik lagi,” kata pemilik nama lengkap Nurul Hana Che Mahazan itu. Suaminya, Brian ketika mencelah berkata, dia tidak pernah mendesak isterinya ke arah ‘berhijrah’ dan lebih selesa memberi ruang kepada Nana untuk bersedia jika sudah tiba masanya.

“Bagi saya, asalkan Nana sendiri dah bersedia nak memakai tudung, saya okey saja untuk terus memberi sokongan. Alhamdulillah, sekarang dia sudah pun memakai tudung dengan rela hati,” katanya. Sejak beberapa hari lalu, beberapa artis wanita mengambil keputusan untuk tampil dengan imej berhijab antaranya pelakon Izara Aishah, Siti Elizad, Vicha Saywho, Betty Rahmad dan penyanyi, Fieya Julia. Sumber – K! ONLINE

Izara Aishah muat naik foto bertudung labuh dan padam foto lama. Terkejut bila tengok laman ig semua gambar tak bertudung di padam.

Pelakon cantik dan berbakat, Izara Aishah memang sering berkongsikan kehidupan sehariannya menerusi laman sosialnya buat tatapan peminatnya. Tidak itu sahaja, malah Izara memang juga sering berkongsi hal-hal isu semasa menerusi laman twitternya.

Terbaru, Izara memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan dirinya yang bertudung labuh, cantik dan anggun. Ini telah berjaya menarik perhatian ramai dan membuat ramai tertanya-tanya adakah Izara sudah mula bertudung.

Namun ruangan komen bagi instagramnya telah ditutup dan juga gambar yang dimuat naik tersebut tidak mempunyai sebarang kapsyen ada kenyataan darinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain itu, Izara turut memadam gambar-gambar lamanya yang pernah dimuat naik terdahulu ketika beliau masih belum berhijab. Ini seakan mengesahkan spekvlasi orang ramai. Namun begitu, tiada sebarang kenyataan yang khusus berkaitan hal ini dari Izara sendiri.

Apa-apa pun kita hormati keputusan Izara Aisyah terhadap penampilannya dan mendoakan yang terbaik. Untuk pengetahuan, Izara telah mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Adib Khalid iaitu anak tiri kepada Dato Seri Siti Nurhaliza pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Irisa Alaia.

KOMEN WARGANET:

Sumber : gempak

Uqasha Senrose ada niat untuk bertudung kembali. Tapi dalam masa yang sama Uqasha luahkan rasa bimbang tentang ini.

Pelakon cantik Uqasha Senrose seakan memberi bayangan untuk dirinya mengenakan hijab semula namun dia menyedari keputusan itu perlu disertakan dengan tindakan yang istiqomah. Malah, dia turut bimbang sekiranya niat untuk mengenakan hijab kembali undang kritikan warganet.

Macam nak pakai tudung balik

Uqasha Senrose menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok dilihat sedang mempromosikan persalinan abaya yang diterimanya dari sebuah butik terkenal. Dalam video tersebut kelihatan juga pelakon ini mengenakan tudung berwarna rona peach sedondon dengan warna pakaian itu.

Alhamdulillah, hari ini Uqasha dapat abaya lagi daripada Abaya. Uqasha memang tak pernah kecewa dengan design dia buat. Walapun jubah, kat dalam dia fashionable. Paling penting, ia menutup aurat. Rasa macam nak pakai tudung balik. Kena istiqomah dulu, nanti kena kritik.

Pakailah hijab semula…

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi sokongan kepada pelakon itu untuk memakai hijab semula dan memuji dia kelihatan cantik apabila memakai tudung di kepala.

Uqasha Senrose sebelum ini pernah berhijab sekitar tahun 2013, namun, selepas tiga tahun kelihatan dia membuat keputusan untuk tidak lagi tampil bertudung. Keputusan tersebut mengejutkan ramai pihak dan terima pelbagai kritikan warganet.

Dikatakan Dah Kahwin Dalam Diam. Tular Gambar Uqasha Senrose Berpakaian Pengantin Serba Lengkap. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Buat Ramai Yang Teruja.

Ramai yang sudah tahu mengenai hubungan pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Kamal membuat keputusan untuk melamar Uqasha ketika siaran langsung acara penyampaian anugerah Meletop yang dianjurkan oleh sebuah stesen tv swasta. Tindakan Kamal yang cukup ‘gentleman’ itu membuatkan Uqasha tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran tersebut malahan membuktikan mengenai hubungan gossip antara kedua-dua teraju utama drama Perempuan Tanpa Dsa ini adalah benar.

Perkahwinan pasangan ini khabarnya bakal mendapat tajaan daripada pihak Habib Jewel. Uqasha yang membuat rakaman video pra perkahwinannya dengan mengenakan beberapa barang kemas Habib Jewel telah berkongsi beberapa keping gambar pra perkahwinan tersebut buat tatapan para peminat dan pengikut akaun media sosial beliau.

Dipercayai gambar tersebut turut mempromosikan bersama beberapa barang kemas tajaan Habib Jewel. Pasangan ini di katakan mulai rapat setelah bergandingan bersama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Keserasian pasangan tersebut setiap kali menjayakan watak bersama sebagai pasangan suami isteri menyebabkan para peminat juga menyokong hubungan mereka berdua menjadi realiti.

