Kisah Remaja B4kar Tahfiz Ittifaqiyah Hingga 23 Mavt, Nasib Mereka Bak4l Diketahui Es0k

Masihkan anda ingat kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada tiga tahun lalu? Kebakaran ini mengorbankan 23 individu yang terperangkap di dalam rumah tersebut.

Terbaru, remaja lelaki yang didakwa terlibat dalam kes kebakaran tersebut akan diketahui nasibnya esok, sama ada dia akan bebas atau bersalah seperti yang dituduh.

Menurut pertuduhan, remaja tersebut bersama seorang lagi rakannya dituduh menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz yang terletak di Wangsa Maju pada 14 September 2017 lalu.

Remaja tersebut telah didakwa dengan 23 pertuduhan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Namun begitu, Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 menjelaskan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan penjara selama yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah dijadualkan akan membuat keputusan tersebut pada 2.30 petang.

Semoga kebenaran memihak kepada mereka yang teraniaya. Sama-sama kita nantikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Media Bawang

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.