Neelofa bagi satu cadangan untuk letakkan profil foto di sijil vaksin sekali ini yang terjadi.

Sebagai langkah berjaga-jaga daripada cubaan penipuan, Neelofa mencadangkan agar sijil digital vaksinasi Covid-19 dalam aplikasi MySejahtera turut disertakan dengan gambar pemiliknya.

Selebriti dan usahawan itu berkata demikian kerana menyifatkan “ramai yang tidak jujur” dalam soal sudah lengkap divaksinasi atau tidak.

Cadang untuk letakkan juga profil foto di sijil…sebab ramai yang tak jujur,”

Cadangan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu diiringi dengan kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung syarat wajib yang ditetapkan kepada peniaga sebelum membenarkan orang ramai memasuki premis mereka.

KPDNHEP itu sebelum ini memberi peringatan di Facebook agar peniaga memastikan setiap pelanggan dibenarkan masuk ke premis hanya selepas menunjukkan bukti digital vaksinasi lengkap dari aplikasi MySejahtera dan bukannya tangkap layar.

“Pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis jualan mesti menunjukkan kad atau sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap,” menurut hantaran itu.

Ia bertujuan mengelakkan penyamaran atau penipuan oleh individu yang belum divaksin dengan lengkap.

Langkah itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada negeri-negeri fasa 1 dan fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan aplikasi MySejahtera akan ditambah baik seperti pengesanan mengenai status vaksinasi seseorang.

Berikut reaksi dari warganet yang tidak bersetuju dengan Neelofa

MySejahtera Kini Ada Fungsi ‘Check-Out’, Status Vaksinasi

Aplikasi MySejahtera menerima beberapa penambahbaikan bermula malam ini termasuk ia akan lebih mudah untuk mengenal pasti status vaksinasi seseorang.

Berdasarkan tangkapan layar yang dikongsi oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, daftar masuk pengguna pada skrin akan menunjukkan bukan hanya status risiko Covid-19, malah juga status vaksinasi mereka.

“Pasukan MySejahtera akan melakukan pembaharuan malam ini untuk memudahkan orang ramai menunjukkan tahap risiko dan status vaksinasi mereka. Ini akan memudahkan hidup bersama Covid-19.

“Akan terus dikemas kini dan perbaiki aplikasi ini selama beberapa minggu mendatang,” katanya di Twitter.

Sebagai tambahan, butang ‘daftar keluar’ telah ditambahkan untuk melengkapi fungsi ‘daftar masuk’ ke aplikasi itu. Khairy berkata ini bagi meningkatkan pengesanan kontak.

“Setelah meninggalkan sesuatu tempat, ingat untuk check-out. Anda hanya perlu tekan butang – tidak perlu scan, ”katanya.

Status vaksinasi adalah penting kerana individu yang diberi vaksin sepenuhnya menikmati kebebasan yang lebih luas di bawah perintah sekatan yang dikuatkuasakan di seluruh negara.

Bagaimanapun, status vaksinasi seseorang pada masa ini tidak ditunjukkan dengan jelas pada aplikasi MySejahtera.Sebaliknya, ia memerlukan beberapa langkah untuk melihat pada paparan skrin telefon pintar untuk meneliti sijil vaksinasi pengguna.Sijil itu hanya menunjukkan tarikh setiap dos vaksin yang diberikan, oleh itu seseorang yang memeriksa sijil berkenaan harus mengira jumlah hari yang telah berlalu.

Untuk rekod, seseorang individu dianggap telah diberi vaksin sepenuhnya 14 hari selepas dos kedua vaksin diberikan. Bagi vaksin dos pertama, waktunya adalah 28 hari selepas vaksin diberikan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak pasal pasal sebabkan sejadah Eyra Hazali dikritik warganet. Ini komen Eyra tentang sejadah Neelofa sampai dikritik warganet.

Bagi mereka yang mengikut rapat perkembangan Neelofa, pasti mengetahui yang dia ada mengeluarkan sejadah di bawah koleksi jenamanya.  Sekarang kecoh pula di Twitter bila pelakon Eyra Hazali mendkwa telah membeli sejadah Neelofa pada harga RM85 dan memberikan komen jujur tentang kainnya terlalu nipis terasa lantai sehingga boleh menyebabkan dahi dan lutut sakit.

Tapi sejadah dia nipis sangat…sakit lutut and kepala kadang2. Sayangnya ada pula individu yang mengkritik Eyra yang hanya memberikan komen jujur sebagai pelanggan. Eyra memaklumkan ada media yang memutar belitkan kenyataannya dengan mengatakan “artis tak support artis” dan menyebabkan dirinya diser4ng peminat Neelofa.

Bagi honest review, orang amik buat statement artis tak support artis. Pastu kena ser4ng dengan fans dia. Salah juga ek customer bagi review. I beli kot. – Katanya. Apapun, mereka yang membeli memang ada hak untuk memberikan pandangan masing-masing. Apa yang penting Eyra dah sokong dan mungkin apa yang disampaikan dapat memberi Neelofa idea untuk menambah baik sejadah keluarannya nanti.

Sumber: Oh Media

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Nampak macam dah hamil. Ramai yang ucapkan tahniah lepas Neelofa muat naik gambar nampak macam mengandung.

Jika sudah namanya Neelofa, apa sahaja dilakukannya pasti akan mengundang perhatian ramai. Terbaharu, selebriti berniqab itu menarik perhatian ramai menerusi sekeping gambar berjubah yang menampakkan bentuk badan agak beriisi seperti wanita yang sudah berbadan dua.

Dakwaan tersebut timbul selepas akaun Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya Haris Ismail, @Markaztijaari memuat naik sekeping gambar mereka berdua. Menerusi foto yang memaparkan bekas pengacara MeleTOP itu disisinya suaminya, Neelofa yang menyarung jubah berwarna coklat menuai pujian ramai.

Tidak terhenti di situ, terdapat juga yang mengatakan penampilan selebriti berusia 32 tahun itu sudah menampakkan ‘baby bvmp’, sementelah sudah lebih tiga bulan bergelar isteri. “Baby bvmp. Alhamdulillah jika betul,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Wah, nampak maca pregnant (mengandung),” celah seorang lagi pengikut. Komen tersebut turut disambut beberapa peminat lain yang menyifatkan busana jenama berkenaan sesuai untuk dipakai wanita hamiil.

“Alhamdulillah, cantik. Cantiknya Neelofa. Berisii tu,” tulis seorang pengikut. Ura-ura pemilik empayar jenama Naelofar itu hamiil telah hAngat diperkatakan sejak bulan lalu selepas dia meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian perut dalam sekeping foto yang dimuat naik pada hari raya Aidilfitri lalu.

Sehingga kini, masih tiada sebarang daripada pengesahan dikeluarkan daripada pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu mahupun suaminya. Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz bernikah dalam sebuah majlis penuh eksklusif di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sebelum ini, Haris pernah berhasrat mahu segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat yang bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan svcinya bersama pengacara Next To Neelofa itu.

Sumber : KOSMO ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : awatt syeikhhh network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.