Terkini menerusi instagram story peminat Uqasha telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan Kamal dan Uqasha berpakaian pengantin serba lengkap dan Uqasha meminta supaya individu tersebut tidak menghebahkan acara berkenaan. Khabarnya pasangan berkenaan akan berlakon bersama sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah telemovie terbaru.

Manakala di Instagram story Uqasha pula telah memuatnaik beberapa gambar beliau memakai baju pengantin dan sedang di mekapkan oleh seorang mekap artis yang bernama Nadia. Nadia merasa bertuah kerana dapat menyempurnakan mekap nikah buat Uqasha dan mengucapkan rasa terima kasih dan syukur diberikan rezeki untuk menyolek artis jelita tersebut. Nadia juga mendoakan urusan perkahwinan Uqasha dan Kamal dipermudahkan apabila tiba hari perkahwinan mereka kelak.

Ramai yang terpesona dengan kejelitaan pelakon wanita berkenaan. Para peminat mereka juga berkata wajah Uqasha saling tidak tumpah seperti adiknya Nelydia setelah disolek. Mereka juga mendoakan supaya urusan perkahwinan Uqasha dan Kamal dipermudahkan nanti.

Cantik betul wajah Uqasha selepas di solek begitu. Ramai cakap dah macam patung. Memang wajah Uqasha cantik semulajadi. Beruntung Kamal Adli bakal memperisterikan Uqasha nanti. Semoga urusan persediaan perkahwinan mereka berdua berjalan lancar nanti. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: ig kamalxuqasha via Videoviral

Terkini Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Rancang Untuk Adakan 3 Kali Resepsi. Ramai Yang Teruja Bile Satu Majlis Khas Untuk Peminat Sahaja.

PASANGAN pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendedahkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia mereka yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini. Masih lagi merahsiakan tarikh pernikahan mereka,

Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli 35, dan Uqasha, bagaimanapun hanya mendedahkan majlis pernikahan mereka bakal diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal tanah air. Menurut pasangan ini lagi, sehingga kini kira-kira 80 peratus persiapan sudah selesai menjelang majlis itu kelak.

“Kami akan adakan tiga majlis iaitu satu untuk keluarga dan rakan-rakan rapat memandangkan lokasi yang kami pilih itu kehadiran tetamu adalah terhad kepada 350 orang sahaja. “Untuk majlis kedua, kami akan jemput rakan-rakan artis serta pihak media dan bagi acara ketiga, kami akan undang peminat untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami.

“Setakat ini, Alhamdulillah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan dan kami mengharapkan doa yang baik-baik daripada anda semua,” kata Uqasha kepada mStar. Uqasha dan Kamal ditemui selepas selesai bersiaran langsung untuk program MeleTOP di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Setakat ini, Alhamdulilah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan. Sementara itu, Kamal pula berkata dia teruja menantikan hari bahagia mereka dan dalam masa yang sama masih mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab bergelar seorang suami.

“Saya teruja dan dalam masa yang sama saya kena belajar (tanggungjawab seorang suami). Uqasha ada dream wedding dia sendiri dan saya ikutkan sahaja sebab percaya dengan semua pilihan yang dia buat. “Apabila majlis dah nak dekat nanti kami akan beritahu bila tarikhnya dan tema majlis semua.

“Saya harap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik. Moga ketika itu SOP dah longgar sikit untuk kita semua merentas negeri,” katanya. Kamal melamar Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2020) yang berlangsung pada Disember tahun lalu.

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad pada tahun 2019. Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang secara tidak sengaja memecahkan rahsia

bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika sedang menjalani penggambaran drama berkenaan. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber:Mstar

Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Buat Warganet Tertanya Tanya. Ramai Yang Sangka Majlis Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Dah Nak Dekat Lepas Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Macam Ni.

Kata orang setiap gambar pasti ada maksudnya, tapi adakah benar juga setiap caption turut ada maksud yang tersendiri? Pelakon Kamal Adli nampaknya seperti memberi bayangan kepada para pengikutnya tetapi bayangan apakah yang dimaksudkan itu masih lagi menjadi tanda tanya.

Kamal ada memuat naik foto baharu di laman Instagram miliknya berserta caption yang sangat simple tapi penuh makna dan tanda tanya. Tanda tanya pertama ialah sama ada Kamal ‘soon’ bakal menamatkan zaman bujang atau ‘soon’ akan muncul dengan drama baharu?

Maklum lah sekarang ini kan musim ramai selebriti mendirikan rumah tangga, mana tahu Kamal dan Uqasha pun akan ikut jejak juga ke? Rata-rata peminatnya masing-masing mempunyai andaian sendiri iaitu Kamal bakal muncul dengan drama baharu serta majlisnya bersama dengan Uqasha semakin menghampiri.

Untuk makluman, pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri ini dan difahamkan juga semua persiapan sedang dilakukan oleh kedua-dua pihak. Kita tunggu sahaja berita baik daripada Kamal dan Uqasha ya, tak sabar ni nak tengok mereka naik pelamin kahwin betul-betul! Sumber : Hotfm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.