Nazrief Nazri masih ikut kata kata orang tua. Rupanya ini sebab dia pilih untuk tak kongsi wajah dan nama anak.

Nazrief belum sedia dedah nama dan wajah anak kepada umum. Dua bulan menimang cahaya mata pertama, pelakon Nazrief Nazri masih belum bersedia mendedahkan identiti dan wajah anaknya untuk tatapan umum. Nazrief, 30, berkata dia lebih selesa meletakkan hal keluarga termasuklah anak sebagai perkara peribadi sehinggalah tiba masa yang sesuai untuk berkongsi dengan peminat.

“Sudah dua bulan isteri bersalin… saya pun baru selesai mendaftarkan nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Buat masa ini kami hanya kongsi nickname anak iaitu Noah A. Orang pun tak tahu nama penuh anak kami… cukuplah kami panggil sebagai baby Noah di laman sosial. Sebenarnya saya dengan isteri adalah orang yang sangat menjaga privasi tapi kita sedar sebagai public figure, ada beberapa perkara kita kena kongsi juga dengan pengikut,” katanya kepada mStar.

Isteri Nazrief bersama bayi lelaki mereka.

Nazrief dan isteri iaitu Aizatul Aqma Hamdan menimang cahaya mata sulung lelaki pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Salah satu sebab kami nak elakkan penyakit ain dan perkara-perkara tak elok dekat baby!

Selain mahu menjaga privasi keluarga, Nazrief juga berkata dia merahsiakan nama penuh anak kerana mahu mengelakkan daripada terjadinya penyakit ain.

“Sebenarnya keluarga tak bagi dedah nama penuh anak sebab takut macam-macam orang boleh buat (benda tak baik). Salah satu sebab kami nak elakkan penyakit ain dan perkara-perkara tak elok dekat baby. Itulah sebabnya kami guna nama nickname dekat baby, bukan saja-saja nak rahsia nama tau!” ujarnya.

Nazrief menimang cahaya mata selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.

Sekadar info, penyakit Ain ialah sejenis penyakit berpunca daripada pandangan mata. Ia juga boleh terjadi apabila timbul perasaan dengki dan jahat di mana pandangan matanya sahaja sudah cukup untuk menimbulkan sesuatu penyakit. Pandangan yang disebabkan kagum dan teruja disertai dengan sedikit sifat cemburu juga boleh menyebabkan terkena penyakit ain. Sumber : Mstar

Ramai puji Nazrief Nazri jaga isteri berpantang persis Mak Bidan. Rupanya ini yang Nazrief selalu buat sebelum pergi kerja.

Wanita yang baru melahirkan dan sedang menjalani tempoh pantang sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi dan orang lain diharapkan dapat membantu. Bukan saja emosi tidak menentu tetapi juga apa yang penting mereka perlukan rehat yang cukup serta tidak digalakkan melakukan apa-apa kerja sepanjang tempoh itu.

Kebiasannya kita lihat, orang tua sendiri mahu pun bidan yang diupah akan banyak membantu namun pelakon Nazrief Nazri baru-baru ini membuktikan dia mampu melakukan semua itu tanpa bantuan.

Tolong urus isteri sebelum keluar pergi kerja

Viral sebuah video di TikTok baru-baru ini menunjukkan Nazrief melakukan persiapan dan menguruskan isterinya, Aizatul Aqma yang sedang berpantang. Menerusi video tersebut, Nazrief dilihat tidak kekok dan melakukan beberapa tugas dengan begitu baik.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CScJQ_eF3fx/?utm_source=ig_web_copy_link

Antara yang dilakukannya adalah memakaikan bengkung, menyediakan air mandian buat isterinya serta beberapa hal yang lain juga. Situasi itu dirakamkan isterinya sendiri di mana Nazrief akan menyiapkan apa yang sepatutnya sebelum keluar bekerja.

Layanan ‘tip top’ buat isteri

Mel4lui ruangan komen, ramai warganet memberikan respon mereka dan sempat memuji Nazrief atas usahanya membantu si isteri dan memberikan lay4nan yang ‘tip top’.

Beberapa warganet dilihat berkata ciri-ciri sebegitu memang didambakan oleh semua isteri di dunia. Ada juga yang sempat berseloroh sanggup mengandung dan bersalin setiap tahun jika mendapat suami ringan tulang sebegitu.

Nazrief dan isteri mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 dan telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka yang merupakan bayi lelaki pada 19 Julai lepas jam 1.12 pagi. Sumber : LobakMerah

Muat naik gambar pergi Hospital. Ramai yang teka Amyra Rosli mengandung. Sekali ini jawapan yang Amar Bahrin bagi.

Perkongsian foto dari pasangan pelakon, Amar Baharin dan isterinya, Amyra Rosli baru-baru ini di Instagram mendapat perhatian warganet. Ini kerana, ada di antara mereka yang menebak, membayangkan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu sedang hamil anak ketiga kerana hadir ke Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Malah, keberadaan Amyra bersama suami dengan mengenakan persalinan sedondon menguatkan lagi spekulasi tersebut. “Tahniah… Aryssa nak dapat adik lagi ye…,” tanya seorang warganet.

“Wah congratulations,” ucap seorang lagi warganet. “Wow tahniah Mira,” tulis seorang lain warganet lainnya. Bagaimanapun, Amar menerusi ruangan komen menjelaskan, kehadiran mereka ke lokasi berkenaan bukanlah bagi tujuan tersebut selepas ditanya seorang individu.

Malahan, anak kedua mereka, Ayra Aryssa baru sahaja mencecah usia 11 bulan. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan anak sulung mereka, Aqeef Anaqi dilahirkan pada 15 Oktober 2017.

Sumber : MH

Amyra Rosli Dedah Sesuatu Ini Miliknya. Sekali Tak Sangka Ianya Jadi Bualan Ramai Sampai Merasakan Ini

Nama pelakon, Amyra Rosli sejak kebelakangan ini menjadi bualan hangat di ruangan media sosial apabila drama terbaru yang masih disiarkan berjudul Sabarlah Duhai Hati mendapat respon yang cukup baik

daripada peminat drama tempatan. Membawa watak sebagai Fira bersama lakonan bergandingan dengan Saharul Ridzwan sebagai Affan mengundang ramai begitu melayan kisah konflik kekeluargaan dialami mereka. Tambah pula watak diperanankan oleh Puteri Sarah Liyana sebagai Dian juga dipuji.

Biarpun begitu, tentu saja diruangan Instagram milik Amyra Rosli semakin menjadi perhatian umum dengan dikongsikan mengenai drama tersebut namun ada satu posting pendedahan isteri kepada pelakon, Amar Baharin ini mengundang ramai tinggalkan ratusan komen pujian terhadapnya.

Ini kerana peminat dan pengikut bukan sahaja tidak dapat move on dengan wataknya sebagai Fira malah kapsyen Amyra Rosli mengatakan dia memiliki saiz pinggang 25 membuatkan kecantikannya dipuji.

Berkongsikan rahsia pinggang ramping Amyra Rosli itu di posting tersebut membuatkan dia dihujani dengan ribuan tanda suka berikutan foto yang dimuat naik juga membuatkan ramai terpegun. “Omai aii slimnya Fira pinggang 25 je… memang tak makan banyak ke apa u ni?” “Cantiknya Myra. Tak pernah jemu tengok. Stay safe dear!” “Cantik badan kurus nya nampak comel je muka”

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.